Merasa Juga Asam Pedas Lipat Kajang

Dapat juga melawat abang di ICU walaupun sekejap. Terima kasih doktor baik hati benarkan saya masuk sekejap sebab dah habis waktu melawat. Guard di depan tak bagi. Tapi dia suruh call doktor untuk minta kebenaran.

Syukurlah dapat tengok kejap. Walaupun abang tak sedar. Kita panggil dia tak ada respons. Kita gagahkan juga bercakap.Walau tak kuat sebenarnya tengok keadaan dia. Tiada kata yang dapat menggambarkan perasaan itu. Tak nak fikir negatif tapi itulah yang sering berlegar dalam kepala.

Tambah lagi pula perkataan ditidurkan juga membuatkan kita rasa tak senang hati. Syukur dengan izin Allah, Alhamdulillah Maghrib tadi dapat berita abang dah sedar. Cuma belum masuk wad biasa. Semoga segala urusan kami sekeluarga dipermudah Allah dan abang kembali sihat. Aamiin...

Kami tak berlama di situ sebab dapat masuk kejap je. Lepas tu tak merancang nak kemana pun. Hanya niat nak melawat abang je. 

Baru teringat haritu tak sempat nak menjamu selera di Asam Pedas Lipat Kajang masa melawat dia juga bulan November. Masa tu masuk wad biasa.

Ini kalilah kita singgah untuk makan tengahari. Perut pun dah lapar sebab belum makan tengahari lagi. Kami sampai lebih kurang hampir pukul 3 petang masa tu. Orang pun dah tak ramai dah. 

Asam Pedas Lipat Kajang

Kawasan parkir sini luas, kedai pun besar. Mungkin sentiasa dikunjungi pelanggan sebab tu tuan kedai sediakan parkir yang luas.

Asam Pedas Lipat Kajang

Saya punyalah bercita-cita nak pesan asam pedas ikan kembung yang dimasak. Maksudnya bila kita pesan baru dimasak. Sekali masuk dalam rupanya masakan nasi campur. Jadinya, asam pedas tu dah siap dimasak.

Yang ada cuma asam pedas ikan tenggiri je. Malas nak singgah tempat lain, kita ambil je mana yang ada. Saya ambil sekeping ikan tenggiri dan sayur kubis. Encik suami pun ambil lauk yang sama. 

Kami pesan air masak 2 cawan. Total semuanya RM15. Sepinggan lauk ni mungkin RM7.50 kalau kira air masak percuma. Kalau dikira air 50 sen, maksudnya sepinggan ni RM7. 

Asam Pedas Lipat Kajang

Nasi saya ambil sesenduk lebih sikit. Tak banyak sangat porsi ni. Bukan setakat kurangkan gula, karbo pun tengah kurangkan juga. Encik suami kata macam bukan makan asam pedas. Rasa asam pedas tu tak sampai. 

Nak menghirup kuah asam pedas pun tak boleh. Lupa pula nak masukkan dalam mangkuk berasingan. Tapi kuah kuah kena kurangkan juga sebab kena kurangkan kalori. Semua kena berkira kira sekarang ni kalau nak makan. 

Walaupun porsi nasi tu kecil tetap mengenyangkan. Okaylah dah hilang kempunan nak makan di sini. Tapi kalau dapat pesan makanan yang panas baru dimasak lagilah sedap. 

Lagi sedap kalau dapat makan asam pedas claypot dengan kuah pekat, masam pedas dia cukup. Barulah teringat-ingat rasa sedap dia.

Asam Pedas Lipat Kajang ni nampak macam salah satu kedai makanan popular dan menarik di Melaka. Kalau datang ramai-ramai makan dengan keluarga berbaloilah sebab banyak pilihan lauk pauk dia. 

Tentang harga tak dapat nak komenlah sebab harga makanan sekarang ni unpredictable. Semua nak naik kayangan.

10 comments:

  1. Alamak.. Baru ingat nak jalan² cari makan kat sana. Harga kayangan ke? 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je singgah makan² di sana. Harga tu bergantung apa yang kita ambil.

      Delete
  2. Puas dapat makan asam pedas yang baru dimasak. Tapi sudah rezekinya dapat yang siap dimasak ye Fizah. Tak apalah, janji perut kenyang. Bolehlah nanti cari di tempat lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, sedap makan asam pedas yang baru dimasak. Dapat yang dah siap masak, hikmahnya tak menunggu lama. Boleh terus makan. Alhamdulillah..perut pun kenyang. Happy tummy happy day.

      Delete
  3. Murah ke mahal? Kalau sedap dan kena dengan tekak, mungkin berbaloi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga standardlah kot. Dari segi rasa kira boleh makan lah. Ye, setuju tu kalau sedap dan kena dengan harga berbaloilah kan.

      Delete
  4. Dapat claypot memang puas hati.
    Harga sekarang memang kayangan. Lagi seram kalau kedai tak pamerkan harga. Nak order pun takut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, kalau dapat asam pedas claypot makan panas panas memang sedap. Tahu takpe! Risau harga kayangan tiba²

      Delete
  5. Saya lapaaaar liatnyaaa 🤤😄😄. Ntah lah bisa coba atau tak . Penasaran juga. Tapi trakhir di Penang saya coba menu melayu asam pedas ikan jenahak, dan sedaap memang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikan pedas ikan jenahak saya tak pernah cuba sebab ikan jenahak banyak tulang. Biasanya ikan banyak tulang ni sedap. Ya, kalau dapat asam pedas yang sedap memang best.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.