Tarikh Puasa Sunat Rejab 1445H/ 2024M
Bulan Rejab adalah salah satu bulan yang mulia dan termasuk di dalam bulan-bulan Haram sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW selain bulan Zul al-Kaedah, Zul al-Hijjah dan Muharram.
Rejab itu sendiri bermaksud membesarkan atau mengagungkan kerana bulan ini ketika zaman al-Jahiliyyah dengan meninggalkan peperangan padanya.
Banyak hadis yang menjelaskan berkaitan puasa hari putih, kelebihan beramal dengannya termasuk dari sudut sains. Pahala sunnah ini seumpama berpuasa sepanjang tahun. Allahu Akbar, sungguh besar gandaan pahala Allah kurniakan buat umat Nabi Muhammad SAW.
Berdasarkan hadis, daripada Ibnu Milhan al-Qaisi daripada ayahnya, dia berkata:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْمُرُنَا أَنْ نَصُومَ الْبِيضَ: ثَلاَثَ عَشْرَةَ، وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ، وَخَمْسَ عَشْرَةَ. وَقَالَ: هُنَّ كَهَيْئَةِ الدَّهْرِ
Maksudnya : “Rasulullah SAW memerintahkan kami agar berpuasa pada hari bidh (putih) iaitu pada 13, 14 dan 15. Baginda berkata: hari-hari tersebut umpama setahun.” (HR Abu Daud, hadis sahih)
Maksudnya : “Sahaja aku puasa sunat hari putih kerana Allah Taala.”
Maksudnya : “Sahaja aku puasa sunat hari Isnin / Khamis kerana Allah Taala.”
Maksudnya : "Sahaja aku berpuasa sunat pada esok hari di bulan rejab kerana Allah Ta’ala”
“Jika seseorang berpuasa pada bulan Syawal untuk puasa qada atau selainnya sama ada puasa nazar atau puasa sunat lain maka terhasil pahala sunatnya. Pahala yang sempurna tidak akan diperoleh melainkan dengan hanya berniat puasa khusus untuk enam hari di bulan Syawal sahaja.”
“Sekiranya seseorang berpuasa sunat, qada atau nazar atau kafarah dan menggabungkan niat puasa sunat dengan wajib, maka al-Barizi telah memberi fatwa bahawa sah puasa dan terhasil pahala untuk kedua-duanya. Begitu juga halnya jika dia ithlaqkan (niat secara umum) maka keadaan tersebut mengikut seperti hukum solat Tahiyyatul Masjid.”
Imam Ibnu Hajar al-Haitami (ulama mazhab Syafie) pula membincangkannya dalam kitab al-Fatwa al-Kubra:
“Jika diniatkan keduanya (puasa sunat dan pusat wajib), dia mendapat ganjaran bagi kedua-duanya atau jika diniatkan salah satu, maka gugur tuntutan yang satu lagi dan tidak mendapat ganjarannya.”
Kesimpulannya, menurut pendapat Mufti wilayah Persekutuan dalam kupasan gabung niat puasa qada’ dan sunat bahawa boleh untuk menggabungkan niat serta dia memperoleh ganjaran pahala kedua-duanya. (perlu niat sebelum masuk waktu subuh).
Namun, perbuatan yang lebih sempurna dan afdhal adalah dengan berpuasa bagi setiap satunya secara berasingan, sebagai mengambil sikap berhati-hati (Ihtiyat) dan keluar daripada khilaf mereka yang melarang perbuatan tersebut.
Bolehkah gabung puasa sunat hari putih dengan puasa sunat Rejab?
Jawapan : Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, hukum gabung beberapa niat dalam satu puasa sunat adalah harus terutama bila jatuh pelaksanaan puasa itu berbetulan dengan hari-hari yang digalakkan puasa, seperti puasa 6 Syawal, Puasa Hari Putih, Puasa Isnin Khamis, maka sebahagian Ulama’ mensyaratkan supaya menggabungkan niat, sebahagiannya tidak, bahkan memadai meniatkannya sebagai puasa sunat secara umum bagi mendapatkan pahala berganda.
Menurut Syeikh Sulaiman al-Bijairimi dalam Tuhfah al-Habib:
“Syarat kedua ialah menentukan niat dalam puasa fardu contohnya dengan seseorang itu berniat setiap malam bahawa dia akan berpuasa pada siang hari esoknya dalam bulan Ramadhan, atau kerana nazar, atau kerana kaffarah, kerana puasa itu adalah ibadah yang dilampirkan kepada waktu tertentu maka wajib menentukannya dalam niat sama seperti solat lima waktu. Maka hukum puasa sunat terkeluar daripada hukum puasa fardu. Justeru, sah puasa sunat jika diniatkan secara mutlak.
Begitu juga pandangan Imam al-Nawawi dalam al-Majmu’ iaitu yang disebutkan secara mutlak oleh Ashab dan sewajarnya disyaratkan ta`yin dalam puasa ratib (yang berulang saban waktu) seperti puasa Arafah, Asyura’, Hari-Hari Putih, Enam Syawal, sama seperti solat sunat rawatib bagi solat (fardu).” Maka (hujah) ini dijawab: puasa pada hari-hari yang disebutkan itu munsarif ilaiha (telah berpindah ke dalamnya), bahkan jika seseorang itu berniat puasa pada hari itu, tanpa disertai dengan niat-niat tadi, masih terhasil pahala puasa-puasa tadi, sama seperti hukum tahiyyahul masjid, kerana tujuan yang dikehendaki adalah wujudnya puasa pada hari-hari tadi.”
Pendapat muktamad oleh Syeikh al-Islam Zakariyya al-Ansari dalam Mughni al-Muhtaj, di sisi Imam Ibn Hajar al-Haitami, beliau mengesahkan puasa sunat yang diniatkan secara mutlak, tetapi mensyaratkan ta`yin dengan niat-niat tertentu, seperti berniat puasa dengan sertakan niat puasa 6, hari putih dan puasa Isnin Khamis, untuk mendapatkan pahala kesempurnaan dan pahala berganda.
Kesimpulan daripada perbahasan ulama’ tentang gabung beberapa niat dalam satu puasa sunat diharuskan seperti niat puasa sunat rejab dengan puasa sunat hari putih bila waktunya berbetulan dengan hari-hari yang digalakkan berpuasa. Sebahagian ulama’ mensyaratkan tentukan ta'yin (niat), manakala sebahagian yang lain tidak meletakkan syarat, Wallahualam.
2. Kajian dilakukan ke atas sekumpulan peserta yang telah diarahkan untuk berpuasa antara 2 hingga 4 hari dalam sebulan dan memakan tempoh selama 6 bulan secara berturut-turut mendapati bahawa sistem ketahanan badan mereka berada dalam keadaan bagus daripada sebelumnya.
3. Penurunan penghasilan hormon yang telah dikaitkan dengan peningkatan risiko barah dan pertumbuhan tumor dalam badan menjadi lebih baik. Hal ini bermaksud, risiko untuk mengalami penyakit berbahaya seperti kanser otak tipis.
4. Sistem badan kita juga dikatakan akan cuba menyimpan tenaga apabila berada dalam keadaan lapar. Keadaan ini akan menyebabkan sel-sel ketahanan badan akan dikitar semula terutamanya yang telah rosak dan tidak diperlukan lagi.
Hal ini bermaksud, puasa dengan diikuti makanan yang sihat mampu untuk memulihkan sistem ketahanan badan agar menjadi lebih kuat dan tidak mudah dijangkiti penyakit.
5. Ia juga salah satu rawatan dan alternatif yang sesuai kepada pesakit yang sedang menjalani kemoterapi untuk mengembalikan semula sel-sel darah yang kurang serta membantu memberi kekuatan.
sumber rujukan :
1. Laman Web Mufti Wilayah Persekutuan.
2. Prolonged fasting reduces IGF-1/PKA to promote hematopoietic-stem-cell-based regeneration and reverse immunosuppression,
3. Cheng CW, Adams GB, Perin L. Targeting protein kinase A in cancer therapy, Sapio L, Di Maiolo F, Illiano M.
Rejab itu sendiri bermaksud membesarkan atau mengagungkan kerana bulan ini ketika zaman al-Jahiliyyah dengan meninggalkan peperangan padanya.
Salah satu amalan yang kita boleh tingkatkan di bulan Rejab adalah dengan berpuasa sunat. Puasa sunat 1 Rejab, puasa sunat Isnin & Khamis, puasa sunat hari putih yang juga disebut Ayyamul Bidh.
Tarikh Puasa Sunat Rejab 1445H/ 2024M
- 13 Januari 2024 (Puasa 1 Rejab)
- 15 Januari 2024 (Puasa sunat hari Isnin & Puasa sunat Rejab)
- 18 Januari 2024 (Puasa sunat hari Khamis & Puasa sunat Rejab)
- 22 Januari 2024 (Puasa sunat hari Isnin & Puasa sunat Rejab)
- 25 Januari 2024 (Puasa sunat hari Khamis, Puasa sunat Rejab & Puasa hari putih / Ayyamul Bidh)
- 26 Januari 2024 (Jumaat) – Puasa sunat Rejab & Puasa hari putih / Ayyamul Bidh
- 27 Januari 2024 (Sabtu) – Puasa sunat Rejab & Puasa hari putih / Ayyamul Bidh
sumber : Ustazah Asma' Harun |
Puasa Sunat Hari Putih (Ayyamul Bidh) umpama puasa sepanjang tahun
Puasa sunat hari putih adalah puasa sunat selama tiga hari di setiap pertengahan bulan Islam (Hijriah), iaitu pada tanggal 13, 14 dan 15 hari bulan. Dinamakan hari putih kerana bulan purnama bersinar terang pada malam-malam tersebut.Banyak hadis yang menjelaskan berkaitan puasa hari putih, kelebihan beramal dengannya termasuk dari sudut sains. Pahala sunnah ini seumpama berpuasa sepanjang tahun. Allahu Akbar, sungguh besar gandaan pahala Allah kurniakan buat umat Nabi Muhammad SAW.
Berdasarkan hadis, daripada Ibnu Milhan al-Qaisi daripada ayahnya, dia berkata:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْمُرُنَا أَنْ نَصُومَ الْبِيضَ: ثَلاَثَ عَشْرَةَ، وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ، وَخَمْسَ عَشْرَةَ. وَقَالَ: هُنَّ كَهَيْئَةِ الدَّهْرِ
Maksudnya : “Rasulullah SAW memerintahkan kami agar berpuasa pada hari bidh (putih) iaitu pada 13, 14 dan 15. Baginda berkata: hari-hari tersebut umpama setahun.” (HR Abu Daud, hadis sahih)
Niat puasa hari putih (Ayyamul Bidh)
نَوَيْتُ صَوْمَ اَيَّامَ الْبَيْضِ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَىMaksudnya : “Sahaja aku puasa sunat hari putih kerana Allah Taala.”
Niat puasa Isnin Khamis
نَوَيْتُ صَوْمَ يَوْمَ الْإِثْنَيْنِ / الْخَمِيسِ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَىMaksudnya : “Sahaja aku puasa sunat hari Isnin / Khamis kerana Allah Taala.”
Niat puasa Rejab
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ فِى شَهْرِ رَجَبِ سُنَّةً ِللهِ تَعَالَىMaksudnya : "Sahaja aku berpuasa sunat pada esok hari di bulan rejab kerana Allah Ta’ala”
Bolehkah gabung niat puasa Qada' dengan puasa sunat hari putih?
Jawapan : Fuqaha’ dalam Mazhab Syafie berselisih pandangan tentang isu menggabungkan niat puasa, ia termasuk dalam kupasan gabung niat puasa enam syawal juga.1. Pandangan Pertama: Hanya Sah Satu Niat Sahaja
Pandangan Syaikhul Islam Zakaria al-Ansari (ulama’ di dalam mazhab Syafie), yang dijelaskan dalam kitab Syarqawi ‘ala al-Tahrir.“Jika seseorang berpuasa pada bulan Syawal untuk puasa qada atau selainnya sama ada puasa nazar atau puasa sunat lain maka terhasil pahala sunatnya. Pahala yang sempurna tidak akan diperoleh melainkan dengan hanya berniat puasa khusus untuk enam hari di bulan Syawal sahaja.”
2. Pandangan Kedua: Sah Niat Kedua-Duanya
Imam as-Suyuti (ulama mazhab Syafie) menjelaskan dalam kitab Ashbah Wan Nazoir, berkata :“Sekiranya seseorang berpuasa sunat, qada atau nazar atau kafarah dan menggabungkan niat puasa sunat dengan wajib, maka al-Barizi telah memberi fatwa bahawa sah puasa dan terhasil pahala untuk kedua-duanya. Begitu juga halnya jika dia ithlaqkan (niat secara umum) maka keadaan tersebut mengikut seperti hukum solat Tahiyyatul Masjid.”
Imam Ibnu Hajar al-Haitami (ulama mazhab Syafie) pula membincangkannya dalam kitab al-Fatwa al-Kubra:
“Jika diniatkan keduanya (puasa sunat dan pusat wajib), dia mendapat ganjaran bagi kedua-duanya atau jika diniatkan salah satu, maka gugur tuntutan yang satu lagi dan tidak mendapat ganjarannya.”
Kesimpulannya, menurut pendapat Mufti wilayah Persekutuan dalam kupasan gabung niat puasa qada’ dan sunat bahawa boleh untuk menggabungkan niat serta dia memperoleh ganjaran pahala kedua-duanya. (perlu niat sebelum masuk waktu subuh).
Namun, perbuatan yang lebih sempurna dan afdhal adalah dengan berpuasa bagi setiap satunya secara berasingan, sebagai mengambil sikap berhati-hati (Ihtiyat) dan keluar daripada khilaf mereka yang melarang perbuatan tersebut.
Bolehkah gabung puasa sunat hari putih dengan puasa sunat Rejab?
Jawapan : Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, hukum gabung beberapa niat dalam satu puasa sunat adalah harus terutama bila jatuh pelaksanaan puasa itu berbetulan dengan hari-hari yang digalakkan puasa, seperti puasa 6 Syawal, Puasa Hari Putih, Puasa Isnin Khamis, maka sebahagian Ulama’ mensyaratkan supaya menggabungkan niat, sebahagiannya tidak, bahkan memadai meniatkannya sebagai puasa sunat secara umum bagi mendapatkan pahala berganda.
Menurut Syeikh Sulaiman al-Bijairimi dalam Tuhfah al-Habib:
“Syarat kedua ialah menentukan niat dalam puasa fardu contohnya dengan seseorang itu berniat setiap malam bahawa dia akan berpuasa pada siang hari esoknya dalam bulan Ramadhan, atau kerana nazar, atau kerana kaffarah, kerana puasa itu adalah ibadah yang dilampirkan kepada waktu tertentu maka wajib menentukannya dalam niat sama seperti solat lima waktu. Maka hukum puasa sunat terkeluar daripada hukum puasa fardu. Justeru, sah puasa sunat jika diniatkan secara mutlak.
Begitu juga pandangan Imam al-Nawawi dalam al-Majmu’ iaitu yang disebutkan secara mutlak oleh Ashab dan sewajarnya disyaratkan ta`yin dalam puasa ratib (yang berulang saban waktu) seperti puasa Arafah, Asyura’, Hari-Hari Putih, Enam Syawal, sama seperti solat sunat rawatib bagi solat (fardu).” Maka (hujah) ini dijawab: puasa pada hari-hari yang disebutkan itu munsarif ilaiha (telah berpindah ke dalamnya), bahkan jika seseorang itu berniat puasa pada hari itu, tanpa disertai dengan niat-niat tadi, masih terhasil pahala puasa-puasa tadi, sama seperti hukum tahiyyahul masjid, kerana tujuan yang dikehendaki adalah wujudnya puasa pada hari-hari tadi.”
Pendapat muktamad oleh Syeikh al-Islam Zakariyya al-Ansari dalam Mughni al-Muhtaj, di sisi Imam Ibn Hajar al-Haitami, beliau mengesahkan puasa sunat yang diniatkan secara mutlak, tetapi mensyaratkan ta`yin dengan niat-niat tertentu, seperti berniat puasa dengan sertakan niat puasa 6, hari putih dan puasa Isnin Khamis, untuk mendapatkan pahala kesempurnaan dan pahala berganda.
Kesimpulan daripada perbahasan ulama’ tentang gabung beberapa niat dalam satu puasa sunat diharuskan seperti niat puasa sunat rejab dengan puasa sunat hari putih bila waktunya berbetulan dengan hari-hari yang digalakkan berpuasa. Sebahagian ulama’ mensyaratkan tentukan ta'yin (niat), manakala sebahagian yang lain tidak meletakkan syarat, Wallahualam.
Kelebihan puasa hari putih menurut Sains
1. Satu kajian dilakukan oleh Profesor Valter Lango, Universiti Southern California. Hasil kajian yang dibentangkan berkaitan kelebihan puasa hari putih atau 3 hari berturut-turut dari sudut kesihatan.2. Kajian dilakukan ke atas sekumpulan peserta yang telah diarahkan untuk berpuasa antara 2 hingga 4 hari dalam sebulan dan memakan tempoh selama 6 bulan secara berturut-turut mendapati bahawa sistem ketahanan badan mereka berada dalam keadaan bagus daripada sebelumnya.
3. Penurunan penghasilan hormon yang telah dikaitkan dengan peningkatan risiko barah dan pertumbuhan tumor dalam badan menjadi lebih baik. Hal ini bermaksud, risiko untuk mengalami penyakit berbahaya seperti kanser otak tipis.
4. Sistem badan kita juga dikatakan akan cuba menyimpan tenaga apabila berada dalam keadaan lapar. Keadaan ini akan menyebabkan sel-sel ketahanan badan akan dikitar semula terutamanya yang telah rosak dan tidak diperlukan lagi.
Hal ini bermaksud, puasa dengan diikuti makanan yang sihat mampu untuk memulihkan sistem ketahanan badan agar menjadi lebih kuat dan tidak mudah dijangkiti penyakit.
5. Ia juga salah satu rawatan dan alternatif yang sesuai kepada pesakit yang sedang menjalani kemoterapi untuk mengembalikan semula sel-sel darah yang kurang serta membantu memberi kekuatan.
sumber rujukan :
1. Laman Web Mufti Wilayah Persekutuan.
2. Prolonged fasting reduces IGF-1/PKA to promote hematopoietic-stem-cell-based regeneration and reverse immunosuppression,
3. Cheng CW, Adams GB, Perin L. Targeting protein kinase A in cancer therapy, Sapio L, Di Maiolo F, Illiano M.
Yang belum ganti puasa Ramadan, eloklah disegerakan. Jangan sampai kena bayar fidyah. Yang kena bayar fidyah, jangan lupa bayar fidyah.
baca juga
Semoga setiap amalan yang kita lakukan diterima Allah. InshaAllah...Aamiin...
selamat berpuasa Fizah
ReplyDeleteSelamat berpuasa Sal.
Delete