RITUALS...The Ritual of Karma
Ini bukan nak cerita hukum karma ke apa. Dalam Islam pun tak ada istilah Karma, kita sebut kifarah. Dan bukan juga nak cerita pasal rituals yang bukan-bukan. Cuma nak cerita pasal produk RITUALS...Pertama kali sebenarnya dengar dan tengok jenama produk ni.
Sangat exclusive ye gift box dia selari dengan title luxury home & body brand. Bungkusan dia sangat menarik dengan warna yang menarik juga.
RITUALS...
Produk made in Europe yang menawarkan produk home and body cosmetics. Ada pelbagai pilihan koleksi yang ditawarkan. Salah satunya The Ritual of Karma.
Gift set ni pun encik suami dapat masa meeting company. Wahh untung sangat ni. Boleh meeting selalu. Tapi ini macam special meeting lah gitu. Masing-masing dapat ganjarannya, macam lucky draw tapi semua orang dapat kaedahnya. Hadiah berlainan lah tapi. Begitulah ceritanya yang saya faham dari cerita encik suami.
Apa yang ada dalam kotak ni adalah :
- Foaming shower gel
- Mild body scrub paste
- 24h hydrating body lotion
- Shimmering body oil
Baru sempat mencuba body lotion dan shimmering body oil. Body lotion dia best cepat meresap dan wangi. Shimmering body oil pun best, kulit rasa lembap dan of courselah nampak sexy dengan effect glitters tu. Wangi pun wangi.
Kira rezeki saya jugalah ni sebab encik suami mana nak pakai barangan macam ni. Tak rajin orang lelaki nak pakai scrub, losyen, shimmer bagai. Foam gel tu bolehlah kalau nak pakai.
hehe. memang rezeki Fizah la. nampak mewah
ReplyDeleteAlhamdulillah..rezeki saya. Packaging dia memang nampak mewah dan exclusive kan.
Deletecantik packaging
ReplyDeleteYe, packaging dia cantik.
Delete