Kelebihan Dan Cara Daftar Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) PERKESO

Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) PERKESO
sumber : perkeso

PERKESO telah memperkenalkan bantuan suri rumah 2023 iaitu skim keselamatan sosial pekerjaan sendiri yang memberi manfaat kepada suri rumah di bawah suri perkeso gov my.

Jom Daftar Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) PERKESO yang terbuka untuk suri rumah yang tidak bekerja, suri rumah bekerja, yang belum berkahwin dan janda pun boleh mengikut syarat kelayakan yang ditetapkan.

Mungkin ada yang salah faham daftar PERKESO suri rumah SKSSR ni untuk suri rumah yang tidak bekerja je, tapi tidak sebenarnya. 

Caruman PERKESO suri rumah ini terbuka kepada semua kaum wanita yang dah berkahwin mahupun belum. Tidak bekerja dan bekerja pun boleh daftar carumah PERKESO suri rumah ini (SKSSR), salah satu bantuan suri rumah 2023.

Apakah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) PERKESO

Skim ini berkuat kuasa mulai 1 Disember 2022, diperkenalkan di bawah Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022. Skim ini bertujuan untuk menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada golongan suri rumah daripada bencana domestik dan keilatan semasa menguruskan rumah tangga.

Suri Rumah yang dimaksudkan adalah

Seorang perempuan sama ada berkahwin atau belum, yang menguruskan rumah tangga secara sepenuh masa atau tidak; termasuk isteri, ibu, janda, balu atau ibu tunggal.

Jumlah Caruman

Caruman RM120 bagi tempoh 12 bulan berturut-turut yang perlu dibayar terlebih dahulu. Caruman boleh dibuat oleh suami, suri rumah, keluarga atau mana-mana pihak ketiga bagi suri rumah tersebut.

Prinsip 'once in, always in' akan terpakai bagi suami yang memilih untuk membuat caruman bagi isterinya.

Syarat Kelayakan permohonan

  • Warganegara Malaysia / pemastautin tetap
  • Suri rumah yang belum mencapai umur 55 tahun/belum mencapai umur 54 tahun pada tarikh pertama kali hendak mencarum SKSSR
  • Membayar caruman untuk tempoh 12 bulan, yang dibayar terlebih dahulu iaitu RM120

Perlindungan

  • SKSSR memberi perlindungan bencana domestik kepada suri rumah yang mengalami kemalangan atau apa-apa insiden semasa melakukan urusan berkaitan rumah tangga.
  • SKSSR juga melindungi suri rumah yang ditimpa penyakit atau keuzuran.

Faedah/ Kelebihan Perlindungan Bencana Domestik

Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) PERKESO

Faedah Perubatan

Suri rumah yang ditimpa bencana domestik boleh mendapatkan rawatan perubatan dan layanan pesakit luar di hospital, klinik atau institusi lain.

Faedah Hilang Upaya Kekal

Suri rumah yang mengalami satu atau lebih hilang upaya kekal akibat bencana domestik, boleh memohon dan menerima bayaran Faedah Hilang Upaya Kekal secara sekali gus dengan pengesyoran oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan

Elaun Layanan Sentiasa

Dibayar secara bulanan kepada suri rumah yang menerima Faedah Hilang Upaya Kekal atau Elaun Keuzuran akibat tidak berupaya dengan teruk hingga sentiasa memerlukan layanan peribadi daripada orang lain.

Suri rumah layak menerima elaun ini setelah diperakukan oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan. Bayaran elaun akan terhenti apabila suri rumah mencapai umur 55 tahun atau meninggal dunia.

Faedah Pengurusan Mayat

Faedah Pengurusan Mayat sebanyak RM2,000 dibayar sekali (one-off) kepada orang tanggungan yang layak jika suri rumah berinsurans meninggal dunia sebelum mencapai umur 55 tahun.

Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Dialisis

Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Dialisis disediakan kepada suri rumah yang layak setelah diperakukan menghidap hilang upaya kekal atau keilatan oleh penilai perubatan atau Jemaah Doktor Rayuan.

Sekiranya perlu, suri rumah akan diberikan bekalan prostetik, ortotik atau lain-lain alat, tanpa sebarang kos.

Pencen Penakat

Jika suri rumah berinsurans meninggal dunia sebelum mencapai usia 55 tahun akibat bencana domestic atau sedang menerima elaun keuzuran atau mati atas apa-apa sebab dalam tempoh perlindungan, Pencen Penakat dibayar sebanyak RM300 sebulan kepada orang tanggungan yang layak mengikut syer yang ditetapkan. 

Pencen Penakat dibayar kepada duda, anak. Jika suri rumah berinsurans tidak meninggalkan duda, anak, bayaran Pencen Penakat dibayar kepada Ibu bapa suri rumah berinsurans.

Syer anak dibayar sehingga anak berumur 21 tahun atau berkahwin atau jika masih belajar sehingga tamat pengajian ijazah pertama. Jika ada anak yang terencat mental, kurang upaya fizikal yang menyebabkan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri, syer anak tersebut dibayar sehingga berumur 55 tahun.

Pencen Penakat dibayar hanya kepada duda atau ibu bapa warganegara Malaysia sehingga mencapai umur 55 tahun sahaja. Bayaran Pencen Penakat kepada duda juga akan terhenti jika duda berkahwin semula.

Faedah Perlindungan Keilatan

  • Elaun Keuzuran
  • Elaun Layanan Sentiasa
  • Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Dialisis
  • Faedah Pengurusan Mayat
  • Pencen Penakat

Banyak manfaat jika mencarum SKSSR ni. Sangat membantu untuk suri rumah jika tidak mampu untuk mencarum hibah, sekurang-kurangnya ada bantuan untuk suri rumah jika apa-apa berlaku di rumah. Bayaran pun murah untuk setahun. 

Jom daftar PERKESO suri rumah!


Cara Daftar Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) PERKESO

Layari laman rasmi https://suri.perkeso.gov.my/
atau untuk maklumat lanjut boleh hubungi 0196101562, Puan Fazreen

6 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.