Makan Di Port Viral, Chai & Chapati Paroi

Balik dari The Parc Nilai Impian, kami bercadang nak singgah menjamu selera di port makan viral Chai & Chapati di Paroi. Nan Cheese Mozarella tarik antara menu yang viral di sini. Itu yang jadi viral terus tu. Sejauh mana viral tu tak pastilah. Tapi asyik kerap keluar FYP TikTok je. 

Kami parkir kereta di bahagian belakang kedai yang lebih banyak parkir. Kalau depan kena parkir di bahu jalan lah. Tapi nanti sesak lah pula.

Jadi kami masuk kedai Chai & Chapati melalui pintu belakang. Sampai ke bahagian depan, tu diaaa...penuh! Tak nampak meja kosong. Mujur juga ada satu meja kosong bahagian dalam. Bahagian terbuka dah dipenuhi orang. Itupun staff di situ yang suruh kami duduk di situ.

Saya nampak ada nota katanya kena ambil nombor giliran. Tapi kami tak ambil nombor giliran sebab staff dah offer kami meja. Mungkin kalau sesak ramai orang kena ambil nombor giliran lah kot. 

Kami pergi petang Khamis pun ramai orang. Apatah lagi kalau hujung minggu kan. Memang taklah kami datang waktu hujung minggu. 

Saya order nan cheese mozarella dan encik suami pilih nasi briyani kari ayam pakistan. Nan cheese mozarella dihidangkan bersama kuah dhal dan susu masam pedas tu, apa entah nama dia. Nan cheese mozarella dia memang padu lah.

Chai & Chapati Paroi

Cheese banyak, tak kedekut. Tak dapatlah nak ambil gambar close up dan keratan rentasnya. Sebabnya ramai orang dan nak cepat makan. Duduk dalam dengan bauan asap dan rempah tu, faham-faham je lah. Rasa sesak nafas sikit. Mungkin lepas ni kalau makan kena duduk tempat terbuka sikit.

Kuah dhal dia sedap tak cukup pula nak cicah dengan sekeping roti nan cheese tu. Sebab tu lah dia bagi dua pencicah bagi cukup agaknya. hihi...

Nasi briyani kari ayam pakistan ni kurang menepati selera kami berdua. Rasa macam ada yang kurang tapi tak tahulah. Tak kena dengan selera kami kot lah kan. Mungkin orang lain rasa sedap.

Lauk ayam kari pakistan tu, ayam dipotong kecil-kecil. Senang nak makan tapi kurang feel nak makan sebab ayam dia hanya isi je. Lebih suka jenis potong besar sikit dengan ada tulangnya. Dihidangkan bersama sos putih tu. Tak tahu apa nama dia. Tak pakar sangat bab hidangan pakistan ni. Tahu makan je!

Chai & Chapati Paroi

Air pula kami pesan ais kosong dan sirap laici. Total semuanya RM25. Next time boleh ulang beli naan cheese. Tapi kena makan di kedai juga sebab baru ada effect cheese tarik tu makan panas-panas. Kalau tapau bawa balik rumah kena panaskan semula baru sedap dimakan.

Chai & Chapati Paroi

Chai & Chapati Paroi Viral

Peminat naan cheese & makanan Pakistan boleh datang singgah makan di Chai & Chapati Paroi. Next time boleh cuba chapati dan pratha pula. Nak cuba chai masala tapi tak kena masa pula masa tu. 

Lokasi Chai & Chapati Paroi

No S01, 3P, Pusat Perniagaan Paroi, Persiaran Merak, Taman Paroi Jaya, 70400 Seremban, Negeri Sembilan (lokasi baru)

10 comments:

  1. tulah ammi nak pergi tapi ramai kawan yg pergi kata manjang full house je.
    semalam ammi makan naan cheese dia Restoran Maulana di Sri Pulai tu je. Bolehlah. Ammi tak boleh nak compare sebab in first time makan naan cheese

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Ammi. Kalau lalu pun rasa tak sanggup nak singgah. Tapi sebab nak rasa punya pasal, kita redah je lah sehari tu. Nanti makan kat sini bolehlah compare pastu.

      Delete
  2. Lamanya tidak makan nan berkeju. Tidak dapat tengok Fiza tarik keju daripada roti nan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya kena cuba lagi tu kak NA. Itulah tu, next time kalau makan lagi kena ambil gambar keju tarik. hihi...

      Delete
  3. Apesal akak x tau kewujudan kedai ni erk...

    ReplyDelete
  4. Menarik ni Fizah. Gabungan Kashmiri Taste dan ada menu Pakistan dalam satu kedai makan. Memang tak jauh beza menunya sebab Kashmir dekat dengan Pakistan. Di LD, kami lebih meminati hidangan Pakistan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kurang arif sikit bab menu timur tengah ni Kak Amie. Lagipun jarang menikmatinya.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.