Telefilem Misteri Akil Balik (TV9)
Tonton Telefilem Misteri Akil Balik di slot Skrin di 9 TV9 dan online strim di platform Tonton bersiaran pada 5 Januari 2024, hari Jumaat jam 8:30 malam lakonan Izzue Islam, Azar Azmi, Aprena Manrose dan ramai lagi.
Misteri Akil Balik, sebuah telefilem seram komedi pernah ditayangkan di Slot Cerekarama TV3 pada tahun 2019. Telefilem terbitan Pencil Pictures & Records Sdn. Bhd. ini diarahkan oleh Amie Maziah dengan nukilan skrip daripada Norsyiella Annuar.
TELEFILEM MISTERI AKIL BALIK
Waktu siaran : Jumaat, 5 Januari 2024, jam 8:30 malamSiaran TV : Skrin di 9 TV9
Online strim : Tonton
Penulis skrip : Norsyiella Annuar
Pengarah : Amie Maziah
Produksi : Pencil Pictures & Records Sdn. Bhd.
PELAKON/CAST DAN WATAK
Menampilkan barisan pelakon seperti Izzue Islam, Azar Azmi, Aprena Manrose, Wanna Ali, Faiz Tapaw, Akmal Ahmad, Emma Latah, Mam Syida dan ramai lagi.- Izzue Islam sebagai Akil
SINOPSIS MISTERI AKIL BALIK
Kemunculan Akil di kampung halamannya semula telah menimbulkan persoalan orang kampung. Malah mereka merasakan sejak adanya Akil di kampung itu pelbagai perkara misteri berlaku.Terutamanya dua orang pemuda kampung yang nakal iaitu Oden dan Ucop kerana mereka merasakan sejak Akil muncul, Hani, Hanim dan Hanum sering tergila-gilakan Akil. Mereka berdua rasa tergugat.
Akil mebuka gerai menjual sate dan sering mendapat perhatian pelanggan kerana satenya sedap. Akil akan menutup gerainya sebelum jam 12 tengah malam.
Akil mebuka gerai menjual sate dan sering mendapat perhatian pelanggan kerana satenya sedap. Akil akan menutup gerainya sebelum jam 12 tengah malam.
Hal itu membuatkan Oden dan Ucop makin musykil dan mereka mengatakan Akil membela hantu. Malah satenya yang sedap itu sebenarnya telah diletakkan sesuatu. Namun ada sejarah tersembunyi di sebalik kepulangan Akil ke kampung itu, langsung merungkai misteri sebenarnya.
Mana hilangnya Azar Azmi ni. Ramai yang rindu kat die
ReplyDeleteKann..menghilang terus. Itu yang tiba keluar telefilem ni agaknya.
Deletetak pernah bosan tengok setiap episod drama ni dulu
ReplyDeleteOhh ada episod ye? Saya tahu yang telefilem ni je. Drama berepisod macam tak pernah tengok pula.
Delete