Lunch Di Richiamo Coffee UKM

Lepas puas bergambar di DECTAR UKM, kami ke Akademia Siber Teknopolis (AST) dimana berlangsungnya Robing Ceremony haritu. Tak rancang pun sebenarnya nak buat sesi graduation photography ni sebab tak sure lagi anak buah datang ke tidak.

Alang-alang dia dah datang dan bawa camera, kita pun buatlah sesi photographer kejap. Dapatlah ambil berkeping-keping gambar graduation sebagai kenangan di hari tua nanti. 

Dah penat berphotoshoot, alang-alang di situ ada Richiamo Coffee kami pun makan tengahari. Masing-masing pun belum makan dan kelaparan. 

Macam biasa, saya pesan menu yang sama. Set nasi daging asap salai masak lemak cili api. Semasa buat pesanan, kami diberitahu yang nasi putih habis. Yang ada nasi lemak. Nasi lemak pun nasi lemak lah. Janji nasi.

Mungkin sebab ramai orang. Jadi nasi putih memang jadi pilihan utama lah untuk mengisi perut waktu tengahari ni kan.

Ngam juga nasi lemak dengan masakan lemak. Tapi nasi dia agak lembik dan melekat sikit. Bila dah lapar, tak fikir dah tu. Makan terus. 

Richiamo Coffee UKM

Seperti biasa dihidangkan dengan sambal belacan, ikan masin, salad, hirisan lobak merah dan hirisan timun.

Daging salai asap masak lemak cili api di sini agak kurang sikit. Saya rasa mungkin sebab menggunakan santan kotak. Kurang lemak dan dagingnya juga ada lemak tidak seperti yang saya pernah rasa di cawangan Richiamo Coffee yang lain. 

Sebelum ni kalau pesan, mesti dagingnya lembut dan tiada lemak daging. Mungkin sebab kawasan bandar, cara penyediaan dan bahannya agak berbeza. Kita husnudzon je lah.

Encik suami pesan set nasi ayam rendang dan anak buah saya pesan set nasi daging hitam. Air pula kami pesan Ice Hazelnut Cappucino, Ice caramello Cappuccino dan Ice Caffe Latte.

Richiamo Coffee UKM

Habis makan kami lepak sebentar sambil bersembang memandangkan tak ramai orang. Jadi bolehlah lepak berlamaan sikit. Di sini cuma ada Richiamo Coffee. Nak meriah macam mall, kena pergi PUSANIKA UKM. Macam-macam kedai makan dan kopi ada. 

2 comments:

  1. Salam. Nampak menu seperti sama dengan menu di Seri Iskandar. Terima kasih share cerita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, menu sama je cuma presentation tu berbeza kot kan.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.