Adidas TERREX Soulstride Flow Trail Running Shoes Untuk Hiking
Nampaknya hari ni cerita pasal kasut je lah ye. Oleh kerana kasut untuk berlari dah beli. Lepas tu beli kasut khas untuk hiking pula. Kalau tak kerana kasut lama dah uzur, tidaklah kita membeli yang baru. Kasut pun pandai penat juga kan. 9 dah tahun berkhidmat. Mana tidaknya uzur.
Kasut hiking saya pilih Adidas TERREX Soulstride Flow Trail Running Shoes yang khas untuk hiking yang agak mesra bajet lah untuk pilihan yang saya nak.
Terberkenan dengan design kasut Adidas TERREX Soulstride Flow Trail Running ni sebab design dan warnanya yang menyerlah, Impact Orange!
Rancangnya sebulan sekali atau dua kali hiking bukit yang dekat-dekat dan trail mudah. Semoga terus semangatlah ye bila dah ada kasut baru ni.
berapa saiz kasut nih ., hehe 9 tahun yg byk berjasa tuuh.,
ردحذفYa, 9 tahun yang banyak berjasa. Saiz 4 1/2 UK Wak seperti dalam tag.
حذفWah tapaknya pun ada tompok-tompok warna.
ردحذفIni memang sudah berazam kuat untuk mendaki. Hehe. Semoga tercapai hasrat.
Ye, menarik kan coraknya.
حذفHarap begitulah, tercapai hasratnya.
Go go Hiking.. Kasut dah selesa dah tu untuk Hiking.. 🙂
ردحذفYaaa..kita dah hiking bukit kedua dah tahun ni. Ayuh, semangat dengan kasut baru. Hihi...
حذفCantik kasutnya, Fizah. Semoga terus bersemangat pergi hiking. :)
ردحذفAkak untuk hiking, masih pakai kasut potong getah. :D
Terima kasih Kak. Mudah-mudahan terus semangat.
حذفJanji selesa sudah kak.