Makan Malam Di Rafa Kitchen

Sebelum check in hotel OYO haritu, kami isi perut dulu makan malam. Sebabnya lepas check in malas dah nak keluar. Nak berehat dan tidur awal sebab majlis konvokesyen encik suami jam 7:00 pagi. 7:30 pagi waktu masuk dewan. Awal bukan main lagi kan.

Mujur jugalah masih ada hotel kosong. Dekatlah sikit berbanding nak gerak dari rumah di Seremban ke UKM.

Pusing punya pusing berdekatan hotel, kami pilih Rafa Kitchen. Nampak meriah je kedai ni. Kedai kalau meriah ramai orang tu tandanya sedap lah kan. 

Oleh kerana badan dah penat. Saya terus pesan nasi goreng paprik seafood dan air sirap limau. Encik suami pesan nasi goreng USA dan air masak. Air masak kena ambil sendiri di tempat yang disediakan. Kira percumalah air kosong tu.

Kalau pesan air manis, kena ada air masak/ kosong. Tak boleh bermanisan sangat. 

Rafa Kitchen

Nasi goreng paprik seafood yang sedap dengan udang dan sotong segar. Berselera makan. Lapar pun ye juga. Kira ngam juga dengan selera saya dan encik suami.

Rafa Kitchen

Dah malas nak cari kedai makan yang lain sebenarnya. Bila dah penat begitulah. Apa yang ada depan mata tu kita bedal je lah. Jangan banyak bunyi. 

Tapi menu ni sedaplah. Cukup rasa dia. Berdekatan di Hotel OYO banyak juga kedai makan. Tak risau lah kalau lapar tu, senang nak cari makanan.

Rafa Kitchen Thai
—13, Jln Puteri 2A/8, Bandar Bukit Mahkota, 43000 Kajang, Selangor

6 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.