Cara Pilih Warna Tudung Yang Sesuai Dengan Warna Kulit Berdasarkan Undertone
Biasanya kalau pilih warna tudung macamana ye? Ikut warna baju? Warna corak? atau main hentam je lah asal boleh. Ada orang jenis tak kisah. Tapi yang kisah memang mementingkan warna tudung supaya sepadan dengan baju yang dipakai.
Rupanya bukan warna tudung kena sepadan dengan baju, pemilihan warna tudung juga kena sepadan dengan warna kulit.
Warna hitam, warna yang paling selamat untuk mix & match dengan baju. Tapi tak semua orang sesuai pakai tudung warna hitam. Kadang boleh menampakkan kulit muka kelihatan gelap. Warna putih pula warna terpaling orang nak elak pakai, risau kulit muka nampak gelap.
Sebenarnya untuk memilih warna tudung agar sesuai dengan warna kulit kita adalah mengikut jenis Undertone kulit.

Apakah undertone
Menurut hellosehat, undertone kulit adalah rona halus yang terletak di bawah permukaan kulit kita. Tona di bawah permukaan kulit berbeza dengan warna atau jenis kulit.
3 Jenis undertone
- Cool undertone : Warna kulit kelihatan seakan-akan seperti warna pink atau kemerah-merahan. Biasanya warna kulit ini dimiliki oleh orang barat yang berkulit sangat cerah.
- Neutral undertone : Warna jenis ini diantara cool dan warm undertone.
- Warm undertone : Warna kulit kelihatan seperti warna kuning atau peach.
Cara untuk ketahui undertone
Cari tempat yang ada natural light (cahaya matahari), lihat warna urat di pergelangan tangan, sama ada berwarna ungu, biru atau hijau. Boleh rujuk gambar di bawah.
Warna tudung yang sesuai untuk cool undertone
Warna tudung yang sesuai untuk neutral undertone
Warna tudung yang sesuai untuk warm undertone
Jadi lepas ni bolehlah pilih warna tudung yang lebih sesuai mengikut undertone kita sendiri. Patutlah kadang pakai warna cerah, muka nampak gelap. Rupanya salah pilih warna tudung. Kadang warna yang kita suka tak semestinya sesuai dengan kita. Begitulah...
kredit untuk pemilik gambar. Tiada watermark pula untuk dikreditkan. Jika tahu, boleh nyatakan dalam kotak komen. Terima kasih.
ammi punya neutral undertone...tp rasanya dalam almari tudung hitam menguasai hanger
ReplyDeleteHihi..samalah kita, tudung hitam memang kena lebih.
DeleteNaniey tak reti pakai tudung putih. Zaman tudung putih masa sekolah je..
ReplyDeleteKita sama! Pakai zaman sekolah dan masa nikah je lah..Kalau untuk harian ke memang taklah kan.
Delete