Brisk Walk Dan Jogging Di KOMBES Paroi
Tahun baru ni marilah kita jaga kesihatan. Dia bukanlah nak kurus tapi lebih menjaga kesihatan gitu. Biar kurus dan sihat. Kami cadang nak brisk walk dan jogging di KOMBES (Komples Belia dan Sukan) Paroi.
Dulu masa mula-mula kahwin rajin datang beriadah disini. Sekarang ni baru nak kembali semula. Kononnya nak datang selang sehari gitu. Tak nak hari-hari nanti penat. Kalau alternate ni ada masa untuk recovery.
Setelah sekian lama kita jejak semula KOMBES yang sudah berwajah baru. Macam biasa meriah dengan ramai orang.
Masa kami pergi ada perlawanan bola sepak juga. Lagilah meriah! Balapan pun dah baru dan lebih lembut. Untuk permulaan ni saya brisk walk je lah sebanyak 5 pusingan. Encik suami selang seli brisk walk dan jogging perlahan.
Tak nak berlari atau jogging laju-laju terus nanti terkejut otot-otot. Kita warm up lah dulu. Hari seterusnya dapatlah 6 pusingan pula.
Banyak aktiviti sukan dan riadah di sini. Ada senamrobik, gym dan lain-lain lagi. Lebih seronoklah kalau beriadah sukan di KOMBES. Selain tu, ada gerai makanan juga.
Aamiin.. wah meriah macam ni best jugak..
ReplyDeleteTerima kasih.
DeleteSangat meriah, seronok!
Semoga apa yang dihajati tercapai!
ReplyDeleteAamiin... Terima kasih.
DeleteSetuju Fizah.
ReplyDeleteBukan nak kurus tapi nak sihat. Kurus itu bonus hasil kita usaha bakar kalori.
Kesihatan itu amat mahal. Dapat bonus kurus tu satu pencapaian juga.
Deleteaktiviti riadah memalam ni lagi best
ReplyDeleteBetul! Sejuk sikit dari waktu siang.
Delete