Lunch Di Richiamo Coffee Pajam, Nilai

Balik dari Kota Warisan, kami singgah di Nilai untuk lunch di Richiamo Coffee Pajam. Sejak pertama kali cuba menu di Richiamo Coffee, sejak itulah teringat-ingat sedap dia. Makanya, kita makan dan mengopi lagi di Richiamo Coffee.

Kali ni singgah di Pajam Nilai. Cawangan di Nilai ni cafe dia lebih menarik sebab lighting on point dan berada di tingkat satu. Dinding pun dinding cermin, boleh layan permandangan luar. 

Ambil gambar pun terang cantik je berbanding di Seremban 2 tu agak kelam. Kalau suasan romantik sesuailah.

Richiamo Coffee Pajam Nilai

Masa kami sampai, hanya satu meja je ada pelanggan. Sama macam haritu kaedahnya. Jadi kami pilih duduk di tepi sekali boleh tengok permandangan luar jalan utama.

Richiamo Coffee Menu

Konon nak cuba menu lain kalau nak ulang makan di sini tapi pesan juga menu yang sama, set nasi daging asap salai masak lemak cili api. Tak boleh move on agaknya. 

Set nasi daging salai asap masak lemak cili api

Hidangan set ni berbeza sikit dengan cawangan Seremban tu dari segi sayur tu. Lebih suka gaya hidangan set nasi daging salai asap masak lemak cili api di cawanangan City Park Seremban 2 tu sebab dia rasa macam acar sikit. 

Yang ni semata-mata potongan sayur segar. Tapi saya ok je. Janji ada sayurnya. Kesimpulannya, lain tempat lain cara hidangannya gitu.

Richiamo Coffee Pajam Nilai

Daging salai masak lemak dia tetap sedap mengikut selera saya. Masih juga tak pedas, memang kena makan dengan sambal belacan dia lah.

Richiamo Coffee Pajam Nilai

Set nasi daging masak hitam

Encik suami beralih arah, makan nasi juga sebab masing-masing belum lunch lagi kan. Pilih set nasi daging hitam. Daging masak kicap untuk mudah faham. Set ni pun didatangkan bersama sambal belacan, salad, timun, lobak merah dan ikan masin.

Richiamo Coffee Pajam Nilai

Daging masak hitam ni lembut dan mudah nak makan. Tak liat lansung. Ada lah rasa kicap manis sikit. Layan juga makan daging hitam ni. Sedap! Cukuplah segala rempah dan rasa.

Richiamo Coffee Pajam Nilai

Hazelnut latte panas

Tak lupa juga pesan kopi latte. Masih pesan menu yang sama juga, hazelnut latte. Encik suami pun pesan caramello latte, menu yang sama sebelum ni. Jadi, tak perlu komen dah. Ternyata sedap macam biasa. Kurang manis tu yang sedap tu.

Richiamo Coffee Pajam Nilai

Set nasi siput sedut masak lemak cili api

Lepas tu, fikir-fikir macam malas masak untuk malam. Pesan set nasi siput sedut untuk takeaway. Bungkusan dia kemain exclusive eh.

Richiamo Coffee Pajam Nilai

Masakan siput sedut masak lemak cili api ni sedap okay. Level pedas dia kuranglah tapi. Tak mencapai KPI pedas saya. Tapi takpa, sambal belacan ada. Siput pun dimasak elok macam makan siput sedut fresh. 

Kira bolehlah kalau teringin makan siput sedut tu. Harga pun macam lebih kurang orang jual lauk campur je. Dah tak susah lah kalau teringin nak makan siput sedut yang sedap. Pergi je Richiamo Coffee, senang! 

Richiamo Coffee Pajam Nilai

Bukan sekadar kopi, makanan pun sedap-sedap haihh...Sekali cuba, saya pasti akan datang lagi. Hihi...

4 comments:

  1. wah ada menu siput sedut MLCA laaa.... sama je plating RC ni kan di mana².. kat kuching ni baru ada 1 lg francais baru bukak.. setakat ni br ada 3 RC di kch

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, adaaa..menarik kan menu dia. Wahh makin meriah banyak cawangan tu. Bolehlah kupi² dan makan² di RC.

      Delete
  2. Sukanya saya hirup hazelnut latte panas!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap betul kan kak Amie dapat hazelnut latte panas. Segerrrr...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.