Faedah Berjalan Secara Konsisten, 10 000 Langkah sehari

Tahun baru ni marilah kita tanam semangat baru, lebih menjaga kesihatan dan amalkan gaya hidup yang sihat. Seperti kempen yang pernah diwar-warkan dulu, berjalan 10,000 langkah sehari.

BERJALAN

Berjalan adalah salah satu aktiviti fizikal yang paling mudah, percuma dan sesuai untuk sesiapa sahaja. Ia memberi faedah kepada kesihatan secara fizikal dan mental.

FAEDAH BERJALAN SECARA KONSISTEN

  • Mengekalkan berat badan ideal
  • Menguatkan tulang dan otot
  • Mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, kanser dan darah tinggi
  • Meningkatkan kesihatan jantung
  • Meningkatkan paras hormon endorfin yang menggalakkan perasaan positif
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai untuk menjaga kesihatan dengan mengamalkan aktiviti berjalan secara konsisten 10,000 langkah sehari.

Berjalan 10 000 Langkah sehari

Tip sebelum, semasa dan selepas melakukan aktiviti fizikal yang disarankan oleh KKM

  • Memakai pakaian dan kasut yang sesuai dan selesa
  • Kekal hidrat. Minum air kosong secukupnya
  • Ambil kira ciri-ciri keselamatan untuk mengelakkan kecederaan termasuk faktor cuaca
  • Pakai pelindung seperti krim pelindung muka dan topi

Berjalan 10 000 Langkah sehari

Amalkan budaya hidup aktif dengan berjalan 10,000 langkah sehari dapat mengurangkan risiko penyakit kronik seperti :
  • Penyakit jantung
  • Tekanan darah tinggi
  • Diabetes
  • Kemurungan 
  • Obesiti

sumber imej dan info : KKM

8 comments:

  1. Nak jugak buat keliling Taman ni tapi tak ada kawan. Takut kena kejar anjing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, teringin juga begitu sebab lagi mudah kan jalan sekitar taman rumah je. Tapi memandangkan anjing liar merata, jadi risau pula. Selain tu risau kejadian lain juga. Itu yang rajin bersenam di kombes je. Lebih selamat. Safety first.

      Delete
  2. senaman bagus utk kesihatan., wak pon dh malas nk jalan2 kaki ., huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, bagus untuk kesihatan. Jom wak, kembali rajin jalan target 10,000 sehari.

      Delete
  3. Saya suka aktiviti berjalan, tapi selalu tak dapat buat sebab bila dah sampai rumah hendak siapkan kerja dapur pula. Eh, terfikir pula sebenarnya setiap hari bekerja saya banyak berjalan. Naik turun tangga sekolah, aktiviti PdP bergerak dari hujung ke hujung dan sebagainya. In syaa Allah dapatlah keluar peluh sedikit. Bolehlah tu kan hehehee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu boleh kita bersenam juga tu kak Amie, turun naik tangga setiap hari.

      Delete
  4. Sudah buat cuma hendak buat hari-hari belum dapat lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat selang sehari pun okay juga kak. Bagi masa sehari untuk rehat recovery gitu.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.