Hazelnut Latte Panas Kenangan Coffee Sedap Teruk!
Semalam cuti Thaipusam teman encik suami pergi Celcom Bluecube di Seremban Gateway nak tukar telco dari Digi ke Celcom. Walaupun company yang sama sekarang tapi tetap nak tukar juga atas sebab ada masalah yang Digi tak boleh nak selesaikan.
Dah settle disitu, encik suami kata nak beli apa-apa tak? Kita pun cakaplah nak beli kopi. Buat bekal perjalanan nak ke Melaka pula. Nak melawat abang saya di ICU Hospital Jasin, abang saya sudah sehari ditidurkan (intubate).
Cawannya juga menarik. Saya pilih hazelnut latte panas dengan saiz cawan besar. Nak kongsi berdua kenalah beli yang besar. Kecil mana cukup. Suka pesan yang panas sebab rasa dia maintain sedap berbanding sejuk.
Seremban Gateway punyalah meriah sekarang ni. Patutlah banyak kereta sentiasa. Macam-macam kedai ada. Nampak sangat lama tak jejak sini. Bila ada urusan ni je lah baru kita datang melawat.
Dah settle disitu, encik suami kata nak beli apa-apa tak? Kita pun cakaplah nak beli kopi. Buat bekal perjalanan nak ke Melaka pula. Nak melawat abang saya di ICU Hospital Jasin, abang saya sudah sehari ditidurkan (intubate).
Nampak kedai kopi Kenangan Coffee ni, kita terus lah ke sini tak pandang yang lain. Pernah dengar katanya Kenangan Coffee ni sedap. Kopi dari Indonesia kan. Kopi dari jiran kita sana jaranglah tak sedap orang kata. Orang katalah. Kita tak pernah cuba lagi.
Menarik juga rupa kedai kopinya. Simple dan minimalist. Kami cuma pesan 1 cawan kopi je.
Cawannya juga menarik. Saya pilih hazelnut latte panas dengan saiz cawan besar. Nak kongsi berdua kenalah beli yang besar. Kecil mana cukup. Suka pesan yang panas sebab rasa dia maintain sedap berbanding sejuk.
Bila dah suam barulah kita dapat merasa. Wow! Sedap teruklah rasa dia. Dah macam rasa Caramel Machhiato yang biasa kita pesan kat kedai kopi S dulu tu. Teruja lah kita minum air kopi Kenangan Coffee ni. Sedap betul! Yang penting kurang manis ye. Pahit pahit manja sikit.
Banyak juga pilihan kopi yang ada. Nanti nak cuba matcha pula. Rupa paras dia di banner tu nampak menarik juga.
Nampaknya bakal jadi favourite kita lah lepas ni. Tapi tulah, cawangannya tak banyak sebab baru masuk Malaysia beberapa tahun ni. Area Kuala Lumpur mungkin senanglah nak jumpa kot kan. Saya beli ni di Seremban Gateaway.
Seremban Gateway punyalah meriah sekarang ni. Patutlah banyak kereta sentiasa. Macam-macam kedai ada. Nampak sangat lama tak jejak sini. Bila ada urusan ni je lah baru kita datang melawat.
Samalah suka pesan yang panas berbanding sejuk.
ReplyDeleteHoho mula tersilap baca perkataan teruk rupanya sedap teruk.
Ye, maintain sedap kan rasa dia. hihi..sedap teruk (baca : sedap betul).
DeleteKopi yang biasa saya pesan. Hazelnut latte.. 😀👍🏼
ReplyDeleteSama pula taste kita. Sedap kan!
DeleteSeronoknya dapat minuman yang menepati selera. Minum panas memang feel dia sampai ke jiwa raga kan Fizah.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Sedap! Nikmat tak terkata minum air panas.
DeleteSaya pun fan Kenangan dah sekarang. Perasa yang di offer paling digemari adalah Peanut Butter tu. Macam tak puas rasanya setiap kali minum. Even dah tahu diri tak boleh consume banyak susu pun tetap nak minum. heheheh
ReplyDeletewah unik tu flavour peanut butter. Nanti boleh cuba. Haa kena pantang tu tak boleh minum banyak.
DeleteSuka order yang panas sebab rasa kopi maintan je kalau dah sejuk.
ReplyDeleteSetuju sangat! Even dah sejuk pun masih sedap dinikmati sebab rasa tak hilang.
DeleteOk lepas ni nak cuba juga lah..
ReplyDeleteSelamat mencuba dan harap kena dengan selera lah.
DeleteIni selalu jadi langganan saya di jakarta 😄😄. Tapi biasanya saya pesan kopi susu gula aren kak. Soalnya dia punya kopi khas yg itu. Nantilah nak coba rasa lainnya.
ReplyDeleteWaktu saya ke KL terlihat juga kopi kenangan ini. Tapi Krn buru2 tak sempat coba.
Eh nama menu kopi nya, tak dibuat sama kayak Indonesia yaa? Soalnya kalo di sini nama menu kopi kenangan unik..
Misalnya ada kopi kenangan mantan, kopi mantan menikah, kopi kenangan masa lalu , kopi selingkuhan etc 😄
Jadi pas duluuu mereka baru buka, banyak yg tertarik Krn nama menunya unik.
Oh ye? Best tu dapat selalu minum kopi sedap. Kopi susu gula melaka ye? Kiranya signature Kopi Kenanganlah kan. Baik, nanti boleh cuba. Tak sama pula namanya ye. Mungkin ikut lokasi.
DeleteNama di sana lebih unik gitu berkaitan dengan kenangan. Di sini macam lebih direct kepada rasa dia.