Lepak Mengopi Sebentar Di Brewhäus paroi Jaya
Balik dari membeli barang dapur di KIP Mart Lavender Height, ajak encik suami singgah mengopi sebentar di Brewhäus paroi Jaya sebab dah kebetulan dekat.
Brewhäus ni pernah viral satu masa dulu. Tapi masa tengah hype tu tidaklah kami teringin nak pergi. Tahu-tahu je lah bila satu tempat tu viral, mesti ramai orang kan.
Sebelum saya singgah sini, anak buah saya ada tanya saya kat mana tempat kopi best di Paroi Jaya? Saya jawablah Brewhäus. Kebetulan dia berada dekat dengan tempat majlis kenduri di Astana Zemi tu. Tapi sudahnya dia tak singgah sebab nak singgah di RNR je balik ke Kuala Lumpur.
Anak buah tak jadi menyinggah, kita pula yang jadi menyinggah. Alang-alang dah dekat tu, kita pun singgahlah. Kami singgah pun betul-betul waktu Brewhäus baru buka. Waktu tengahari. Kira sedang elok lah mengisi perut masa tu.
Brewhäus ni cafe yang beroperasi dalam sebuah banglo yang telah lama ditinggalkan yang terletak di kawasan perumahan. Nampak menarik konsepnya dan unik dengan tema hitam putih gaya industri.
Kawasan pun luas dan selesa. Betul-betul cafe hipster yang menarik di Seremban ni. Sesuailah untuk lepak mengopi. Tertarik juga dengan signboard 3D Brewhäus di batu-bata ni.
Bersih dan luas. Memang selesalah kalau nak lepak mengopi di sini. Jarak meja pun jauh-jauh. Kami orang pertama sampai. Jadi bolehlah ambil gambar tanpa perlu edit muka orang lain.
Semasa buat pesanan, ada pula si Oyen ni menyibuk. Ramah mesra betul Oyen ni. Blacky pun ada. Dua dua kucing comel dan manja. Bulu bersih dan gebus gebas. Penyeri kedai ni. hihi...
Sementara encik suami buat pesanan juga, sempatlah saya melihat sekitar dalaman Brewhäus ni. Kalau tak suka port luar, boleh duduk di dalam ni. Menarik interior design dalaman rumah banglo ni. Rumah lama nampak klasik gitu.
Untuk pesan makanan dan minuman kena pesan di kaunter. Terus buat bayaran dan ambil nombor tunggu di meja. Bila dah siap nama akan dipanggil.
Di kaunter juga ada menu yang ditawarkan di Brewhäus. Banyak pilihan minuman yang ada. Tak suka kopi, boleh minum teh.
Untuk menu makanan tak banyak sangat pilihan. Ini je yang ada. Ada stall kecik berhampiran yang jual menu waffle dan croffle kalau tak silap. Tapi belum buka lagi. Jadi, kami pesan steak ciabatta je kongsi berdua.
Macam biasa saya pesan caramel macchiato panas dan sejuk untuk encik suami. Tapi terbalik pula ditulisnya. Typo pula tu nama encik suami. Tapi tak apalah, sekadar hiasan je tu. Yang penting rasa kopinya.
Untuk kopi, harganya standard lah macam kedai kopi yang lain.
Steak Ciabatta dia didatangkan dengan wedges dan sos. Pertama kali makan, boleh dikira sedap juga walaupun kami berdua bukan pencinta daging. Suka pula dengan rocket salad yang diletakkan sekali dalam kepitan roti ni.
Sambil duduk lepak mengopi dan menyembang, nikmati permandangan indah disini. Best juga ye kalau ada rumah banglo dengan kawasan luas macam ni. Bolehlah duduk mengopi di luar rumah petang-petang. Berangan!
Sebelum balik kita ambil gambar van Brewhäus ni.

Caramel macchiato panas sedap, rasa dia tak akan berubah. Sebab tu suka minuman kopi panas.
Untuk kopi, harganya standard lah macam kedai kopi yang lain.
Steak Ciabatta dia didatangkan dengan wedges dan sos. Pertama kali makan, boleh dikira sedap juga walaupun kami berdua bukan pencinta daging. Suka pula dengan rocket salad yang diletakkan sekali dalam kepitan roti ni.
Sambil duduk lepak mengopi dan menyembang, nikmati permandangan indah disini. Best juga ye kalau ada rumah banglo dengan kawasan luas macam ni. Bolehlah duduk mengopi di luar rumah petang-petang. Berangan!
Tak salah berangan, berangan itu percuma kann...
Disini tak boleh mereokok, tidak dibenarkan bawa makanan luar dan silalah buang sampah di dalam tong sampah yang disediakan.
Sebelum balik kita ambil gambar van Brewhäus ni.
Brewhäus
322, Lorong Rajawali 1, Taman Paroi Jaya, 70400 Seremban, Negeri Sembilan
322, Lorong Rajawali 1, Taman Paroi Jaya, 70400 Seremban, Negeri Sembilan
Kafe ini terletak dalam kawasan perumahan ya? Seronok juga tengok deko. Rasa tenang.
ReplyDeleteAkak berangan juga tengok bahagian luar yang luas.
Ye, betul kak. Dalam taman kawasan perumahan.
DeleteKann..dekorasi dan suasana tu tenang je. Best kupi-kupi lepak disini.
nak rase duduk banglo, boleh lah ke kedai kopi tu, smbil2 berangan...hihihi
ReplyDeleteHihi...begitulah kan. Sesekali kita berangan.
Deleteestetic nyaaaaa! suka betol vibe cenggini ha
ReplyDeleteSangattt...Saya pun suka vibe macam ni.
Deletestailo je cafe nih., hehe
ReplyDeleteMemang stylo wak. Kot ke Seremban boleh singgah sini kupi-kupi.
Deletebestnye cafe ni, besar. nak lepak lama2 pon selesa..
ReplyDeleteYe, betul. Selesa nak lepak lama lama pun.
DeleteOyen sentiasa ada di mana-mana ye hihihii.
ReplyDeleteTerbayang-bayang caramel macchioto panas. Sedapnya!
Haa betul sangat tu Kak Amie. Di mana mana ada Oyen kesayangan ramai. Sedap betul kan menghirup kopi panas caramel macchiato. hihi...
Deletewahh , vibes brewhaus ni tenang . cantik laa .
ReplyDeleteKannn..so tenang dan best je mengopi di sini. Semestinya cantik!
Delete