Dapat Sejadah Dan Jubah Dari Tanah Suci

Selepas beberapa hari anak buah dan kakak ipar balik umrah, anak buah bagi buah tangan pada encik suami. Sempat pula ye mereka berdua berjumpa. Sempat pula tu lunch bersama. 

Alang-alang anak buah site visit berdekatan tempat kerja encik suami. Itu yang menyempat tu. Tahu-tahu dapat whatsapp dari mereka lunch together gether. Tahu-tahu juga ada rezeki kita dari tanah suci, dapat sejadah dan jubah untuk encik suami. 

Dapat Sejadah Dan Jubah Dari Tanah Suci

Kita jarang kirim-kirim ni kalau orang buat umrah ke haji ke. Sekadar kirim doa dan duit je buat tambah-tambah. 

Seronok dapat hadiah sejadah gebu made in Turkiye dan bau tu MashaAllah, harum betul bau-bau negara Arab! Walaupun belum pernah jejak. Hihi...Jubah pula ngam encik suami pakai. Alhamdulillah...

Semoga terus dilimpahi rezeki mereka yang memberi dan Allah membalas dengan segala kebaikan doakan untuk kami berdua disana. Semoga Allah makbulkan segala doa-doa kami. Aamiin...

12 comments:

  1. Cantik warna jubah tu Fizah.
    Alhamdulillah, dapat sejadah gebu. Moga tambah rezeki buat si pemberi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...Warnanya nude sesuai untuk pemakainya.
      Aamiin...

      Delete
  2. Ambil bau dulu, mana tahu lepas ni giliran Fizah dan suami pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin...
      Semoga ada rezekinya. Terima kasih Sal untuk doanya.

      Delete
  3. Alhamdulillah rezeki... Dapat hadiah dari tanah Suci ni feel dia lain kan...rasa istimewa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..betul tu kak, bau dia pun feel lain. Istimewa sangat.

      Delete
  4. Alhamdulillah, ada ingatannya. Memang wangi dan gebu sejadah dari sana kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... ya, memang gebu dan wangi sungguh bau dia.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.