Jumpa Aina Abdul Versi Tak Makeup Tetaplah Dengan Fesyen Peliknya

Saya ni jarang teruja bila jumpa artis. Tapi bila ternampak Aina Abdul depan-depan, kita macam eh nak bergambar dengan Aina Abdul lah. Kami tengah shopping, dia pun tengah shopping dengan family. Saya terpandang dia dan kami bertentangan mata.

Tak sempat nak berbalas senyuman sebab kami macam sekilas pandang gitu je. Saya pun teruskan shopping dan bagitahu encik suami ada Aina Abdul. Tak jauh pun dari kami, memang dekat je. Kami pun shopping macam biasa je.

Tapi masa nak pergi ke tempat lain, nampak Aina sorang-sorang saya pun sajalah cakap dengan suami nak bergambar dengan Aina. Dia kata pergilah. Saya pun dekat dengan Aina dan minta nak bergambar. Dia pun okaylah dan senyum.

Tak lokek senyuman dan mesra peminat. Tak sombong lansung! Dapatlah ambil beberapa keping gambar. Eh, tersama pula tu tema hitam.

Aina Abdul Versi Tak Makeup

Kita tahu Aina Abdul ni bukan hanya terkenal dengan suaranya yang power tapi terkenal juga dengan fesyen peliknya tu. Tak makeup pun lawa. Manis orangnya. Tetaplah juga mengekalkan fesyen pelik dia. Itulah dia Aina Abdul. Lain dari yang lain.

Dalam kereta kami dok sembang pasal Aina Abdul. Buat apa entah Aina Abdul di Seremban ni tiba-tiba ada sini. Lepas tu saya pun google lah biodata dia. Baru tahu dia dibesarkan di Negeri Sembilan. Di lahirkan di Johor. Maksudnya family dia dok Seremban lah kan? Saya agak je lah.

Saya bukan Ainations, jadi tak tahu cerita lah. Cuma minat dia dan lagu-lagunya. Selanjutnya tak berapa nak tahu. 

14 comments:

  1. Saya minat juga Aina Abdul ni.
    Agaknya kalau terserempak pun sy tak cam kot.. haha. Sbb pernah pegi event dgn ramai celebrity.. ni off topic bukan psl Aina (ketika tu sy baru sampai Msia), dah balik rumah.. baru tergerak Google. Oh rupa2nya Pengacara terkenal.. 😅.

    Cantik lah Aina dlm pic ni.. and U too.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh. Kadang macam tu lah kita, tak berapa pasti terus google. hihi...
      Terima kasih kak.

      Delete
  2. Jika tak kerana pakaiannya, akak rasa, akak tak kenal itu Aina Abdul, kalau jumpa depan-depan. Suara dia memang power, kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi...tak makeup nampak lain sikit. Ya, suara dia memang power.

      Delete
  3. Untung lah kalau jumpa artis tak sombong.

    ReplyDelete
  4. Senyum-senyum dapat juga Fiza bergambar dengan Aina. Macam akak segan. Hari itu jumpa Dato' Awie cuma pandang sahaja. Hehe segan ajak bergambar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat jugalah buat kenangan gitu. Hihi..sebab dia sorang takdelah saya segan. Kalau ramai ramai dengan family dia tu seganlah juga tiba tiba kan nak ambil gambar.

      Hihi..kadang macam tu jugak jumpa artis. Tak tahu nak re act, hanya sekadar pandang.

      Delete
  5. kalau terserempak mungkin x kenal... :

    ReplyDelete
  6. Suara dia best. Walaupun fesyen dia pelik tapi itulah AINA ABDUL. Setiap kali kemunculan dia kat mana mana event semua orang tertunggu tunggu apa lagi fesyen pelik dia kali ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Unik dan pelik itulah trademark dia kan. Suara memang power.

      Delete
  7. tahun lepas company buat jamuan raya, jemput dia buat performance. time tu kitorang excited gak lah nak tengok dia pakai apa. turn out dia pakai simple je. kebaya putih, pario batik tak silap.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.