Filem Anak Perjanjian Syaitan 2 Di Pawagam 4 Januari 2024

Anak Perjanjian Syaitan 2

Tonton Filem Anak Perjanjian Syaitan 2 di pawagam seluruh Malaysia mulai 4 Januari 2024 lakonan Alif Satar, Eyka Farhana dan Fasha Sandha di bawah arahan Dr. Ahmad Idham yang juka selaku penulis skrip filem ini.

Filem seram terbitan Grand Brilliance Studio xxx Primeworks Studios merupakan sekuel filem Anak Perjanjian Syaitan yang pernah ditayangkan pada tahun 2019 lakonan Nadzmi Adhwa dan Chacha Maembong.

FILEM ANAK PERJANJIAN SYAITAN 2

Tarikh Tayangan : 4 Januari 2023
Penulis skrip : Dr Ahmad Idham
Pengarah : Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri
Produksi : Grand Brilliance Studio xxx Primeworks Studios
Genre : Seram

PELAKON/CAST DAN WATAK

Alif Satar, Eyka Farhana, Fasha Sandha, Azizah Mahzan, Azlan Komeng, Dian P Ramlee, Shaharuddin Thamby, Nadzmi Adhwa, Chacha Maembong, Sera Melissa, Elly Arifin dan ramai lagi.
  • Alif Satar sebagai Ustaz Taha
  • Eyka Farhana sebagai Azlinda
  • Fasha Sandha sebagai Ustazah Jamilah

SINOPSIS ANAK PERJANJIAN SYAITAN 2

Filem Anak Perjanjian Syaitan 2 mengisahkan tentang perjalanan seorang wanita muda iaitu Azlinda dalam perjuangannya menentang pertarungan mistik yang menghantuinya sejak kecil. 

Walaupun Azlinda telah didiagnosis secara medikal dengan penyakit “anxiety disorder”, dia yakin bahawa gangguan yang menghantuinya sejak kecil berkait rapat dengan sejarah hitam ibu bapanya, sehinggakan bapanya tidak sanggup lagi untuk membesarkan Azlinda dan tekad menyerahkan Azlinda ke pusat kebajikan. 

Mampukah Azlinda melawan perjanjian malapetaka yang telah menjadi sebahagian dari darah dagingnya, atau adakah dia akan terus hidup dalam kegelapan sepanjang hayatnya?

4 comments:

  1. Baru tgok filem pertama dekat tv9 hari rabu.. Linda x pnh tgok smpai habis, rupanya anak dia lahir selamat...
    Terus teringt, yg kedua nie mesti cerita psal anak dia pulak... Kena tgok nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena tengok yang 1st baru faham nak layan kedua nanti kan. Selamat menonton.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.