Brisk Walk Di KOMBES Paroi, Dapat Awards Dan Redeem Rewards
Masih lagi meneruskan perjuangan membakar kalori di KOMBES (Kompleks Belia dan Sukan) di Paroi. Ini je tempat riadah yang dekat dengan rumah dan best bersukan di sini. Meriah ramai orang dan dirasakan lebih selamat.
Sebelum ni bulan Januari boleh pergi selang sehari. Sekarang ni seminggu sekali sebab dua minggu kebelakangan ni encik suami sibuk kesana kesini. Jadi tak dapatlah selang sehari. Tapi tetaplah pergi juga. Sesekali kena beriadah diluar juga.
Macam biasa kami riadah waktu malam. Makan malam awal, lepas solat maghrib terus pergi. Pergi awal dan balik awal. Kalau pergi lambat sikit dah ramai orang kena parkir bahagian belakang pula.
Brisk Walk/ Jalan Laju
Suka sangat brisk walk, slow jogging dan berlari di balapan ni sebab lembut. Rasa macam masih baru lagi. Entah bila tukar tak tahulah sebab kita pun baru tahun ni rajin datang sini. Bila pijak balapan lembut, kasut pun tebal elok. Tak sakitlah kaki kita wak.Lutut longgar tu biasa. Dia kejap je. Buat mana termampu je lah. Minggu lepas dapat pergi hari Jumaat je. Brisk walk santai-santai. Kejap brisk walk, kejap slow jogging, kejap berlari sikit. Tapi lebih banyak brisk walk lah haritu. Dapat lah lebih kurang 5 pusingan tak sampai setengah jam.
Tak lama sebabnya kat rumah dah workout banyak. Keluar rumah brisk walk ambil angin luar dan nak cukupkan qouta 10, 000 langkah kononnya. Tapi terlebih sudah. Saya guna fitness apps apple.
Tahniah Fiza 👏! Moga terus konsisten.
ردحذفAkak guna apps BookDoc tu pun ada rewards. Nak redeem touch n go tak pernah dapat, cepat je fully redeemed.
Alhamdulillah...Marilah kita sama-sama konsisten kak Ujie.
حذفBest kan dapat rewards ni. Ohh macam tu, kena cepat redeem lah konsep dia ye.
Wahh best ni ada rewards dan boleh redeem. Saya guna strava je utk record aktiviti. Tak dapat nak buat tiap hari , selalu nya weekend je.
ردحذفAlhamdulillah..itu yang seronok tu. Nampak ramai juga strava. Takpe kak, weekend sahaja pun okay asalkan kita ada aktiviti.
حذفrasa dah bertahun tak ke kombes belah malam. kalau pagi atau petang tu biasalah. tapi sekarang ni tak larat nak pegi samada pagi / petang sbb panas litlit. ammi walking kat lake garden je
ردحذفKalau camtu kena pergi malam, sejuk je. hihi...Saya pulak tak pernah beriadah kat taman tasik tu. Nampak sentiasa meriah ramai orang. Kadang parkir pun penuh.
حذفTahniah, Fizah. Di samping sihat, dapat claim rewards juga, ye. Semoga terus bersemangat! :) Seronok dapat jogging di dalam stadium. Soft landing. Baik untuk lutut.
ردحذفAlhamdulillah. Terima kasih kak Nur.
حذفSambil sambil tu dapat juga rewards, auto semangat jadinya. Ye, soft landing tak sakit lutut sangat.
Tahniah... bakar calori pun dpt ... reward pun dapat.. terbaik :D
ردحذفAlhamdulillah..Terima kasih.
حذفYe, dua dua dapat. Sangat berbaloi kann...
saya ada apps AIA sebab insuran company pakai AIA ni tapi tak pernah explore vitality. Kena godek ni
ردحذفBoleh check nanti Sal kat tab AIA Vitality tu.
حذفHahh bila laa CCL akan briskwalk macam sis fiza ni juga kan . Dpaat beriadah mcm ni pun best . Tapi tue laa tak menyempat haaa
ردحذفBrisk walk area taman pun okay jugak tu Lyana. Tapi make sure kawasan selamat lah. Memang best dapat beriadah ni.
حذف