Adidas TERREX Soulstride Flow Trail Running Shoes Untuk Hiking

Nampaknya hari ni cerita pasal kasut je lah ye. Oleh kerana kasut untuk berlari dah beli. Lepas tu beli kasut khas untuk hiking pula. Kalau tak kerana kasut lama dah uzur, tidaklah kita membeli yang baru. Kasut pun pandai penat juga kan. 9 dah tahun berkhidmat. Mana tidaknya uzur.

Kasut hiking saya pilih Adidas TERREX Soulstride Flow Trail Running Shoes yang khas untuk hiking yang agak mesra bajet lah untuk pilihan yang saya nak. 

Terberkenan dengan design kasut Adidas TERREX Soulstride Flow Trail Running ni sebab design dan warnanya yang menyerlah, Impact Orange!

Adidas TERREX Soulstride Flow Trail Running Shoes

Selain orange ada warna merah dan garisan kuning di tepinya.Warna menyerlah macam ni yang saya suka. Kalau boleh nak warna pink tapi nan hado. Apa yang saya perasan design kasut adidas sekarang mostly warna putih atau hitam. 

Adidas TERREX Soulstride Flow Trail Running Shoes

Tak ada pilihan lain, kita pilih je lah yang ni. Terrex ni sesuailah untuk hiking dengan tapak getah continental ni. Tapak pun bukan sekadar getah yang terbaik, ada corak-corak lagi tu. Menarik juga ye. Harapnya tahan lama lah. Kalau boleh jangan cepat ranap, rabak poket!

Adidas TERREX Soulstride Flow Trail Running Shoes

Rancangnya sebulan sekali atau dua kali hiking bukit yang dekat-dekat dan trail mudah. Semoga terus semangatlah ye bila dah ada kasut baru ni.

8 comments:

  1. berapa saiz kasut nih ., hehe 9 tahun yg byk berjasa tuuh.,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, 9 tahun yang banyak berjasa. Saiz 4 1/2 UK Wak seperti dalam tag.

      Delete
  2. Wah tapaknya pun ada tompok-tompok warna.
    Ini memang sudah berazam kuat untuk mendaki. Hehe. Semoga tercapai hasrat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, menarik kan coraknya.
      Harap begitulah, tercapai hasratnya.

      Delete
  3. Go go Hiking.. Kasut dah selesa dah tu untuk Hiking.. 🙂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa..kita dah hiking bukit kedua dah tahun ni. Ayuh, semangat dengan kasut baru. Hihi...

      Delete
  4. Cantik kasutnya, Fizah. Semoga terus bersemangat pergi hiking. :)
    Akak untuk hiking, masih pakai kasut potong getah. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kak. Mudah-mudahan terus semangat.
      Janji selesa sudah kak.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.