Hantu Ulam Daun Tenggek Burung
Jangan bayangkan hantu yang menakutkan bila baca tajuk tu ye. Salah salah. Hantu (baca : peminat tegar). Sejak jumpa ulam daun tenggek burung yang didambakan setelah sekian lama, setiap minggu mesti beli stok.
Ingatkan susah nak cari. Rupanya ada banyak je stok di kedai jual sayur dalam Kipmart Lavender Height tu haa...Hari-hari kita dapat makan ulam tenggek burung. Yang tahu je tahu betapa nikmatnya makan ulam tenggek burung ni.
Pula tu lama tak makan kan. Memang beria sungguhlah makan ulam. Tak jemu ke? Haa setakat ni belum jumpa lagi jemu tu. Mula-mula beli seikat buat rasa-rasa. Lepas tu beli 3 ikat untuk seminggu.
![Hantu Ulam Daun Tenggek Burung Ulam Daun Tenggek Burung](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjRhLobMsdpq2xybUjUDqNYcLmnk0N6TCFqBPc-434KDq3akhu1uJDeIfTL3Ktg9NZ19jPDgTg04D2X2r1vpmp0aMTxdjTPJeZOH_yHxC2p4DhzCUYUkpB676jsxy5137Iin12zZ95nb6BALkzpt2udSEH9m502ybp0hHEa7dBth606devd4RUOzPcRL_gV/s16000-rw/ulam-tenggek-burung.webp)
![Hantu Ulam Daun Tenggek Burung Ulam Daun Tenggek Burung](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjRhLobMsdpq2xybUjUDqNYcLmnk0N6TCFqBPc-434KDq3akhu1uJDeIfTL3Ktg9NZ19jPDgTg04D2X2r1vpmp0aMTxdjTPJeZOH_yHxC2p4DhzCUYUkpB676jsxy5137Iin12zZ95nb6BALkzpt2udSEH9m502ybp0hHEa7dBth606devd4RUOzPcRL_gV/s16000-rw/ulam-tenggek-burung.webp)
Minggu baru ni beli 4 ikat pula. Encik suami suruh ambil 5 ikat. Tapi tengok banyak daun tua-tua, jadi ambil 4 je lah. Nanti beli lagi. Jangan tamak sangat boleh tak?
Biasanya bertahan 5 hari je untuk makan tengahari dan malam. Senang tak payah nak masak sayur buat masa ni. Kena makan dengan ikan goreng dan sambal baru kena.
Biasanya bertahan 5 hari je untuk makan tengahari dan malam. Senang tak payah nak masak sayur buat masa ni. Kena makan dengan ikan goreng dan sambal baru kena.
Suka dengan rasa kelat pahit masam lemak daun ulam tenggek burung ni. Yang tak biasa makan ulam, tak pastilah boleh terima ke tidak. Cara saya makan, kena makan sekali dengan nasi, ikan goreng dan sambal. Baru ngam rasa dia. Kalau makan begitu je macam kurang sedap lah pula.
Lagi satu, dapat daun muda tu sedap sikit berbanding daun tua. Daun tua macam keras sikit. Nak harap kan pucuk semata-mata macam payah je.
Nampaknya kena cari anak pokok tenggek burung, boleh tanam kat kampung. Senang ada stok unlimited. Kann...
salam Fizah. datang blogwalking setelah sekian lama. hehe. saya pun suka ulam ni. selalu makan di rumah makcik di Muar
ردحذفWaalaikumussalam...
حذفTerima kasih Sal berkunjung kesini. Saya pun lama tak blogwalking. hihi...
Best tu kalau tanam, boleh makan bila nak.
ulam kegemaran arwah mak akak ni. cicah sambal. takda lauk pun ok. kalu kat kg petik je tp dtg kl pun cari
ردحذفMesti kena cicah sambal baru sedap. Kat bandar memang payah nak jumpa kak. Itu yang kalau jumpa seronok lain macam.
حذفKah3.. Fizaaaaaaaaaa.. akak ingatkan tajuk drama baru yg Fiza nak promot, hahahaha.
ردحذفhahahahaha..adoiii ini kelakar. Ingatkan cerita seram ek..salah salah..
حذفAkak tidak tahan makan banyqk-banyak. Buat penyeri pada nasi.
ردحذفOrang kata elok makan ulam mentah.
Makan ulam memang elok. Ada orang tak boleh makan banyak-banyak. Saya pun makan sikit sikit je.
حذفSusah nak jumpa pokok tenggek burung ni.
ردحذفMakan dengan sambal kelapa pun sedap juga 😋.
A'ah betul. Payah betul nak jumpa.
حذفFirst time dengar sambal kelapa tu Syu. Makan dengan sambal memang best!
Makan ulam banyak khasiatnya.
ردحذفYa betul. Setiap ulam ada khasiatnya sendiri.
حذفada yang panggil ulam ni dengan nama ulam daun cabang tiga
ردحذفMacam pernah dengar juga nama tu. Terima kasih share.
حذف