Hiking Full Loop Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Melaka, Glass Observation Deck
Terasa badan berat betul ye lepas minum air sejuk 100 Plus. Berteguk-teguk minum. Mana taknya! Sepanjang perjalanan hiking saya hanya minum seteguk dua je air Bubbles O² buat hilang dahaga dan energy bar di Pantai Keramat untuk bekalkan tenaga.
Tapi lepas minum air sejuk terus lemau tenaga pun drop. Menyesal pula terlebih minum air sejuk. Padahal air 100Plus tu air isotonik, patut lebih segar dan bertenaga. Tapi tak ye. Dia macam jadi layu tiba-tiba.
Dah-dah jangan nak berdrama sangat. Jom teruskan misi full loop. Kami teruskan perjalanan ke Glass Observation Deck atau glass view point. Betul ke namanya tu? Kalau salah sila betulkan ye.
Glass Observation Deck ni port baru siap dibina. Rasanya hujung tahun lepas kot. Port ni juga yang membuatkan saya nak datang semula hiking di Bukit Batu Putih. Tapi secara full loop lah. Dah alang-alang sampai sini kan.
Laluan ni akan membawa ke Bukit Batu Putih dan Monkey Bay. Jadinya kalau korang terus hiking ke Bukit Batu Putih, pasti akan lalu Glass Observation Deck dulu sebelum sampai puncak Bukit Batu Putih.
Monkey Bay selepas Bukit Batu Putih. Itu pilihan samada nak ke Monkey Bay atau patah semula keluar di tempat yang sama.
Ramai sungguh orang di pintu gerbang ni. Di luar ni memang ramailah sebab masing-masing fokus untuk hiking ke Bukit Batu Putih je. Tak ramai yang buat full loop. Jumpa orang pun di beberapa tempat je.
Dapat jugalah ambil sekeping dua gambar di sini.
Mula-mula trail landai je, lepas tu jumpalah trail menjunam macam ni. Siapa yang ikut jalan ni semula masa balik memang pacak juga lah. Pacak tak ada diskaun, istilah pendaki.
Saya suka trail kebawah macam ni bila disediakan tali. Senang nak turun secara reverse macam rock climbing. Taklah sakit kaki sangat. Guna tenaga kaki sikit je.
Tak lama lepas tu nampak dari jauh Glass Observation deck tu ha..Nampak meriah ramai orang.
Boleh tahan ramai jugalah. Masing-masing tengah sakan bergambar di situ bergilir-gilir. Panas jangan cakaplah.
Ruang deck yang agak luas. Ada 2 kerusi panjang. Tapi masa kami sampai dah penuh. Jadi tak dapat duduk. Kami pun tak merancang untuk duduk berehat. Sekadar singgah sebentar je.
Untuk ke glass/kaca tu perlu tanggalkan kasut. Ada nota yang ditampal pada kaca. Tapi mungkin ada yang tak perasan.
Malas nak menunggu lama di sini, ambil gambar kejap je lah. Tak bergambar sakan walaupun tempatnya cantik. Ramai orang dan cuaca agak panas. Kita pun nak kejar masa kan.
Mula dari Cape Rachado Lighthouse : 11:09 am
Tiba di Glass Observation Deck : 11:20 am
Tempoh masa : 6 minit (+ ambil gambar)
Tahap kesukaran : mudah
Destinasi seterusnya : Bukit Batu Putih
Tiba di Glass Observation Deck : 11:20 am
Tempoh masa : 6 minit (+ ambil gambar)
Tahap kesukaran : mudah
Destinasi seterusnya : Bukit Batu Putih
silap, bukan mirror deck |
Sikit lagi nak habiskan full loop Tanjung Tuan, Melaka.
hahah pacak takde diskaun..
ReplyDeletetapi betul jugakan bila turun secara reverse sambil pegang tali tu at least jari kaki tak sakit sbb kita macam mencengkam....lebih relax sikit tapak kaki
Memang tak de diskaun lansung. Tetaplah kena hadap.
DeleteA'ah dia macam better lagi macam tu. Tak sakit jari dan tak sakit lutut.
Cantik betul pemandangan dekat Glass Deck tu...
ReplyDeleteSangat cantik tapi tulah tak dapat menikmatinya lama-lama. Cuaca panas dan ramai orang.
DeleteWow…buat full loop 👏🏽
ReplyDeleteAkak pergi satu tempat je pun dah berjam lama, maklumlah jalan lenggang kangkung asik berenti ambik nafas dan ambik gambar 😆
Dah lain sungguh hutan Tg Tuan sekarang. Makin elok dan mesra pendaki.
Rindu nak ke sana lagi, dulu situ jelah dok ulang sebab banyak pilihan trek. Tak bosan.
Syok jugak tu pergi satu tempat. Dapat berlamaan dan lebih menikmati.
DeleteYa, lain dah sekarang. Lebih meriah dan menarik. Tak bosan. Boleh repeat lagi kak Ujie.
Kat Observation Deck tu cantik permandangannya dari situ.
ReplyDeleteYa, sangat cantik di situ.
DeleteKalo baca durasi waktu kakak, berarti memang tak susah trailnya yaa, kecuali yg tangga taubat itu saja. Lainnya saya lihat mudah. Berarti okelaah kalo nanti nak kesini dengan suami 😄.
ReplyDeleteTinggi tak glass deck observatory ini? Jadi ingat glass Deck yg di Komtar Penang😁
Ya, trail mudah kalau dah biasa hiking. Tangga taubat tu rasanya memang azab betul nak naik. Ya, dari satu point ke satu point mudah dan dekat kecuali nak ke Pantai Keramat tu macam jauh sikit.
DeleteYa, boleh cuba nanti kalau ke Malaysia.
Tak berapa tinggi sangat.
menarik gmbr2nye., hehe
ReplyDeleteTerima kasih wak. Gambar asal boleh je ni. Tak fokus sangat bab gambar masa ni. huhu...dah hujung hujung begitulah.
Delete