Caj Rawatan Klinik Pergigian Kerajaan

Sekarang dalam perancangan nak pakai braces disebabkan struktur gigi yang bergerak disebabkan cabutan gigi yang tidak berganti. Sepatutnya lepas cabut gigi tu, kena pakai gigi palsu ke atau buat bridge. Dulu tak tahu, main cabut je. 

Sekarang dah tahu, tak pasal-pasal nak kena pakai braces pula. Terpaksalah kita menabung untuk braces Pakai braces bukan sebab gigi berlapis. Tapi disebabkan cabut gigi lepas tu tak ganti gigi baru, dia bergerak dan akan senget. 

Walaupun tak ketara tapi sebaiknya kita cegah sebelum terlambat. Haritu masa buat veneer composite gigi depan di klinik swasta, dah bertanyakan pada doktor gigi. Dia suggest untuk buat braces atas bawah. Ingatkan nak buat bawah je. Tapi katanya lagi bagus buat atas bawah. Baru selari gitu. Baiklah doktor.

Jadi sebelum pakai braces tu banyak yang perlu disiapkan. Mana-mana gigi bermasalah kena selesaikan dulu. Semua gigi kena dalam keadaan baik. So far gigi lain tak ada masalah cuma ada gigi geraham perlu buat crown mungkin.

Nak buat di klinik kerajaan, tapi doktor kata tak ada rawatan tu. Dia suggest buat di klinik swasta. Di klinik swasta, caj crown 1k dan ke atas untuk sebatang gigi. Perghh...mahal betul!

Lagi satu, gigi patah yang dah lama tu perlu dicabut. Ye, kena cabut walaupun tak sakit. Tak pasal-pasal juga nanti kena buat gigi palsu. Sekarang dah ada bermacam-macam jenis gigi palsu yang lebih flexibel. Scaling pun dah settle.

Scaling dan cabut gigi saya buat di klinik kerajaan je, lebih murah berbanding swasta. Kalau klinik swasta, scaling dalam range 80-150 bergantung pada keadaan gigi, cabut gigi pun 80 dan ke atas. Begitulah.

Masa encik suami cuti ni, kita ambil kesempatan lah buat rawatan gigi di klinik kerajaan. Biasanya pergi di Seremban. Tapi malas sebab ramai orang dan ada rawatan tertentu kena buat appointment dulu. 

Kalau nak buat appointment melalui MySejahtera tak ada tarikh yang sesuai pula. Jadi, kita pergi Klinik Pergigian Kuala Pilah sebab tak ramai orang dan cepat. Tak lah menunggu lama. 

Di sini pergi dua kali. Sekali buat scaling dan sekali cabut gigi yang patah tu. Sambil menunggu tu kita ambil gambar caj rawatan klinik pergigian kerajaan. Bolehlah buat rujukan untuk diri sendiri dan juga pembaca.

Harga caj rawatan pergigian dan jenis rawatan 2023

Caj Rawatan Klinik Pergigian Kerajaan

Bila pergi klinik pergigian ni automatik rasa seram sejuk. Dah terbayang bunyi mesin tu, bikin seram daaa...

Lepas ni bakal selalu berjumpa doktor gigi lah nampaknya. Modal braces pun dah 5k juga tu tak termasuk x-ray. Fuhhh...jomlah menabung demi gigi elok dan cantik. Tapi biasanya untuk rawatan braces ni ada bayaran ansuran atau bayar per sessi. 

Kalau jadi perancangannya, saya cerita lagi.

2 comments:

  1. Moga dipermudahkan urusan rawatan pergigian.
    Memang kena banyak bersabar terutamanya menunggu giliran dan tarikh janji temu yang memakan masa. Menurut seorang kawan saya yang pernag berurusan di hospital, perkhidmatannya setanding dengan klinik swasta. Cuma masalah masa sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak Amie. Semoga perancangan dapat dilaksanakan. Perkhidmatan bagus cuma ada yang tak boleh buat rawatannya. Lagi satu ambil masa juga. kita pergi mana yang mudah je.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.