Telefilem Usung Putih (TV1)

Telefilem Usung Putih (2017) bakal ditayangkan semula pada 13 Januari 2024, hari Sabtu jam 9:00 malam di slot Panggung RTM TV1 dan strim online menerusi RTMKlik.

Usung Putih

Telefilem ini diarahkan oleh Bakri Al Harith dengan penulisan skrip daripada Siti Jasmina Ibrahim dan diterbitkan oleh syarikat produksi Ardwerk Production Sdn. Bhd.

TELEFILEM USUNG PUTIH

Siaran TV : Slot Panggung RTM TV1
Strim online/penstriman lansung : RTMKlik
Waktu siaran : Sabtu, 13 Januari 2024, jam 9:00 Malam
Penulis skrip : Siti Jasmina Ibrahim
Pengarah : Bakri Al Harith
Produksi : Ardwerk Production Sdn. Bhd.

PELAKON DAN WATAK

Menampilkan barisan pelakon hebat iaitu Shafie Naswip, Qistina Hazali, Azza Suaymi, Zul Handy Black, Kamisah Hj Manaf, Ramansundram, Roslan Madun, Eliza Mustafa dan ramai lagi.
  • Shafie Naswip sebagai Ayie
  • Qistina Hazali sebagai Aina
  • Azza Suaymi sebagai Kak Azza
  • Zul Handy Black sebagai Abang Zul

SINOPSIS USUNG PUTIH

Telefilem Usung Putih mengisahkan tentang Ayie yang mengambil tanggungjawab menjaga adiknya, Aina setelah ibunya meninggal dunia. Mereka tinggal di rumah peninggalan ibunya dan Ayie bekerja sebagai tukang sapu untuk menyara mereka berdua. 

Aina ialah seorang budak yang pandai dan juga rajin membantu menambah pendapatan abangnya dengan menjual nasi lemak. Mereka berjiran dengan Abang Zul dan Kak Azza yang juga banyak membantu mereka berdua. 

Mereka sebenarnya masih mempunyai ayah tetapi telah lama menghilang. Pada suatu hari Aina telah dilanggar lari oleh sebuah kereta dan dia mengalami lumpuh dari paras pinggang ke bawah. Sejak itu emosi Aina menjadi tidak stabil dan dia bertukar dari seorang yang periang kepada pendiam.

Usung Putih

Ayie membawa Aina ke tempat kerjanya setiap hari dengan memasukkan Aina ke dalam usung putih dan menariknya. Aina tidak mahu mengikut Ayie lagi setelah mereka berdua hampir dilanggar semasa pulang dari kerja. 

Selepas itu Ayie terpaksa meninggalkan Aina sendirian di rumah. Balik dari kerja Ayie mendapati Aina hilang dan kesan rumah dipecah masuk. Ayie membuat laporan polis dan berusaha mencari Aina.

Dia terus berdoa semoga Aina dipertemukan dan dinasihatkan supaya pasrah atas apa yang berlaku. Semasa keluar dari masjid Aina menyapa Ayie dan rupanya Aina telah dibawa oleh ayah mereka sendiri. 

Sebenarnya Ayie dan Aina telah lama dicari oleh ayah mereka dan Suhaila atau Su adalah emak tiri mereka yang telah melanggar Aina yang juga mencari mangsa langgarnya. 

Namun masihkan ada ruang di hati kedua beradik ini untuk menerima kehadiran ayah dan sekaligus memaafkan kesalahan dilakukan ibu tiri mereka yang menyebabkan Aina lumpuh?

2 comments:

  1. Tanggungjawab anak sulung sebagai ketua keluarga jaga adik-adik yang lain apabila ibu & ayah dah tiada . Cabaran & ujian hebat sangat tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, memang begitulah besarnya tanggungjawab anak sulung. Hebat dugaannya kalau hilang tempat bergantung.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.