Graduation Flower Bouquet Simple Dan Menarik
Rezeki encik suami dapat banyak flower bouquet di hari konvokesyen haritu. Konvokesyen terakhir haruslah lebih meriah diraikan. Melainkan kalau buat double PhD ke kan. Ehhh...itu bukan dalam perancangan. Cukuplah kot kan perjalanan PhD yang satu ni.
Seterusnya graduation flower bouquet dari adik ipar saya, adik kepada encik suami. Syukur juga dia dapat cuti dan dapat meraikan majlis sekali. Beli bunga konvo ni acara wajib konvo katanya.
Seterusnya graduation flower bouquet dari adik ipar saya, adik kepada encik suami. Syukur juga dia dapat cuti dan dapat meraikan majlis sekali. Beli bunga konvo ni acara wajib konvo katanya.
baca juga
Bunga ni katanya beli di tepi jalan luar UKM. Biasanya kalau konvo memang meriah orang jual flower bouquet di tepi jalan sebelum masuk UKM tu. Lebih murah katanya. Kalau beli di dalam kawasan UKM ni mungkin mahal sikit sebab nak bayar tapak sewa kan.
Jualan flower bouquet ni memang meriah. Banyak pilihan. Pilih je yang mengikut bajet. Yang adik ipar beli ni walaupun simple je tapi menarik. Siap ada 3 ketul bear yang comel dengan 3 kuntum bunga carnation.
Cantik warna bunga carnation. Bunga filler tu saya tak pasti bunga apa. Macam baby breath je. Gambar di ambil selepas 4 hari majlis berlalu. Bunga masih kelihatan segar lagi tu. Teddy bear pun boleh dijadikan sebagai key chain.
Post a Comment