Berjaya Hiking Full Loop Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Melaka
Di Monkey Bay ada laluan masuk hutan untuk menuju ke jalan ber tar. Saya lupa pula nak ambil gambar laluan tu. Dalam perjalanan tu kami jumpa perigi. Eh sebelum ni datang macam tak perasan pun ada perigi. Ke kami ikut jalan lain dulu?
Malaslah fikir, janji kami ikut jalan yang betul.
Trail terakhir tu 2-3 kali juga berhenti. Kami keluar dari trail inilah. Kalau naik dari jalan tar pintu masuk nak ke Monkey Bay, sila ikut jalan ni. Papan tanda pun ada tu.
Lega bila dah keluar dari laluan tu dan jumpa jalan tar. Taklah seksa sangat nak berjalan. Jalan ber tar pun jalan santai sambil ambil gambar. Tak payah nak kejar pace. Pace pun entah kemana perginya. Lantak situ.
Kita nak menghayati alam semulajadi. Tenang ribut jiwa. Sesekali mendekati alam memang best. Satu terapi untuk kita.
Sepanjang perjalanan ke bawah, ada dua pondok untuk berehat. Agak-agak penat, berhenti dan rehat. Nampak papan tanda Monkey Bay dan Bukit Batu Putih. Ikut je arah papan tanda jika melalui jalan tar dari pintu masuk
Sampailah sudah kami di bawah. Lebih kurang 9 minit perjalanan dari atas tadi. Berhenti kejap ambil gambar. Awal-awal masuk tadi kita terus ke kiri sampai lupa nak ambil gambar sebelah kanan.
Ada juga kemudahan tandas awam. Bagus juga disediakan tandas. Tak pasti pula sebelum ni ada ke tidak. Dah ada kemudahan tu sila gunakan dengan betul ye. Jangan yang bukan-bukan je.
- Pantai Keramat
- Pakat Pasang Pakat Surut
- Pulau Intan
- Gua Sejengkal
- Tangga Taubat
- Cape Rachado Lighthouse
- Glass Observation Deck/ Glass view point
- Bukit Batu Putih
- Monkey Bay
Post a Comment