Sedap Rupanya Makan Epal Hijau Potong Dengan Perahan Lemon
Buah epal hijau ni memang kegemaran saya. Suka gabungan masam manis dan rangup. Selain makan begitu saja dah sedap, suka juga makan epal hijau dengan serbuk asam boi. Tapi tak selalulah, kalau teringin baru campur asam boi.
Rasa masam manis epal dan masam lemon bergabung memang ngam lah. Rangup pula tu. Serious sedap! Itu menurut saya lah. Silakan mencuba kalau mahu.
Buah epal hijau rangup ni sedap juga dicicah dengan colek ganti buah mangga. Pun sedap! Sekarang tengah suka makan epal hijau dengan perahan lemon pula.
Tahun lepas masa singgah rumah abang saya, kakak ipar hidangkan buah-buahan potong. Ada buah epal hijau, epal merah, jambu batu dan buah lain yang saya tak ingat. Saya pun cubalah rasa. Eh, masam! Macam rasa lemon. Tapi sedaplah.
Saya pun tanyalah kakak ipar, perah lemon ke? Ye katanya. Dia pun tengok dari mana entah. Kita pun dah terikut-ikut dah makan buah epal hijau dengan perahan buah lemon. Peminat masam-masam ni kena cuba, memang sedap!
Potong buah epal hijau kecil-kecil, kemudian perahkan buah lemon. Sepotong perahan lemon pun dah cukup. Jangan banyak sangat, kang masam! Perah sikit buat rasa-rasa je lah. Bagi ada rasa lemon tu sikit.
Tak silap saya, perahan lemon juga dapat mengelakkan buah epal cepat lebam. Caranya dengan rendam dalam air perahan lemon dan toskan. Kalau perah terus pada buah epal, kira berhasil juga tak ye? Rasanya tak sempat lebam, dah habis ngap dah.
Rasa masam manis epal dan masam lemon bergabung memang ngam lah. Rangup pula tu. Serious sedap! Itu menurut saya lah. Silakan mencuba kalau mahu.
wah tak penah try lagi boleh mama cuba nnti
ReplyDeleteBoleh cuba nanti mamapp.
DeleteBaca sahaja terus terasa masam di mulut Baru tahu cara lain. Nanti kalau ada lemon dan epal hijau boleh cuba.
ReplyDeleteTerus kecur kan, sebab tahu masam dia macamana. Nanti cubalah kak.
DeleteMenarik untuk dicuba ni Fiza. Boleh pelbagaikan cara makan epal.
ReplyDeleteSelamat mencuba kak Ujie. Kalau suka masam² mesti suka cara makan macam ni. hihi...
DeleteBiasanya epal hijau ni Granny Smith. Rangup buahnya.
ReplyDeleteohh baru tahu nama lain dia. Memang rangup. Terima kasih share.
Deleterangup sedap.. tp kalau terbeli yang mcm dah lama mmg hancus hati.. :((
ReplyDeleteKalau dapat yang dah berkapas tu memang tak syoklah makan. Rangup tu yang sedap tu.
DeleteCuba makan epal dengan kulitnya sekali.
ReplyDeleteKulitnya yang banyak khasiat.
Kalau nak makan kulitnya sekali kena kikis dulu wax/lilin pada kulitnya. Saya malas, terus buang kulit. hihi...
DeleteTerasa masam bila baca ni. Boleh cuba nanti. Tak pernah cuba.
ReplyDeleteHehe..masam sikit je tapi sedap. Nanti cubalah.
Deletealamak.macam masam je. nak cuba dengan epal merah dulu lah. hehe
ReplyDeleteDia taklah masam sangat Sal. Boleh cuba dengan epal merah tapi cari epal merah yang rangup macam epal fuji tu.
Deletebaca ni sambil kembangg pipi kecur air liur dibuatnya , boleh cuba la makan epal hijau bersama perahan lemon
ReplyDeletehihi..dia auto kecur kan. Ya, kalau nak rasa silalah cuba nanti Lyana.
DeleteMemang sedap Fizah. Kak Amie pernah nampak di siaran masakan di TV, entah chef apa namanya buat begitu. Satu lagi, lepas potong epal hijau, tabur secubit garam. Eh, sedap juga!
ReplyDeleteAgaknya kakak ipar pun tengok dari mana entah agaknya. Kita pun dah terikut sama. Oh ye, pernah juga makan dengan cara macam tu. Lupa nak share. Terima kasih share kak Amie.
DeleteTerus terliur ni bila mengingatkan rasa masam2 lemon tu dengan epal hijau.
ReplyDeleteHihi..sebut masam masam ni memang auto terasa masamnya kan.
DeleteAiiih, nanti saya coba kak 😍😍. Selalunya pernah makan apel hijau dengan bumbu rujak.
ReplyDeleteLalu waktu ke US THN lalu , di sana Orang2 makan apel dengan peanut butter. Itupun sedaaap 😄👍
Sila cuba tau kalau jenis suka masam². Biasa juga makan dengan kuah rojak. Tapi tulah susah nak dapat yang sedap. Wahh unik betul tu makan dengan peanut butter. Boleh cuba jugak tu. Terima kasih share.
DeleteNoted. Nanti nak try test. Tgk picture pun da kecur liur ni.
ReplyDeleteSelamat mencuba. Harap suka jugak. Masam-masam ni memang cepat kecur. Kann...
Delete