Mengopi Di Rasta Kopi Selepas Brisk Walk

Hari kedua brisk walk dan jogging sikit di KOMBES, tiba-tiba macam kaki sotong dah untuk pusingan kedua. Padahal sebelum ni okay je. Mana taknya round pertama kita dah terjalan laju sangat pula. Tu yang kaki buat hal.

Tapi pusingan ketiga perlahan sikit baru okay. Nampaknya belum boleh jalan laju atau jogging sikit. Nanti mengah. Lama tak bersukan kan. Inilah padahnya! Takpe, kita slowly but surely. Nah, gitu. Ayat semangat nak sedapkan hati.

Balik dari KOMBES, ajak encik suami mengopi kejap. Tak tahu nak kemana sebenarnya. Mulanya pergi ko.ko.kopi Paroi Jaya sebab dekat sikit tapi macam ramai orang lah pula, meja pula terhad. Jomlah kita pergi ke Rasta Kopi yang lebih selesa nak melepak mengopi di situ.

Rasta Kopi

Jadinya ini kali kedua kami datang disini. Masa kami sampai, tiada pelanggan lain lagi. Bolehlah kita memilih tempat yang lebih selesa. Buat pesanan dan bayar terus di kaunter.


Rasta Kopi

Nanti pesanan dah siap akan dihantar ke meja.

Rasta Kopi

Sementara menunggu pesanan siap, tak lupa nak memotretkan apa yang menarik di depan mata. Lampu camping yang sentiasa menjadi perhatian saya. Macam memanggil-manggil je untuk digambarkan.

Rasta Kopi

Saya macam biasa pilih menu hazelnut latte panas dan encik suami pilih caramel cream latte. Takkan minum je? 

Tak nak makan berat-berat, kami pesan rasta toast (roti bakar) 2 set. Eh eh, ni dah tambah kalori dah ni. Esok esok kita bakar dia lagi. Hihi...Suka dengan cara roti bakar macam ni letak kepingan butter.

Rasta Kopi

Pelaris ni sentiasa ada je. Biasanya Oyen dimana-mana tapi geng Oyen ni pun tak kurang popularnya. Jadi peneman kami mengopi. 

Comel buat muka macam tu. Tapi tulah kami makan roti je, tak boleh nak bagi dia. Kalau makan hidangan nasi boleh juga bagi.

Rasta Kopi

Tapi haritu bagi makan keropok yang ada dalam hidangan nasi lemak dia tak nak pula. Padahal keropok kot. Memilih pula si kucing ni. 

12 comments:

  1. Comel betul kedainya.

    Mungkin kucing kayangan tu. Tak makan lah keropok-keropok ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik kannn...
      Itulah tu, kucing kayangan dah biasa makan makanan lagi sedap kot kan.

      Delete
  2. cantiknya kedai kopi ni, mmg ngam tuk santai2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat cantik! Ye sesuai sangat untuk lepak santai gitu.

      Delete
  3. Replies
    1. Menarik sangat. Kot singgah Seremban boleh mengopi disini malam².

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.