Selepas Seminggu Cuti Brisk Walk Dan Slow Jogging

Minggu lepas seminggu cuti brisk walk dan slow jogging di KOMBES. Banyak pula halnya. Dengan tapak kasut (rubber outsole) tanggal, lepas tu menunggu kasut sampai sebab beli online. Hari berikutnya cuti lagi sebab membeli hadiah birthday.

Lepas tu cuti sekali lagi sebab esoknya nak hiking, kena simpan tenaga. Nasib baiklah kaki tak sakit teruk sebab dah biasa brisk walk kan. Kalau tiba-tiba hiking dengan prepare apa memang datanglah segala sakit.

Tetaplah kita semangat untuk brisk walk dan slow jogging walaupun seminggu cuti. Jangan lemau sangat. Walaupun Isnin haritu sakit perut, tetap lah rajin pergi KOMBES. Dalam sakit perut tu dapatlah juga 5 rounds pusing balapan tu.

Selepas Seminggu Cuti Brisk Walk Dan Slow Jogging

Round pertama brisk walk panaskan badan, 4 rounds lagi slow jogging dan brisk walk sikit-sikit. Pace pun laju sikit daripada biasa. Untuk pemula macam saya dah kira lajulah tu. Semangat lain macam ye. 

Ke sebab kasut baru? Baru dapat merasmikan kasut baru. Selesa dan ringan senang nak berlari laju. Memang betullah kita kena memilih kasut yang tepat dan sesuai untuk setiap aktiviti sukan. Kasut lama pun kena tukar baru. Kita ni lenjan je sampailah dia rosak baru tukar.

Tapi bukan pace laju yang dikejar. Yang penting kita bersenam untuk menyihatkan badan. Sihat itu mahal. Kira pecah rekodlah daripada yang sebelum ni. Makin lama makin meningkatkan performance dah boleh slow jogging banyak round berbanding sebelum ni brisk walk lagi banyak dari slow jogging. 

Syabas Fiza! Selepas seminggu cuti, berjaya juga slow jogging banyak pusingan. Mereka yang pakar tentang sukan pun ada pesan, awal-awal kita perlahan ikut kemampuan. Badan dah ringan sikit, barulah mula lari laju gitu. Ikut kemampuan badan masing-masing. 

Bila dah konsisten buat aktiviti yang menyihatkan ni, kita rasa tambah semangat lagi. Kekok pula kalau tak buat. Minggu ni cuti hiking sebab Sabtu Ahad encik suami ada training. Maka, membosanlah kita dirumah. Buat senaman kardio je lah nampaknya. Janji ada aktiviti.


20 comments:

  1. seronok nya...Linda lama dah tak briswalk n slowjog...adui..lemau dah badan nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jomlah kita. Kalau dah mula tu tak lemau lagi dah. hehehe...

      Delete
  2. Semangat guna kasut baru dan semangat untuk bersenam.
    Teruskan sampai bila-bila asal tidak berhenti buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..membawa kedua-dua semagat tu bersama.
      Selagi terdaya dan bersemangat. InshaAllah...

      Delete
  3. Bestnya, Fizah boleh jogging di trek. Kat tempat akak ni, dia tak bagi orang ramai masuk ke stadium.
    Tahniah, Fizah. Pace tolak ke tepi. Kita enjoy-enjoy je, sambil keluar peluh. Syabas, dan kipidap! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best brisk walk slow jog di trek sebab lembut, ramai orang dan rasa selamat sikit. Ohh macam tu pulak ye ada hadnya. Kalau camtu kena pergi awallah ye kalau nak dapat masuk?
      Ye kak Nur, enjoy the pain kaedahnya. hihi...Terima kasih.

      Delete
  4. Wah..Tahniah Fiza 👏🏽
    Moga terus konsisten dan bersemangat.
    Kalau ada apps BookDoc boleh join virtual run challenge kat situ. Akak join untuk bagi semangat diri dan simpan rekod steps.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak. Harap begitulah.
      Okay kak nanti saya tengok². Terima kasih share.

      Delete
  5. kalau di sini biasanya ramai orang jalan2 di Masjid Terapung.. di situ ada jalan untuk beriadah menikmati pemandangan tepi air.. :D.. nanti kalau dtg ke Trg boleh jalan2 sini sambil turunkan berat :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus tu ada sediakan tempat riadah. Kita ni nak sampai Terengganu entah bila. Pernah pergi zaman sekolah dulu je. huhu...

      Delete
  6. Nak konsisten tu tak mudah.. Naniey ni sebulan sekali je. Adehhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, jiwa kena kental! Okaylah tu dari tak ada lansung kan. Keep it up!

      Delete
  7. yep, senaman bagus utk kesihatan bodi kita., aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, wak pun dah banyak berjalan tu. Kira okaylah tu wak.

      Delete
  8. Wah tahniah Fiza. Betul tu, kasut memainkan peranan, kalau tak nanti boleh cedera. Keep it up!

    ReplyDelete
  9. Badan Kak Amie dah mula rasa berat ni. Rasanya kena brisk walk macam dulu-dulu, di waktu petang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi Kak Amie banyak berjalan kita okaylah tu Kak Amie.

      Delete
  10. btul tu kak fizah. kita exercise untuk sihat. tak kejar pace sgt.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.