Makan Kek Batik Di Rasta Kopi Selain Mengopi
Port kopi lepas bakar kalori di KOMBES, akan singgah di Rasta Kopi kalau rasa teringin minum kopi. Lepak sebentar sebelum balik rumah. Jadi tak perlulah kita perkenalkan lagi Rasta Kopi ni. Sebenarnya dah beberapa kali datang nak makan nasi lemak kononnya.
Tapi nasi lemak hanya ada pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad je. Tak ada rezeki lah kita. Nak datang Sabtu Ahad macam tak dapat pula. Hari Jumaat haritu kami datang nak makan nasi lemak tak ada juga sebab kurang demand dan tak nak membazir katanya. Tapi Sabtu Ahad mungkinlah ada sebab ramai orang sikit kan.
Takpelah, lupakan nasi lemak. Anggap je bukan rezeki kami. Dia pun tunjukkan kami ada kek batik. Ermm..nak ke tak ye. Serba salah pula nak makan kek manis-manis ni. Saya pun setuju lah nak pesan kek batik setelah berkira-kira lama tak makan kek batik.
Takpe, esok-esok kita bakar kalori lagi. Selain pesan kek batik, saya pesan caramel macchiato panas dan encik suami pesan roti bakar dan caramel macchiato sejuk.
Macam biasalah vibes kat sini menenangkan. Port santai untuk kupi-kupi. Untuk makan tu macam tak banyak menu. Ada roti bakar, nuggets dan beberapa menu ringan. Menu berat dia cuma nasi lemak tapi cuma ada pada hari tertentu je lah.
Sementara menunggu kita ambil gambar mana yang menarik. Rasanya semua sudut kedai pun menarik. Tak pernah jemu nak memotretkan suasana di sini.
Tak lama lepas tu kek batik saya pun sampai. Kek batik dia lembut. Tak macam kek batik yang pernah saya makan sebelum ni. Pandai eh pembuat kek batik ni. Topping coklat dia pun tak manis sangat. Kira tak rasa bersalah sangatlah makan sebab tak manis sangat.
Tak lupa juga untuk memotretkan lampu gantung yang diletakkan di setiap meja. Jangan muak asyik up cerita Rasta Kopi je. Dah tu je lah modal kita nak update blog. Cerita lain tak berapa nak ada.
Rasta Kopi
Jln Jelebu, Kampung Ujong Pasir, 70400 Seremban, Negeri Sembilan
Kalau sesat lagi ke sana boleh singgah Rasta Kopi pulak. Boleh bayangkan rasa serba salah tu, lagi serba salah, makanan yg kita nak makan tak ada, dalam menu ada, hihi.
ReplyDeleteSilakan singgah kalau nak mengopi. Nak makan tu macam ringan-ringan je ada. Haa tu lah tu, banyak betul rasa serba salahnya. Aduhaiii..kucewa.
DeleteBaru perasan rupanya Fiza pergi jalan laju malam.
ReplyDeleteYa akakpun suka tidak berapa manis sangat pencuci mulut.
Ye kak. Buat aktiviti sukan malam. Siang tak sempat.
DeleteGeng lah kita tak suka manis manis sangat.
sedap pulak tengok kek batiknya
ReplyDeleteMenurut saya, memang sedaplah kek batik ni.
DeleteScroll laju- laju sebab tergoda..tgh cut sugar ni..hahahha
ReplyDeleteHaa jeling pun jangan tau kak..nanti teringat ingat pulak.
DeleteSelalunya begitulah kan Fizah. Kita masuk kedai makan kosong, tak lama kemudian berduyun-duyun pelanggan datang.
ReplyDeleteUnik lampu gantungnya tu. Nak kata lampu gasolin bukan pula kan Fizah.
Kann...
DeleteRasanya lampu solar ni Kak Amie.
nanti exercise lagi, burn kalori kek batik tu. memang cantik tempatnya
ReplyDeleteYaa semestinya! Memang cantik tempatnya Sal. Rasa selesa lepak santai sambil mengopi di sini.
Deletesedap nmpak kek batik tu..favorite busyraaaa.. Akak busyra buat kek batik paling win..
ReplyDeleteSedap sedap. Kena dengan tekak. Wahh, ni kalau request mesti dapat kan.
DeleteOk dah jadi follower yang ke 6001.. Maaf la tak perasan kenapa baru nak follow huhuu maaf yer :D
ReplyDeleteRas Kopi nampak tempat yang cantik dan nyaman nak mengopi ni
Terima kasih sudi follow. Eh takpe, tak jadi masalah pun. Hihi..
DeleteYa, tempat yang cantik dan selesa untuk lepak santai mengopi.