Hari Yang Dinanti Telah Tiba, Majlis Konvokesyen UKM ke-51

Hari yang dinanti telah pun tiba. Usai solat subuh, terus bersiap dan check out dari Hotel OYO. Ingatkan dah cukup awal gerak ke UKM. Rupanya tidak ye. Kenalah hadap jem kejap. Mujur tak lama.

Kononnya nak parkir di masjid jalan kaki je ke DECTAR (Dewan Canselor Tun Abdul Razak). Tapi jalan di tutup pula. Terpaksalah parkir di Dewan Gemilang dan naik bas untuk ke DECTAR. Bas banyak dan tak perlu tunggu lama pun. Park kereta terus naik bas je.

Kami tak lah lambat sangat. Mengikut kad jemputan, kami tetamu yang masuk di pintu B. Masuk je staff akan tunjuk di mana kita perlu duduk. Dapatlah duduk bahagian depan pentas di belakang para graduan. Okay juga spot ni, dapat ambil gambar elok sikit kan.

Majlis Konvokesyen UKM ke-51

Ikutkan majlis mula pukul 8:00 sebab masa untuk tetamu dan graduan masuk antara pukul 7:30 hingga 8:00 pagi. Majlis berlangsung tak lama selepas itu. Yang bestnya majlis konvokesyen sekarang boleh tengok live juga di media sosial. Jadi, keluarga di rumah yang tak dapat datang pun boleh tengok live.


Tetamu yang lain boleh juga tonton di skrin besar dalam dewan panggung seni belakang DECTAR ni. Adik ipar, anak buah dan biras saya tengok dari situ je. Saya dan mak je masuk dalam dewan. Hanya 2 orang tetamu graduan dibenarkan masuk dengan kad jemputan.

Majlis bermula dengan perarakan masuk para graduan. Peringkat PhD masuk awal bersama master. Dapatlah kita ambil gambar dan video encik suami dari dekat sikit.

Majlis Konvokesyen UKM ke-51

Selepas ambil scroll, graduan lalu depan kami. Sekali lagi dapat ambil gambar encik suami. Mujur juga dia perasan. Dapatlah ambil gambar elok sikit. 

Majlis Konvokesyen UKM ke-51
terpaling muka happy sebab dah habiskan PhD

Keluar dari dewan, kami pergi ambil gambar studio dulu satu family. Lepas tu barulah bergambar di luar. Lupa pula nak ambil gambar ramai-ramai. Cuaca panas dan kepenatan juga menunggu lama-lama kan.

Majlis Konvokesyen UKM ke-51
bersama mak dan anak-anak buah

Majlis Konvokesyen UKM ke-51
happy wife sebab husband dah konvo!

Majlis Konvokesyen UKM ke-51
bersama adik ipar, adik encik suami

Majlis Konvokesyen UKM ke-51
bersama biras dan anak-anaknya wakil adik ipar yang kerja

Sementara menunggu anak buah sampai, encik suami menghabiskan masa kejap dengan Prof selaku penyelia dia dan bersama pensyarah, para Doktor Falsafah dan bakal Doktor Falsafah. Terasa kerdil di situ sebab kita ni level degree je mampu. Huhu...

Majlis Konvokesyen UKM ke-51

Disebabkan macam dah lewat, mak, adik ipar, biras dan anak buah balik awal. Anak buah saya pun sampai pada masa yang sama. Then kami terus gerak ke tempat berlangsung robing ceremony semalam tu untuk sesi photoshoot pula. 

Majlis Konvokesyen UKM ke-51
bersama anak buah saya, photographer terjun of the day

Majlis Konvokesyen UKM ke-51

Mereka sibuk bergambar, kita tukang ambil gambar mereka. Tak sabar nak tengok outputnya nanti.

Fuhh..letih dia jangan cakaplah. Tapi itu semua pengalaman manis yang berharga tak terbeli dengan nilai ringgit. Alhamdulillah kepayahan berakhir dengan kesenangan.

Bukan mudah belajar dengan kerja lagi. Belum lagi kesusahan dari segi kewangan. Semuanya bercampur bagai air batu campur. Cabaran yang berliku. Begitulah liku-liku kehidupan yang perlu dihadap demi menghabiskan pelajaran sampai tahap tertinggi ni.

Perkara yang tidak mudah. Tapi dengan izin Allah, Allah permudah segalanya. Syukur..Alhamdulillah...
Terima kasih buat semua yang membantu, mendoakan, mengucapkan dan memberikan hadiah. Banyak betul encik suami dapat bunga dan hadiah. Rezeki encik suami. 

Majlis Konvokesyen UKM ke-51

Ini sebahagian bunga. Hadiah coklat dah selamat masuk perut dan dikongsikan bersama keluarga. Hihi...

4 comments:

  1. Tahniah Dr. Mohd. Aidil.
    Moga terus cemerlang, berbakti pada nusa, agama dan bangsa.

    ReplyDelete
  2. Terasa kegembiraan juga tengok gambar-gambar di atas.
    Tahniah untuk suami Fiza.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.