Hari Ahad hari tu balik Kuala Pilah kejap, alang-alang tu jomlah kita sarapan dulu di Hillside Cafe Jemapoh, Kuala Pilah yang tengah viral sekarang ni. Sarapan ala-ala berada di Cameron Highland katanya sebab cafe ni terletak di atas bukit.
Dulu tempat ni hanya sekadar bukit berdekatan dengan Hentian Rehat dan Rawat Jemapoh (RnR) yang dah terbiar lama. Kini, kembali hidup dengan adanya Hillside Cafe ni.
Cafe yang sangat aesthetic dan lokasinya di atas bukit jadi satu daya tarikan untuk pengunjung datang menjamu selera di sini. Sejak tular/ viral asyik naik di FYP TikTok, saya dah bookmark siap-siap dah.
Baru minggu lepas lah dapat singgah di Hillside Cafe Jemapoh ni. Jauh sikitlah dari rumah Mak mentua.
Dari jauh dah nampak signboard Cafe. Dari jauh pun dah nampak betapa aesthetic nya cafe ni di atas bukit.
Kami parkir kereta di tepi jalan bawah bukit tu memandangkan tak banyak kereta. Ada satu lagi parkir kereta di atas, tapi kami tak tahulah jalan masuk dia. Tempat parkir tu untuk mereka yang tak larat nak mendaki tangga ke Cafe.
Kalau datang dari depan, kenalah mendaki tangga ni. Suka dengan konsep corak Morocco ni. Nice kan.
Kali pertama singgah sini, terpinga-pinga juga kami di mana nak pesan makanan sebab naik tangga ni ada meja, kerusi dan kedai kopi.
Kami jalan ke sebelah kiri dan terus ke tempat makanan diletakkan. Ada macam-macam jenis makanan. Jadi pening pula tak tahu nak ambil apa. Di sini kena layan diri, ambil sendiri dan kemudian bayar di kaunter.
Oleh kerana terlalu ramai orang, sempat ambil gambar beberapa je. Taknak kacau orang lalu lalang kan.
Malas fikir panjang, saya ambil nasi lemak dan bihun goreng sikit. Encik suami ambil pulut kuning dan kari.
Nasi lemak boleh tahan sedap. Tapi pulutnya kurang rasa kata encik suami. Takpelah, kita saja nak rasa-rasa makan di sini.
Dah ambil dan bayar makanan, kami ke bawah semula cari meja. Dapatlah meja bahagian dalam sikit. Kononnya nak feeling sarapan di Cameron Highland duduk meja di tepi dekat dengan jalan besar tapi dah penuh pula.
Dah dapat meja, encik suami pesan kopi di kedai kopi sebelah kanan tu. Laluan kiri tu lah jalan menuju ke cafe tempat ambil makanan.
Atau boleh ikut tangga ni juga.
Selesai makan, kami tak tunggu lama dan terus balik kampung encik suami. Sebelum tu ambil gambar signboard Hillside Cafe yang menarik ni.
Tak lupa juga untuk bergambar tanda hadir. Tapi dah kenapa bergambar macam tiang bendera je tu? Nampak kembang pun ye. Haishh..perempuan mana nak kalah kalau dalam gambar nampak gemuk, kan?
Hillside Cafe ni memang menarik. Best kalau tak ramai orang, dapat lepak lama sikit. Kalau dapat duduk di gazebo ada pokok buluh tu lagilah menarik. Tapi dah ada orang masa kami cari meja tu. Kalau tidak memang syoklah kami lepak lama.
Makanan banyak pilihan dan harga berpatutan. Tengah hype dan viral ni memang ramailah orang datang singgah.
Tempatnya menarik tapi rasanya lebih menarik jika makanan dihidangkan kepada pelanggan berbanding konsep layan diri tu. Mungkin mereka tak cukup kakitangan untuk ambil dan siapkan pesanan pelanggan ek.
ReplyDeleteTempat memang menarik. Ye, saya pun setuju macam tu. Senang dan lebih selesa kita tak perlu ke sini kemari. Mungkin mereka lebih senang nak uruskan konsep layan diri kot.
DeleteSelalu nampak FYP kat TT, tapi x terpergi lagi..takut kecewa...hahahha
ReplyDeleteItulah tu, selalu naik FYP. Kena tunggu tak ramai orang baru syok pergi sini kak. Kalau tidak macam tak selesa juga ramai-ramai. Makanan ok je banyak pilihan.
DeleteDari 2011 saya kerja dekat situ, dia tak ada. Elok saya cuti belajar, eh ada pulak dia. Tak sabar nak pergi nanti hahaha
ReplyDeleteSelalu macam tu kan. Time kita ada tak nak pulak dia buat macam-macam. Tahu-tahu Richiamo pun dah ada berdekatan situ. Ke lama dah? Takpelah, pasni boleh pergi selalu.
DeleteBaru je ke sana Ahad lepas. Saja nak rasa kopi diorang. Hehe.
ReplyDeleteEh, macam hari yang sama je saya pergi ni. Tak terserempak pulak kita. Mengopi yang sama ye?
DeleteJenuh orang yang tidak larat naik tangga kalau tidak tahu ada tempat letak kereta berdekatan.
ReplyDeleteTempat memang cantik tapi mungkin orang pertama kali akan terpinga-pinga cara pesan makanan.
Betul tu, kalau tak tahu naya nak naik tangga tu. Ye, tempat ni memang cantik. Macam tu lah kami bila pertama kali sampai.
DeleteWah, cafe atas bukit. Sate pun ada, ye, waktu pagi. Bestnya!
ReplyDeleteYe, tempat makan sarapan dan tengahari yang menarik. Tengah hype sekarang ni.
Delete