Kempunan Nak Makan Asam Pedas Melaka
Dah macam kisah Mak Timah merajuk sebab kempunan telur ikan tembakul dalam cerita batu belah batu bertangkup lah pula. Tapi kita kempunan tak pergi batu belah batu bertangkup. Kita pergi membawa diri makan di kedai lain je.
Kedai tutup pukup 4 petang. Kami sampai masa tu dah pukul 4 lebih dah. Langkah kiri lah kami sebab kedai baru je tutup.
Dia cadangkan pergi kedai makan berhampiran. Kami pun singgahlah satu kedai ni tapi tak ada pula menu asam pedas. Jadi kami pesan nasi goreng sotong, sotong celup tepung, nasi goreng USA, air sirap, carrot susu dan air kosong.
Haritu pergi melawat abang saya di Hospital Jasin, terlimpaslah satu kedai ni. Macam menarik je kedainya. Kononnya nak rasa asam pedas lah selepas melawat nanti.
Seperti yang dirancang, kita pun singgah di Asam pedas Lipat Kajang. Dah siap parkir dah nak masuk kedai dah pun, pekerja yang tengah menyapu di situ cakap kedai dah tutup. Alahaiii..tak ada rezeki kita lah nak merasa asam pedas pun.
Kedai tutup pukup 4 petang. Kami sampai masa tu dah pukul 4 lebih dah. Langkah kiri lah kami sebab kedai baru je tutup.
Biasanya nasi goreng sotong dicampur dengan nasi goreng tu kan. Tapi di kedai ni nasi goreng sotong dia masak macam masak lauk paprik tu. Tak sama macam menu nasi goreng sotong yang pernah saya makan sebelum ni di kedai-kedai lain.
Tapi saya okay je, lain kedai lain cara persembahan makanannya kan. Walaupun berbeza tapi sedap juga nasi goreng sebegini rupa.
Tak pasti apa nama kedai ni, signboard tertutup dengan daun pokok tu pula. Lia ke Lina entah. Kedai tomyam seafood Sebelah Pejabat FELCRA Sri Mendapat Merlimau, Melaka.
Kami duduk di meja luar sebelah jalan. Sesekali pilih duduk makan di tempat terbuka ambil angin luar. Kawasan kedai ni luas dan banyak meja. Barangkali tempat ni sentiasa ramai pengunjung kot. Kalau ramai datang tu maknanya makanan kat situ sedap lah kan. Alhamdulillah sedap makan di sini.

Biasanya kalau dah kempunan terus merajuk tak nak makan yang lain.
ReplyDeleteIni lain pula ceritanya.
Hihi..itulah tu. Lain pulak jadinya kan. Dia janji makan, gituu...
DeleteNampak kejadian nasi goreng tu cantik menarik je Fiza..itu la akak pun selalu makan nasi goreng sotong dia campur sekali sotong dalam nasi..ni macam nasi goreng sotong paprik je..
ReplyDeleteMenarik juga rupanya kan kak. Itulah tu, biasa campur dengan nasi. Yang ni memang macam lauk paprik sotong betul. Tapi sedap juga.
Deleteapasal nasi gorengnya nampak menggoda sangat nih?
ReplyDeleteTengok pun dah rasa tak sabar nak makan. Kan Kak Yan? Hihi..Mujur indah rupa, indah juga rasa dia.
DeleteIn syaa Allah ada rezeki boleh datang lagi dan makan asam pedas Melaka di situ.
ReplyDeleteInshaAllah ada rezeki singgah Melaka boleh cari asam pedas lagi.
DeleteNasib baik my MIL baru masakkan asam pedas ikan minggu lepas. Kalau tak, dgn saya2 sekali terliur rindukan asam pedas Msia.
ReplyDeleteHihi..akak lagilah jauh tu kalau mengidam yang made in Malaysia. Syukur ada MIL masakkan asam pedas. Confirm sedap makan masakan air tangan mak mak kita kan.
Delete