Lirik Lagu Cintaku Sampai Ke Ethiopia - Ria Resty Fauzi

Lagu Cintaku Sampai Ke Ethiopia
sumber : google

Lagu Cintaku Sampai Ke Ethiopia, lagu nurse viral tiba-tiba popular selepas beberapa tahun dikeluarkan. Tiba-tiba boom meletop tular disebabkan video persembahan koir pelatih jururawat (nurse) sempena majlis konvokesyen yang telah dimuat naik di laman sosial TikTok.

Video tersebut telah mendapat lebih 1.6 juta tontonan pengguna media sosial. Yang buat lagi viral tu sebab yang part lelaki tu liriknya pendek je. Tak datang rehearsal pun tak apa katanya. Senang betul orang lelaki menyanyi ye.

Penyanyi asal Cintaku Sampai Ke Ethiopia iaitu Ria Resty Fauzi ini dipersembahkan oleh pelatih jururawat Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah (KSKB). Ria Resty Fauzi merupakan seorang penyanyi Indonesia yang popular di Indonesia dan Malaysia.

Pencipta lagu Cintaku Sampai Ke Ethiopia pula adalah Younky RM. Dikatakan dulu lagu ini memang wajib dinyanyikan semasa majlis konvokesyen jururawat. 

Info lagu Cintaku Sampai Ke Ethiopia

Tajuk lagu : Cintaku Sampai Ke Ethiopia
Penyanyi : Ria Resty Fauzi
Pencipta/ Lirik : Younky RM

Maksud lagu Cintaku Sampai Ke Ethiopia

Lagu lagenda mengusik kenangan ini memberi makna yang mendalam buat para jururawat pelatih. Hantar lah kemana saja pun tetap sanggup dan setia menggalas tanggungjawab demi karier seorang jururawat. Mungkin itulah yang diggambarkan dalam bait-bait lirik lagu Cintaku Sampai Ke Ethiopia ni. 

Ethiophia adalah nama sebuah tempat yang dulunya dikenali sebagai Habsyah dan dipimpin oleh raja Habsyah yang bergelar Najasyi.

Bukanlah emas permata(intan berlian)
maksud: bukan kekayaan

Juga bukan gemerlap dunia (bintang-bintang)
maksud: bukan kemewahan

Bulan madu..aku pun tak minta
maksud: Jalan-jalan berdua pun tak mahu

Asalkan kita dapat berdua
maksud: Asalkan boleh luang masa bersama

Aku pun bahagia
maksud: bahagia

Ke mana pun kau pergi.. ku kan ikut kamu..
maksud: pergi mana pun, aku akan bersama

Walau..ke hujung dunia..
maksud : kemana sahaja

Jangankan gunung Fujiyama.. (Fujiyama)
Puncak Himalaya ku ikut kamu
maksud : kemana sahaja aku akan bersama

Jadi, kalau makna untuk cinta semata-mata. Hentikanlah. Sepertia yang tular baru-baru ini dinyanyikan oleh pelajar sekolah rendah. Memang tak sesuailah cerita dia. Pelajar perlu diterapkan dengan lagu-lagu patriotik, barulah sesuai.

Lirik Lagu Cintaku Sampai Ke Ethiopia - Ria Resty Fauzi

Kalau kau benar sayang padaku..
Dan kalau kau benar cinta..
Ucapkanlah..janji setiamu..
Kalau kau benar sungguh mau..
Semua milikku untukmu..
Jiwa dan ragaku..semuanya milikmu..

Bukanlah emas permata..(intan berlian)
Juga bukan gemerlap dunia..(bintang-bintang)
Bulan madu..aku pun tak minta..
Asalkan kita dapat berdua..
Aku pun bahagia..
Ke mana pun kau pergi.. ku kan ikut kamu..
Walau..ke hujung dunia..

Jangankan gunung Fujiyama.. (Fujiyama)
Puncak Himalaya ku ikut kamu..
Jangankan ke Kemboja.. (ke Kemboja)
Ke Ethiophia ku ikut kamu..
Kalau memang kamu cinta aku..
Ke kutub utara..aku ikut kamu..

Jangan..jangan..janganlah kau ragu ragu sayang..
Jangan..jangan..jangan ragu kan cintaku
Jangan..jangan..janganlah bimbang dan ragu sayang..
Sungguh mati..aku cinta kepadamu..

Bukanlah emas permata..
Juga bukan gemerlap dunia..
Bulan madu..aku pun tak minta..
Asalkan kita dapat berdua..
Aku pun bahagia..
Ke mana pun kau pergi.. ku kan ikut kamu..
Walau..ke hujung dunia..

Jangankan gunung Fujiyama.. (Fujiyama)
Puncak Himalaya ku ikut kamu..
Jangankan ke Kemboja.. (ke Kemboja)
Ke Ethiophia ku ikut kamu..
Kalau memang kamu cinta aku..
Ke kutub utara..aku ikut kamu..

Jangankan gunung Fujiyama.. (Fujiyama)
Puncak Himalaya ku ikut kamu..
Jangankan ke Kemboja.. (ke Kemboja)
Ke Ethiophia ku ikut kamu..
Kalau memang kamu cinta aku..
Ke kutub utara..aku ikut kamu..

Jangan..jangan..janganlah kau ragu ragu sayang..
Jangan..jangan..jangan ragu kan cintaku
Jangan..jangan..janganlah tinggalkan aku sayang
Jangan..jangan..janganlah kau lupa janjimu

Jangan..jangan..janganlah kau ragu ragu sayang..
Jangan..jangan..jangan ragu kan cintaku
Jangan..jangan..janganlah tinggalkan aku sayang
Jangan..jangan..janganlah kau lupa janjimu

Jangan..jangan..janganlah kau ragu ragu sayang..
Jangan..jangan..jangan ragu kan cintaku
Jangan..jangan..janganlah tinggalkan aku sayang
Jangan..jangan..janganlah kau lupa janjimu

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.