Hiking Bukit Batu Sawa, Memburu Awan Karpet Di Hutan Merah
Seminggu cuti brisk walk dan jogging di KOMBES, terus kita qada' dengan hiking. Rancang last minit juga nak Hiking Bukit Batu Sawa, Jelebu Negeri Sembilan.
Hiking Bukit Batu Sawa kononnya nak memburu awan karpet di hutan merah. Nak melihat sendiri depan mata keindahan awan karpet yang selalu hiker dok sebut-sebutkan tu. Di Negeri Sembilan ni ada beberapa bukit yang ada permandangan awan karpet di puncaknya.
Salah satunya di Bukit Batu Sawa. Selain tu yang saya tahu, Bukit Taisho, Bukit Senaling dan Bukit Penarikan. Ada lagi ke awan karpet di bukit lain di Negeri Sembilan ni? Cubo koba an.
Selain keindahan awan karpet, di Bukit Batu Sawa ni terkenal dengan keunikan hutan merahnya atau dipanggil red forest. Disebabkan dua benda tu lah, saya nak hiking Bukit Batu Sawa ni. Lagi satu sebab katanya trail mudah dan tak makan masa lama sangat. So kita ONz je lah.
Salah satunya di Bukit Batu Sawa. Selain tu yang saya tahu, Bukit Taisho, Bukit Senaling dan Bukit Penarikan. Ada lagi ke awan karpet di bukit lain di Negeri Sembilan ni? Cubo koba an.
Selain keindahan awan karpet, di Bukit Batu Sawa ni terkenal dengan keunikan hutan merahnya atau dipanggil red forest. Disebabkan dua benda tu lah, saya nak hiking Bukit Batu Sawa ni. Lagi satu sebab katanya trail mudah dan tak makan masa lama sangat. So kita ONz je lah.
Bukit Batu Sawa
Bukit Sawa terletak di kawasan Peradong, Jelebu, Negeri Sembilan dengan ketinggian 333.33 m, 3.6 km.Untuk ke Bukit Batu Sawa mudah je, gunakan google maps atau waze "Bukit Batu Sawa Parking/Trailhead". Dari jalan besar akan nampak signboard Bukit Batu Sawa, jalan terus akan melalui jalan kampung dan jambatan ni.
Jalan terus lagi ada nampak signboard jalan Bukit Batu Sawa. Jalan terus je naik bukit. Bawa perlahan sebab jalan kecil. Takut berselisih dengan kereta dari arah depan.
Parkir
Baca dari pengalaman hiker lain, mereka parkir di kawasan rumah kampung dengan bayaran parkir RM3. Tapi kami jalan terus melalui kawasan parkir yang disebutkan tu. Kami cuba nasib untuk tengok dulu kawasan parkir yang lebih dekat. Ada lagi satu kawasan parkir berhampiran kaunter permit katanya.Kami jalan terus sampai melalui kaunter permit dan jumpa kawasan parkir yang lebih dekat berdekatan dengan homestay Bukit Batu Sawa.
Lega ada banyak parkir kosong lagi disini. Jadinya kalau korang nak datang, better jalan terus tengok parkir di sini. Kalau ada kosong bolehlah parkir sini sebab lebih dekat.
Bayaran parkir pula seikhlas hati seperti yang ditulis di kotak bayaran tu.
Kawasan parkir ni berdekatan dengan kaunter permit. Jangan lupa daftar masuk dan baca apa yang perlu di situ. Nak mudah, ambil gambar je.
Kadar bayaran permit masuk hutan simpan
RM5/ seorang
Sila ambil juga nombor telefon yang dipaparkan supaya senang untuk dihubungi jika berlaku kecemasan.
Sempat juga tanya abang yang jaga kaunter tu, berapa lama naik Bukit Batu Sawa ni? Katanya kalau jalan santai-santai dalam 40 minit macam tu.
Apa? 40 minit? (cakap dalam hati). Baca dalam blog yang pernah hiking katanya lebih kurang 20 minit je. Ahh kena tipu lah ni! Ala biasanya kalau hiking ni memang selalu kena tipu. Sikit lagi sikit lagi nak sampai puncak. Padahal jauhhhh lagi! Soba yolah.
Okaylah kita jalan santai-santai je. Kami diberikan tag bayaran permit memasuki hutan simpanan kekal Jabatan Perhutanan Negeri, Negeri Sembilan. Boleh pakai di pergelangan tangan kalau nak. Tapi kami simpan je lah.
Trail landai
Dah selesai pendaftaran dan bayaran. Jomlah kita memulakan pendakian Bukit Batu Sawa. Awalnya akan melalui kebun getah. Kami mula mendaki dari sini jam 7:59 pagi.
Lepas kebun getah akan melalui kebun yang dipenuhi semak dan pokok pisang. Sampai sini jam 8:02 pagi.
Jalan depan sikit akan mula masuk kawasan hutan yang pertama. Kami masuk jam 8:02 pagi. Ikut je arah seperti yang ditandakan tu.
Trail landai je. Boleh jalan santai-santai. Disebabkan kami dah lewat mendaki, kenalah jalan laju sikit sebab nak memburu awan karpetnya.
Laju pun tak laju sangat. Ambil gambar tu perlu. Kemain laju orang depan tu jalan ye. Tak tunggu kita!
Melalui trail landai lebih kurang dalam 5 minit je kalau tak berhenti ambil gambar. Keluar dari trail hutan pertama jam 8:08 pagi.
Kemudian akan melalui kawan semak lalang tinggi ni menuju ke pencawang.
Berhenti sebentar di pencawang lebih kurang 3 minit untuk ambil gambar.
Dari pencawang tu jalan terus lagi dan akan memasuki kawasan hutan kedua. Mula masuk jam 8:12 pagi.
Trail pacak
Mula masuk trail landai juga. Okaylah rasa lega sikit, ingatkan terus naik trail pacak. Kita dah bersedia mental fizikal awal-awal ni. hehe...Jalan depan sikit dah mula jumpa trail pacak sikit.
Jomlah kita hadap trail mendaki je sampai ke puncak.
Agak-agak penat, berehat. Nampak akar kayu macam buaian ni kita ambil gambar kejap. Buat-buat nak ambil gambar supaya tak macam penat sangat. Kah!
Dalam perjalanan mendaki, ada sampah jajan. Siapalah pelakunya yang tak ada kesedaran sivik buang sampah merata-rata.
Jalan lagi akan jumpa pokok batang besar. Sampai sini jam 8:24 pagi. Maknanya dah 12 minit mendaki trail pacak. Masih lagi bertahan.
Lepas tu kita mengah sebab trail mendaki tak reti nak landai. Beberapa kali berhenti ambil nafas dan sambil tu kita ambil gambar untuk buat modal dalam blog.
Bila dah sampai trail mendaki dengan tali ni bermakna kita hampir sampai. Azab juga trail pacak macam ni. Pacak 75 degree gitu.
Kagum dengan pendaki yang dah berumur depan kami ni. Suami isteri mendaki. Hebat masih bertenaga mendaki. Kalau mereka boleh, takkan kita nak mengalah pula kan.
Layan trail mendaki bertali lebih kurang 15-20 minit menurut pace saya. Kalau laju 10 minit je kena hadap.
Bila dah sampai trail bertali terang sikit ni bermakna nak sampai dah. Dah mula nampak Hutan Merah (Red Forest). Batang pokok berwarna kemerah-merahan, nampak terang dan sangat menarik. Macam hutan di luar negara.
Di saat puan isteri memotretkan gambar, ada encik suami yang menunggu di depan. Sabar ye wahai encik suami.
Kami rehat sebentar ambil gambar dulu sebelum jalan terus ke puncak.
seluar dah lama dibeli, boleh claim seluar hiking sejak 2017. Jangan kata kita tak boikot! |
Teruja tengok texture kulit batang pokok hutan merah ni. Warna merah bata ni lah yang membuatkan kawasan di puncaknya sangat menarik dan kelihatan terang. Lighting pula tu on point. Rugilah kalau kita tak potretkan saat ni.
Tumbuhan pakis pun banyak terdapat di sekitar hutan merah Bukit Batu Sawa ni.
Selain tu, kelihatan lumut hijau di sana sini yang hidup harmoni bersama.
Dah puas bergambar di kawasan situ, kita sampai di puncak jam 8:50 pagi. Kalau tak berhenti lama dan ambil gambar. Lebih kurang 30 minit macam tu lah masa yang diambil untuk sampai ke puncak bukit.
Ambil gambar dulu di papan tanda Bukit Batu Sawa 333.3M. Selagi ada papan tanda, selagi tu kita akan bergambar.
Di sebelah kiri ni ada spot bergambar yang menarik. Ada batu besar. Tapi kami teruskan perjalanan depan sikit puncak lagi satu sebab di batu tu ramai tengah menunggu giliran bergambar.
Di puncak sini ada papan tanda Bukit Batu Sawa juga. Tak dapat lah nak bergambar seorang sebab mereka macam nak duduk lama di situ. Kita ambil je lah dengan papan tanda ni tanda hadir.
Di puncak sini ada papan tanda Bukit Batu Sawa juga. Tak dapat lah nak bergambar seorang sebab mereka macam nak duduk lama di situ. Kita ambil je lah dengan papan tanda ni tanda hadir.
Di bawah ni ada juga spot menarik tapi kami tak turun lah sebab ramai pula. Nak menunggu macam malas je.
Beredar terus dari situ dan tunggu giliran untuk ambil gambar di batu besar ni. Orang lain semua bergambar berdiri. Kita ni goyang dik, goyang...Goyang kaki nak berdiri sebab gayat.
Dulu tak gayat, sejak hiking Gunung Datuk dulu terus jadi macam seorang pengayat. Kita bergambar duduk pun bolehlah, demi keselamatan sejagat.
Malangnya, pemburuan awan karpet boleh dikatakan gagal. Awan karpet pun dah hampir lesap. Sampai lambat memang tak dapatlah nak melihat keindahan awan karpet. Mungkin rezeki di bukit lain kot.
Selesai bergambar di puncak, jomlah kita berehat. Makan energy bar dan minum air sambil menikmati bunyian alam flora dan fauna, menghirup bau hutan yang best. Rindunya bau hutan! Bau segar. Haritu hiking Bukit Kepayang tak berapa nak bau hutan sebab dekat dengan bandar.
Syoknya duduk lepak atas puncak bukit ni. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Peluh pun sempat kering.
Papan tanda 'Sila Jaga Kebersihan' ni jangan buat-buat tak nampak pula ye.
Dah lama berehat dan bergambar di puncak. Kami mula turun jam 9:18 pagi. Sampai di kawasan kebun ni jam 9:46 pagi. Eh laju! Kalau turun memanglah laju. Orang lain turun 20 minit je kot.
Ini pula hasil kutipan sampah yang kami kutip sepanjang perjalanan turun. Banyak juga hasilnya. Korang ni kan, tak tahu ke nak jaga kebersihan??? Sampai jangan buang merata-rata. Haishhh..marah ni.
Alhamdulillah..misi berjaya hiking Bukit Batu Sawa dengan jayanya walaupun gagal melihat awan karpet. Dapat juga menikmati keindahan hutan merah.
Cuaca pun sedang elok masa pendakian kami. Tak panas sangat dan tak mendung. Tapi lecak tu jangan cakaplah. Macam baru lepas hujan lebat. Kawasan tanah lembap berair disebabkan embun. Tetap berhati-hati mendaki.
Mujur kita pakai kasut baru Adidas Terrex kasut hiking yang grip dia bagus. Tak ada lah tergelincir tapi tetaplah terpalit kotoran lecak tu.
Terima kasih oyen berkhidmat dengan baik. Kaki pun tak sakit. Cuma sehari selepas tu baru terasa otot peha koyak mungkin sebab trail pacak tu. Haritu hiking Bukit Kepayang tak rasa sakit langsung. Dah lama tak naik trail pacak, begitulah. Hadap sajalah. Enjoy the pain!
Okay next? Bukit Taisho atau Bukit Batu Putih sekali lagi? Bukit Batu Putih dah buat deck cermin baru. Itu yang macam teruja nak pergi. Bukit Taisho pula ada awan karpet. Yang penting dua-dua bukit yang mudah untuk hiking.
Fizah sudah kecik. Tahniah, atas usaha Fizah. Tepuk, tepuk...!
ReplyDeleteAgak-agak, camana batang pokok tu boleh warna merah, yek? Uniknya, tak pernah jumpa.
Cantik, pemandangan atas puncak bukit. Kalau akak pun, mesti bergambar duduk, sebab gayat juga. Hehe...
Cantik kasut hiking. Akak pun dah lama tak masuk hutan. Bila baca entri ni, rasa berkobar-kobar nak naik bukit. :D
Hihi..masih belum mengecil lagi kak Nur. Terima kasih Kak Nur.
DeleteTak pastilah tu Kak, tak mengkaji pula. Sangat unik. Ya, permandangan atas bukit memang awesome. hihi..geng gayatlah kita.
Warna kasut menarik perhatian kann. Sesekali try masuk hutan pula kak Nur.
Wah bestnyee. kat sana pon ada banyak tempat hiking ya..
ReplyDeleteBest kalau dapat jejak puncak kan. Ye, sini dah macam banyak tempat hiking menarik.
Delete