Semakin Hari Semakin Laju

Kita mulakan tahun baru dengan semangat baru. Mari mulakan dengan  gaya hidup yang lebih sihat untuk tahun 2024 ni. Sesungguhnya sihat itu mahal harganya. Better health! Itulah misi azam 2024. Dapat kuruskan badan itu satu bonus. Azam yang satu tu memang payah nak capai. Asyiklah carry forward je.

Kami ambil keputusan untuk bersenam di luar dengan brisk walk dan jogging mana termampu di KOMBES (Kompleks Belia dan Sukan). Boleh je nak buat exercise di rumah tapi di luar ni lain sikit feel dia. Luas permandangan dan lebih seronok dapat bau udara di luar. Lebih bersemangatlah gitu.

Punyalah lama tak ke KOMBES ni. Tahu-tahu balapan dia dah tukar baru. Lembut oiii, berlari macam atas span tebal. Kaki pun tak sakit. KOMBES ni sentiasa meriah dengan ramai orang. Lebih selamatlah berbanding di taman-taman. 

Kami hanya pergi hari weekdays selang sehari. Sehari bersukan, sehari untuk recovery macam tu. Kalau hari-hari nanti takut tak larat nak tahan penat. Walaupun tak berlari laju tapi penat jugalah brisk walk tu. Nak habiskan satu pusingan pun jenuh. Kadang kala ditinggalkan encik suami yang laju kedepan.

Brisk walk

Brisk walk atau berjalan cepat merupakan satu senaman yang efektif untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular. Melalui riadah ini ia boleh melatih jantung untuk cekap mengepam darah ke seluruh badan sekali gus mengekalkan stamina

Senaman ni rendah risiko kecederaannya. Taknaklah awal-awal kita push terus jogging. Ikut kemampuan kita.

Hari pertama

Hari pertama kami brisk walk santai-santai gitu. Dapatlah berjalan 2km lebih sikit dengan 5 pusingan balapan larian tu. Saya gunakan aplikasi fitness je untuk track aktiviti.

Brisk walk jogging
3 January 2024

Hari kedua

Dapat brisk walk 6 pusingan hampir 3km dan hampir 5 ribu langkah. Dapat juga mengatasi rekod hari pertama dengan keputusan yang lebih baik.

Brisk walk jogging
5 Januari 2024

Hari ketiga

Terlalu bersemangat sampai 7 pusingan balapan saya try hard untuk habiskan. Kali ketiga buat aktiviti ni kaki masih steady lagi. 

Brisk walk jogging
8 Januari 2024

Hari keempat

Hari keempat saya guna aplikasi adidas running pula. Produk adidas ni bukan produk boikot ye, boleh check di bdnaash.com. Jadi boleh guna untuk track aktiviti dengan lebih tepat lagi. Lebih menarik ada banyak measurement.

Dalam masa lebih kurang hampir 1 jam dapatlah berjalan 3km lebih dengan average pace 16:59. Jangan gelak ye. Pace budak baru nak up begitulah. Mana boleh terus nak laju. Ikut kemampuan badan sendiri. Badan dah berat mengandungi lemak, memang lambat sikit.

Brisk walk jogging
10 Januari 2024

Hari kelima

Hari kelima hanya dapat 6 pusingan tapi pace laju sikit dengan kejauhan 2.68km dalam masa 45 minit macam tu. Kita buat mana termampu. 

Brisk walk jogging
12 Januari 2024

Hari keenam

Kali keenam datang rasa macam malas nak pergi sebenarnya sebab cuaca macam tak okay. Ingatkan baru lepas hujan, tak hujan lagi. Rupanya tak ye. Baru layan 2 pusingan lebih, hujan turun dengan lebatnya pula. Terus berhenti dan balik rumah. Dapatlah pace leha-leha begitu.

Brisk walk jogging
15 Januari 2024

Hari ketujuh

Selepas sehari bercuti sebab hujan, semangat datang lain macam. Laju sikit pace kita hari ketujuh sebab banyak jogging daripada brisk walk. 
Brisk walk jogging
19 Januari 2024

Kiranya semakin hari semakin laju lah ada improvement. Syabas untuk diri sendiri berjaya melakukan aktiviti brisk walk jogging tanpa lelah. Tetap semangat. Harap terus bersemangat dan konsisten lah buat aktiviti riadah begini demi menjaga kesihatan.

Semalam sepatutnya kita teruskan tapi tak dapat pergi sebab kesihatan kasut tak mengizinkan. Tunggu kasut baru sampai, kita ON semula.

Ayuh semua, kita jaga kesihatan dan amalkan gaya hidup sihat. Majulah sukan untuk negara! Kita kayuh pelan-pelan. Slowly but surely!

12 comments:

  1. Ada juga semat azam nak cuba brisk walk tahun 2024 ni. Dah 22 hari gagal tunaikan, masih ada lagi 11 bulan 9 hari tengok terlaksana tidaknya 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah ada niat tu jomlah kita teruskan. Tak elok ditangguh tangguhkan. hihi...

      Delete
  2. Hehe alamak kasut pula tidak sihat sedangkan tuan badan bersemangat.
    Bagus juga Fiza rekod setiap kali buat aktiviti jalan laju.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiba-tiba pula dia sakit. Luntur semangat kita terus. hihi...
      Rekod untuk senang nak tengok perkembangan semasa gitu.

      Delete
  3. semoga makin laju. nak lagi semangat, beli kasut baru. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya begitulah. Yaa dah beli kasut baru. Sampai sudah semalam. Tinggal nak p berlari ja ni. Tak sabar. Hihi...

      Delete
  4. semangat! tahun baru kena ada smngat baru.. smoga akak sntiasa dalam perlindunganNYA.. amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya...kita cipta semangat baru yang lebih baik untuk better heatlh. Terima kasih Busyra doakan saya. Doa yang sama juga untuk Busyra.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.