Singgah Makan Malam Di Bunga 59 Cafe Lagi

Macam biasalah kalau balik kampung Segamat mesti nak menyinggah di Bunga 59 Cafe. Singgah kalau rasa teringin nak mengopi atau makan apa yang sedap di situ. Ini kali keempat dah rasanya kami singgah makan di sini. Port lepak kupi-kupi yang best di Kuala Pilah.

Bunga 59 Cafe
sementara tunggu makanan sampai, kita ambil gambar sudut mana yang menarik


Itu yang berulang-ulang kali datang menyinggah. Disebabkan kami belum makan malam, kami pesan yang berat sikit. Saya pesan chicken chop dan encik suami cuba menu yang tak pernah cuba lagi, spaghetti crispy chicken kalau tak silaplah nama menu dia. 

baca juga

Makan Malam di Bunga 59 Cafe
Chicken Chop


Chicken chop, luarannya rangup dan isi dalamnya juicy. Baru sedap makan ayam macam ni. Tapi kalau ada chicken grilled mesti lagi best sebab saya suka grilled daripada digoreng. Selain porsi ayam yang besar, kentang goreng dia pun banyak. Tak habis makan sorang.

Bukan sekadar disediakan sos black pepper. Malah ada sos mustard juga. Dua dua sedap! 

Makan Malam di Bunga 59 Cafe
Spaghetti Crispy Chicken

Spaghetti crispy chicken ni gabungan spaghetti aglio olio dan crispy chicken sama macam chicken chop. Spaghetti ni saya tak merasa sebab tak rasa nak makan spaghetti pula. Encik suami selamat menghabiskannya sorang.

Kopi pula saya pesan hazelnut latte dan Caffe latte pilihan encik suami. Rasa kopi usah disangkal lagi kesedapannya. Memang kena dengan selera kami lah. Dengan coffee art latte yang cantik tu, bertambah sukalah kami memesan kopi custom dengan latte art. 

Kedua-dua kopi ni kami pernah order sebelum ni. Maintain sedap macam biasa.

Bunga 59 Cafe
Hazelnut latte

Bunga 59 Cafe
Caffee latte

Nak pesan makanan perlu guna QR code yang disediakan di meja. Pastikan line ok, kalau tidak jenuh juga menunggu menu loading. Boleh buat pembayaran di kaunter selepas makan atau boleh buat payment terus selepas order.

Porsi makanan di sini memang besar. Kongsi berdua pun tak apa! Itulah bajet macam boleh habis sebab tak makan malam lagi kan. Rupanya tak habis juga makan sorang. Kenalah berkongsi makan sampai habis. Makan santai-santai sambil berbual, habis juga akhirnya.

Bunga 59 Cafe

Disebabkan bukan rushing pun, jadi lepak lama sikit lah demi menghabiskan makanan. Orang lain pun tak balik dah. Semasa kami sampai ada pelanggan 2 meja. 

Kali ni tak duduk di meja yang biasa kami duduk sebab masa tu ada pelanggan di meja sebelah. Jadi kami duduk belakang dari meja yang biasa tu. 

Alhamdulillah...habis makan. Pinggan licin. 

4 comments:

  1. Kulit chicken chop tu nampak crispy lah Fizah.
    Comel jew ayam goreng tenggek atas spaghetti tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang crispy kak Amie. Hihi..lain dari yang lain food plating dia.

      Delete
  2. wah menyelerakan . ciken chop tu nampak sedap . tempat pun nampak relax

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.