Doa Memasuki Bulan Rejab 1445H/ 2024 M
Kita akan memasuki 1 Rejab 1445H mulai masuk waktu Maghrib pada hari Jumaat 12 Januari 2024 sehingga waktu nak masuk subuh pagi 13 Januari 2024 hari Sabtu. Jadi, ambillah peluang ini untuk membaca doa memasuki bulan Rejab.
Allahuma baariklana fi rajab wasya’ban wa ballighna ramadhan
Maksud : “Ya Allah, Berkatkanlah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.”
—Hadis Riwayat Baihaqi
Bulan Rejab
Bulan Rejab salah satu bulan yang mulia dan ia termasuk di dalam bulan-bulan Haram sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW.
Bulan Haram ini terdiri daripada empat buah bulan di dalam Islam iaitu Zul al-Kaedah, Zul al-Hijjah, Muharram dan Rejab.
Rejab bermaksud membesarkan atau mengagungkan. Selain itu, ia dinamakan bulan Rejab kerana mereka mengagungkan bulan ini ketika zaman al-Jahiliyyah dengan meninggalkan peperangan padanya.
Perkataan jama’ bagi Rejab adalah Arjab (أرجاب) dan jika digabungkan Rejab dan Sya’ban dinamakan sebagai Rajaban (رجبان). —Mukhtar al-Shihah, 118
Di samping itu, Rejab merupakan bulan ke tujuh daripada Tahun Hijriah dan ia merupakan antara bulan Haram yang diharamkan peperangan atau pembunuhan padanya.

Bulan ini datang selepas daripada Jumadi al-Akhir (Jamadil Akhir) dan selepasnya adalah Sya’ban. Doa yang boleh diamalkan ketika memasuki bulan Rejab seperti dibawah
Doa memasuki bulan Rejab
اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَب وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَAllahuma baariklana fi rajab wasya’ban wa ballighna ramadhan
Maksud : “Ya Allah, Berkatkanlah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.”
—Hadis Riwayat Baihaqi
Kelebihan Bulan Rejab
Di antara kelebihan yang terdapat di dalam bulan Haram ini ada disebutkan oleh Al-Hafiz Ibn Kathir di dalam tafsirnya telah menukilkan pendapat Ibn Abbas yang menyatakan bahawa setiap kezaliman yang dilakukan di dalam bulan-bulan Haram ini, dosanya adalah lebih besar berbanding bulan-bulan lain.Begitu juga, amal soleh yang dilakukan adalah lebih besar (pahala) berbanding bulan-bulan yang lain.—Tafsir Ibn Kathir, 4:130
baca juga : Amalan Bulan Rejab
baca juga : Amalan Bulan Rejab
Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita serta diberikan taufiq dan hidayah untuk terus beribadah kepadaNya.
Semoga kita semua mendapat manfaat di bulan Rejab ni
ReplyDeleteAamiin...
Delete