Amalkan Minum Air Saffron Organic Setiap Pagi

Sebenarnya macam dah lama nak amalkan minum air saffron ni. Bagus katanya untuk kesihatan. Kita pun cubalah beli 1g Saffron untuk amalkan minum air saffron setiap pagi. 1g ni tahan 2-3 bulan macam tu. Untuk mendapat kebaikannya, kenalah konsisten.

Sebelum tu, jom kenali dulu saffron. Boleh baca info tentang saffron yang diambil dari petikan artikel Hello Doktor.

Apakah Saffron

Saffron merupakan sejenis rempah iaitu bahagian stigma bunga yang bernama Crocus sativus yang banyak terdapat di sekitar Asia Tengah. Ia telah ditanam sejak ribuan tahun dahulu yang digunakan dalam masakan, perubatan, sebagai bahan pewarna dan juga perasa.

Stigma bunga saffron ini dikeringkan dan akan menjadai warna merah tua. Kemudian dia akan mengeluarkan warna kuning pekat apabila direndam di dalam air.

Saffron menjadi antara bahan wajib dalam masakan masyarakat di sekitar Timur Tengah dan juga Asia Tengah. Rempah ini juga dianggap sebagai antara jenis rempah yang paling mahal di dunia.

Harganya yang mahal ini disebabkan oleh proses untuk mendapatkannya yang agak sukar. Ini kerana kesemua kerja-kerja menuai stigma bunga saffron ini hanya dilakukan dengan tangan secara manual.

Kebaikan/ Manfaat Saffron

1. Minum air saffron sebagai antioksidan

Saffron mengandungi pelbagai sebatian tumbuhan yang bertindak sebagai antioksidan. Antara sebatian tersebut ialah seperti crocin, crocetin, safranal dan kaempferol. Crocin dan crocetin dikatakan mempunyai sifat antidepresan dan melindungi sel otak daripada kerosakan progresif.

Saffron diketahui mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi. Antioksidan ini boleh membantu meneutralkan radikal bebas berbahaya yang menjadi salah satu punca berlakunya kanser.

Dalam kajian makmal, saffron dan sebatiannya dilihat telah membunuh atau merencatkan pertumbuhan sel kanser kolon secara selektif, tanpa membahayakan sel sihat yang lain.

Kesan ini juga dapat dilihat pada sel-sel kanser lain seperti sel kanser kulit, prostat, serviks, paru-paru dan payudara. Namun, masih banyak kajian lanjutan diperlukan memandangkan kajian ini masih lagi kurang dijalankan ke atas manusia.  

2. Membantu mengurangkan selera makan dan menurunkan berat badan

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, antara kebaikan saffron ialah ia boleh membantu mengurangkan pengambilan snek dengan cara menyekat selera makan.

Dalam satu kajian yang telah dijalankan selama lapan minggu, pengambilan suplemen saffron membantu mengurangkan selera makan, indeks jisim tubuh, lilitan pinggang, dan jumlah jisim lemak.

Ada teori yang menyatakan bahawa saffron meningkatkan mood anda, sekali gus mengurangkan keinginan anda untuk mengambil snek.

3. Membantu mengurangkan simptom PMS

Ada kajian yang menunjukkan bahawa saffron mungkin boleh membantu sindrom pra haid (PMS) wanita. Dalam kalangan wanita berumur 20 hingga 45 tahun, pengambilan 30 miligram saffron setiap hari lebih berkesan berbanding plasebo dalam merawat sindrom PMS seperti sakit kepala, mudah marah dan rasa mengidam.

4. Memperbaiki mood

Dalam satu analisis ke atas lima kajian, suplemen saffron dilihat jauh lebih berkesan daripada plasebo dalam merawat gejala kemurungan ringan hinggalah ke tahap sederhana.

Selain itu, ada juga kajian yang mendapati bahawa pengambilan 30 miligram saffron setiap hari mempunyai kesan yang sama seperti ubat-ubatan bagi rawatan depresi.

Walau bagaimanapun, lebih banyak kajian diperlukan sebelum saffron ini boleh dicadangkan sebagai rawatan dalam merawat depresi.

5. Memperbaiki memori pesakit Alzheimer

Antara kebaikan saffron yang kurang diketahui ramai ialah manfaatnya dalam memperbaiki fungsi otak.
Kandungan antioksidan yang terdapat pada saffron berpotensi memperbaiki fungsi kognitif dan memori pesakit yang menghidap Alzheimer.

6. Bertindak sebagai bahan afrodisiak

Afrodisiak merupakan bahan-bahan yang boleh membantu merangsang keinginan seksual seseorang individu. Kajian telah menunjukkan bahawa saffron mungkin mempunyai sifat afrodisiak, terutamanya dalam kalangan mereka yang mengambil ubat antidepresan.

Selain itu, analisis enam kajian menunjukkan bahawa pengambilan saffron boleh meningkatkan fungsi ereksi, libido, dan kepuasan keseluruhan secara signifikan.

Motif nak amalkan minum air saffron ni adalah untuk kesihatan dan kalau dapat kurangkan selera makan dan kurus tu satu bonuslah kan. 

Saya beli di SM FOOD di TikTok dengan harga RM20 lebih untuk 1 g. Harga saffron memang mahal seperti yang diterangkan di atas.

Saffron Organic

Cara minum air saffron

Biasanya saya amalkan minum pada waktu pagi sebelum sarapan pagi. Apa yang saya tahu hanya perlu minum sekali sehari samada pagi atau malam. 

Saya suka minum suam di waktu pagi untuk keselesaan perut. Tuang air panas, lepas tu masukkan beberapa helai saffron dan biarkan air bertukar sehingga warna kuning. Anggaran masa 10-15 minit macam tu. Masa ni air panas tadi pun dah jadi suam. Boleh minum terus.

Saffron Organic

Rasa air saffron ni hampir tiada rasa sebenarnya. Boleh minum dengan aman tanpa perlu menutup hidung. Bau dia pun tak ada sangat. 

Saya dah amalkan sebulan lebih kalau tak silaplah. Ye, memang ada kurang sikit selera nak makan manis-manis tu. Paling manis pun minum air kopi je lah. Tak craving manis tapi kalau ada depan mata, nak merasa sikit tu bolehlah.

Sekarang pun tengah cut sugar untuk jaga kesihatan yang lebih baik selain amalkan brisk walk dan jogging. Tak terlalu mengharap sangat kesannya cuma kalau ada perubahan baik yang kita tak perasan tu kira eloklah amalkan.  Setakat ni tak ada kesan negatif, boleh terus minum.

Cara nak tahu saffron original atau fake

Saffron original akan terapung. Manakala saffron fake dia akan tengelam.

16 comments:

  1. busyra tak pernah minum.. inshaAllah boleh amalkan nnti.

    ReplyDelete
  2. Baru tahu kebaikan safron.
    Sekarang kena pilih makanan kesihatan untuk dimakan.

    ReplyDelete
  3. Wah.. banyak khasiatnya.. Boleh cuba juga ni..

    ReplyDelete
  4. belum terfikir nak cuba lagi... banyak sangat benda nak kena telan, ubatlah, vitaminlah, .. takut nanti berlapuk dalam kabinet..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa..kalau camtu kena utamakan yang penting dahulu tu. hihi

      Delete
  5. wah..semoga sihat dan kurus dengan izin-Nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dapat mengurus tu kira rezeki lah. mudah mudahan berhasil. Aamiin...

      Delete
  6. Alhamdulilah orang rumah dah amal kan semenjak tahun lepas.. Maka kita pun terikut sama :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguslah tu, sama² lah kita amalkan kalau ada kesan yang baik.

      Delete
  7. Wahhh manfaat dan kasiat yang diberikan oleh safron ini baik sekali yaa untuk tubuh, apalagi untuk bisa mendapatkannya juga sangat mudah.

    ReplyDelete
  8. Boleh cuba nanti.. tak pernah minum air saffron ni...
    Nak cut sugar juga sekarang ni. Nak kurangkan selera makan. Terlalu berselera pula sejak akhir akhir ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti boleh cuba amalkan. Hihi..jom kita kurangkan mana yang patut.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.