Akhirnya Dapat Juga Makan Dan Mengopi Di Richiamo Coffee City Park Seremban 2
Dua minggu lepas, akhirnya dapat juga kupi-kupi di Richiamo Coffee yang selama ini dok teringin. Jadi, ini pertama kali singgah dan masuk Richiamo Coffee.
Sejak boikot kedai kopi S tu, kita pun mulalah cari kedai kopi tempatan. Jika jihad besar kita tak mampu nak buat, kita mampukan dengan buat jihad kecil. Sekurang-kurangnya kita membantu.
Kebetulan encik suami cuti haritu, jadi kita pun ambil kesempatan ajak mengopi di Richiamo Coffee. Suka pergi kedai makan kalau hari waktu bekerja dan bukan waktu lunch, barulah selesa tak ramai orang sangat.
Masa kami sampai hanya 1 meja je ada pengunjung. Bolehlah pilih nak duduk di mana pun. Sistem order di Richiamo Coffee sama dengan sistem order di CBTL (Coffee Bean & The Leaf), kena order di kaunter dan diberikan alarm device. Order dah siap, alarm akan berbunyi dan ambil order di kaunter.
Tunggu tak lama sangat, sebab tak ada orang kan. Meja yang ada tadi dah dapat pun hidangan mereka. Macam biasa, air sampai dulu. Kita nikmati minuman dulu. Saya pesan hazelnut latte panas dan encik suami pesan caramello latte panas juga.
Suka minuman kopi panas latte sebab dia customize latte art tu. Menarik dan cantik untuk dipotretkan. Pertama kali rasa kopi dari Richiamo Coffee. Sisipan pertama kali terus jatuh cinta. Bakal jadi favourite saya ni sebab memang suka rasa hazelnut.
Disebabkan belum makan tengahari lagi, saya pesan set nasi daging asap salai masak lemak cili api. Dihidangkan bersama sambal belacan, sayur salad atau dipanggil acar (timun, lobak merah, salad, potongan cili besar, bawang) dan ikan masing.
Encik suami punya hidangan, spaghetti carbonara dengan porsi yang sederhana. Kalau lapar, sila jangan order ni. Takut tak cukup. Spaghetti carbonara ni sedap, creamy! tapi tak boleh lawan spaghetti chicken & mushroom CBTL lah.
Tapi untuk harga, menu Richiamo Coffee ni lebih murah dan berbaloi. Makanan pun sedap dan puas hati. Sangat enjoylah menjamu selera di Richiamo. Selesa pun selesa. Tak sesak, service cepat dan makanan sedap.
Kebetulan encik suami cuti haritu, jadi kita pun ambil kesempatan ajak mengopi di Richiamo Coffee. Suka pergi kedai makan kalau hari waktu bekerja dan bukan waktu lunch, barulah selesa tak ramai orang sangat.
Di Seremban ni ada beberapa cawangan Richiamo Coffee, kami rancang nak pergi Richiamo Coffee di City Park Seremban 2 atau dipanggil Seremban 3 juga kalau tak silaplah.
Tunggu tak lama sangat, sebab tak ada orang kan. Meja yang ada tadi dah dapat pun hidangan mereka. Macam biasa, air sampai dulu. Kita nikmati minuman dulu. Saya pesan hazelnut latte panas dan encik suami pesan caramello latte panas juga.
Suka minuman kopi panas latte sebab dia customize latte art tu. Menarik dan cantik untuk dipotretkan. Pertama kali rasa kopi dari Richiamo Coffee. Sisipan pertama kali terus jatuh cinta. Bakal jadi favourite saya ni sebab memang suka rasa hazelnut.
Caramello latte encik suami pun sedap, kurang manis walaupun caramel. Dua-dua motif latte dia rupa yang sama. Jadi, saya potretkan satu je lah. Sangat berbaloi ye mengopi di sini.
Secawan latte pun murah dari kedai kopi yang saya pernah cuba sebelum ni. Cafe hipster pun berbelas-belas. Richiamo Coffee cuma RM9 je!
Disebabkan belum makan tengahari lagi, saya pesan set nasi daging asap salai masak lemak cili api. Dihidangkan bersama sambal belacan, sayur salad atau dipanggil acar (timun, lobak merah, salad, potongan cili besar, bawang) dan ikan masing.
Porsi nasinya tak berapa besar, sederhana je. Sesuailah untuk orang yang tak makan banyak atau berdiet tu.
Dagingnya lembut, ada aroma asap tu. Kuah pun cukup lemak santannya. Alahaiii..sedap betul! Cuma satu je, kurang pedas. Nak pedas, kena makan dengan sambal belacan tu. Baru ngam pedas dia. Sambal belacan pun sedap.
Salad atau acar tu sedap juga. Ikan masin je saya reject sebab keras. Tak sesuai dengan gigi saya yang kurang lut dengan benda keras dan liat. Tapi tetap makan juga kunyah perlahan-lahan. hihi...
Salad atau acar tu sedap juga. Ikan masin je saya reject sebab keras. Tak sesuai dengan gigi saya yang kurang lut dengan benda keras dan liat. Tapi tetap makan juga kunyah perlahan-lahan. hihi...
Encik suami punya hidangan, spaghetti carbonara dengan porsi yang sederhana. Kalau lapar, sila jangan order ni. Takut tak cukup. Spaghetti carbonara ni sedap, creamy! tapi tak boleh lawan spaghetti chicken & mushroom CBTL lah.
Tapi untuk harga, menu Richiamo Coffee ni lebih murah dan berbaloi. Makanan pun sedap dan puas hati. Sangat enjoylah menjamu selera di Richiamo. Selesa pun selesa. Tak sesak, service cepat dan makanan sedap.
Lain kali kita cuba menu yang lain pula.
Boleh cuba masak salainya. Sebelum ini cuba air dengan painya.
ReplyDeleteNanti cuba tau kak. Sedap!
DeleteSebab tu akak suka Richiamo sebab coffeenya murah
ReplyDeleteTu lah tu, lambat tahu. Ada hikmahnya lah boikot kopi S tu, dapat minum kopi sedap dan lebih murah. Makanan pun sedap.
DeleteSelamat mengopi dan menjamu selera
ReplyDeleteBaik wak. Terima kasih.
DeleteAmmi memang tak pernah makan di S tu sebab mahal nau. Kalau 5 mulut ni pergi huhuhu menangis dibucu katil.
ReplyDeleteSaya pun biasa mengopi dan beli pastry je. Yang lain makanan berat tak pernah lagi lah. Itulah tu, kalau ramai ramai rabak juga poket.
Delete