Limpas Di Temiang - Pantai Highway
Balik dari hiking Bukit Batu Sawa, terus balik rumah. Kononnya nak makan sarapan dulu tapi tiba-tiba perut memulas. Padahal pagi tak makan apa selain energy bar. Masa ni lah dia buat hal. Rosak ana punya program lah. Mujur juga selepas turun bukit bukan naik bukit.
Nak cepat, kita limpas terus ikut laluan Temiang - Pantai Highway yang pernah viral sebelum ni dikatakan seperti di New Zealand. Ikutkan cuaca, sangat cantik dan menarik kalau di potretkan. Tapi itulah, kita ambil gambar dari dalam kereta mana nak dapat gambar cantiknya.
Seronok memandang kehijauan kiri kanan jalan. Ikutkan hati nak je berhenti dan ambil gambar. Tapi malas. Lagipun tempat ni dilarang berhenti atas faktor keselamatan.
Walaupun bukan peminat warna hijau. Tapi bila permandangan begini terhidang depan mata, terus rasa tenang ribut jiwa.
Betul..akak mik gambar dari dalam kereta pun x berapa cantik..kena amik gambar kat luar jugak baru ok
ReplyDeleteItulah tu, nak berhenti macam malas tapi macam nak. Eh pastu macam risau pula nak singgah sebab tak boleh berhenti situ.
DeleteBetul tu. Pemandangan hijau sangat tenang.. terus rasa hilang beban bila tengok pemandangan terbentang depan mata. tapi kalau baju ke tudung ke memang tak suka warna hijau..
ReplyDeleteEh, samalah kita kurang gemar hijau. Tapi permandangan macam ni suka ya amat.
Delete