Hiking Full Loop Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Melaka, Pantai Keramat
Ikut perancangan, nak pergi hiking Bukit Batu Putih Tanjung Tuan, Melaka hari Sabtu. Tapi tak jadi. Kami pergilah hari esoknya, Ahad. Ini bukan kali pertama kami hiking di sini.
Ini peta laluan yang saya lalui berdasarkan apps adidas running saya untuk aktiviti hiking. Ada beberapa tempat yang tak sempat saya pergi antaranya Pulau Masjid sebab dah terlepas laluan. Gua pun tak dapat pergi sebab malas nak tunggu air surut.
Nampak laluan sebelah papan tanda selamat datang tu ada laluan ke Pantai Keramat. Ada juga papan tanda anak panah ke Pantai Keramat.
Ikut laluan/trail yang telah disediakan. Laluan jelas dan mudah di ikuti. Sesekali akan jumpa anak panah penunjuk jalan. Ikut je anak panah yang diletakkan di pokok tu.
Trail awal tu banyak juga mendatar, lepas tu ada juga trail mendaki yang mudah. Tak pacak lagi.
Suka kalau trail mendatar macam ni. Mudah nak berjalan dan tak sakit kaki sangat. Masih ada laluan anak panah.
Akan jumpa papan tanda Petak Kekal Ekologi No 1 Simpanan Hutan Dara (VJR). Mungkin ini tapak nombor 1 dalam laluan saya.
Jalan lagi akan jumpa gazebo lama yang agak usang. Gazebo ke nama dia? Ke pondok? Bolehlah berehat kalau mahu. Tapi kami teruskan perjalanan sebab macam seram juga nak singgah duduk. Perjalanan pun masih jauh lagi.
Selepas jumpa pondok akan ada laluan tangga satu ke bawah dan satu ke atas, kami ikut kebawah sebelah kiri tu untuk menuju ke Pantai Keramat. Laluan ke atas kami tak pasti laluan kemana. Anak panas pun kurang jelas samada perlu ke kiri (bawah) atau ke kanan (atas).
Lepas tu akan jumpa perigi dalam tembok ni. Seram pula nak pergi dekat. Katanya ini Perigi Belanda yang dibina pada zaman penjajahan dahulu. Saya ambil gambar dari luar je lah. Berhampiran perigi ada laluan jambatan yang dah rosak, tinggal papan je.
Kami teruskan perjalanan dan kemudian jumpa 2 laluan. Kami ke kiri. Tak pasti ke kanan untuk kemana. Anak panah depan tu ada arrow satu je, maksudnya boleh ikut mana-mana laluan.
Terkejut kami bila sampai bawah nampak pantai yang dipenuhi dengan pokok melingkar macam ni. Ini ke Pulau Keramat? Papan tanda pun tak ada!
Tapi kami nampak laluan jelas ke kiri, agaknya Pantai Keramat kat sana kot. Kami pun menuju ke kiri.
Lepas tu nampak anak panah denai Pantai Keramat ke kanan. Nampaknya macam kena patah balik ni.
Kami teruskan dan tak patah balik sebab nampak laluan terang lagi, nampak macam ada pantai cantik. Ya, ada pantai lebih bersih daripada yang pertama kami tengok tadi.
Jalan lagi ada Pantai yang jauh lebih cantik daripada yang diatas. Tapi di persisiran pantai dipenuhi dengan sampah plastik dan kayu-kayan. Tapi bahagian laut tu bersih.
Rupanya di kejauhan sana ada Pulau Masjid, mengikut peta dalam google map. Mungkin kalau jadi kedepan lagi kami akan jumpa pantai Pulau Masjid.
Berhampiran pantai ni ada pondok yang dah roboh. Macam dirobohkan pun ye juga sebab nampak batu-batu macam dipecahkan je bawah tu. Ke dalam proses nak bina yang baru? Menarik juga kalau ada pondok tempat berehat di sini.
Dah berehat dan ambil gambar di pantai ni, kami patah balik ikut anak panah denai Pantai Keramat tadi. Dari jauh nampak macam ada pondok depan tu.
Kalau nampak pondok check point 1 tu maksudnya dah sampai Pantai Keramat lah tu. Depan pondok tu lah Pantai Keramatnya. Ni haa ada tanda Pantai Keramat.
Alhamdulillah sampai juga kami di Pantai Keramat. MashaAllah, cantik sungguh lah permandangan Pantai Keramat. Indahnya ciptaan Allah. Pantai yang bersih. Air laut jernih hijau.
Lama jugak kami singgah di Pantai Keramat. Hampir setengah jam melayani keindahan di depan mata.
Kami naik semula ke darat selepas ada beberapa orang pendaki lain tiba. Masa kami sampai tadi tak ada orang lansung. Dapatlah bergambar sakan. Bila dah ada orang dan dah puas bergambar, kita pun bagi peluang pada mereka pula.
Berdekatan Pantai Keramat ada perigi di belakang papan tanda tu. Perigi Keramat namanya bersebelah bongkah batu besar dan berhampiran dengan kesan tapak kaki Hang Tuah.
Dari apa yang saya baca, di sini pernah berlaku aktiviti pemujaan sebab tu diletakkan papan tanda larangan pemujaan/khurafat. Saya tak perasan pula sebarang kesan barang-barang pemujaan. Mungkin dah dibersihkan.
Mula dari pintu masuk : 8:37 am
Tiba di Pantai Keramat : 9:18 am
Tempoh masa : 41 minit (campur masa ke pantai berdekatan Pulau Masjid)
Tahap kesukaran : Mudah
Kali pertama hiking Bukit Batu Putih dengan anak-anak buah tahun 2015. Lepas tu kali kedua hiking sikit untuk ke Monkey Bay semata-mata.
Tapi kalini kami nak buat kerja gila sikit hiking Bukit Batu Putih Tanjung Tuan secara full loop, maksudnya hiking keliling bukit bukan terus hiking ke puncak Batu Putih tu. Pengaruh TikTok punya pasal lah ni. Berdebar pula pertama kali nak buat full loop. Risau kita pewai, istilah hiker yang dah lama tak dengar. Maksud dia penat awai.
Kami pergi hiking hari Ahad, agak ramai orang jugalah. Parkir kereta pun jauh sebab yang dekat dah penuh. Tapi tak ramai mula dengan laluan ke Pantai Keramat. Kami berdua je lah bermula dari situ. Yang lain terus ke jalan tar dan jalan mudah untuk ke puncak Bukit Batu Putih. Kami ikut jalan mencabar sikit kali ni. Saja nak uji kaki dan kekuda.
Ini peta laluan yang saya lalui berdasarkan apps adidas running saya untuk aktiviti hiking. Ada beberapa tempat yang tak sempat saya pergi antaranya Pulau Masjid sebab dah terlepas laluan. Gua pun tak dapat pergi sebab malas nak tunggu air surut.
Disebabkan banyak check pointnya, kena buat part by part. Gambar pun banyak. Kalau letak dalam satu entry, jenuh nak scroll.
Bila lama sangat tak datang sini, baru tahu Bukit Batu Putih Tanjung Tuan ni terletak di Melaka ye bukan Port Dickson, Negeri Sembilan. Tapi sebahagiannya terletak dalam Negeri Sembilan. Dan tiada bayaran permit dikenakan. Masuk percuma je. Dulu kena bayar RM1 seorang.
Ada satu lagi nama Bukit Batu Putih. Tapi di Perak. Okay, marilah kita mulakan pendakian kita dari bawah. Masuk je pintu masuk dalam gambar di atas tu ada surau sebelah kiri, kemudian ada papan tanda ni.
Ada satu lagi nama Bukit Batu Putih. Tapi di Perak. Okay, marilah kita mulakan pendakian kita dari bawah. Masuk je pintu masuk dalam gambar di atas tu ada surau sebelah kiri, kemudian ada papan tanda ni.
Nampak laluan sebelah papan tanda selamat datang tu ada laluan ke Pantai Keramat. Ada juga papan tanda anak panah ke Pantai Keramat.
Ikut laluan/trail yang telah disediakan. Laluan jelas dan mudah di ikuti. Sesekali akan jumpa anak panah penunjuk jalan. Ikut je anak panah yang diletakkan di pokok tu.
Trail awal tu banyak juga mendatar, lepas tu ada juga trail mendaki yang mudah. Tak pacak lagi.
Suka kalau trail mendatar macam ni. Mudah nak berjalan dan tak sakit kaki sangat. Masih ada laluan anak panah.
Akan jumpa papan tanda Petak Kekal Ekologi No 1 Simpanan Hutan Dara (VJR). Mungkin ini tapak nombor 1 dalam laluan saya.
Jalan lagi akan jumpa gazebo lama yang agak usang. Gazebo ke nama dia? Ke pondok? Bolehlah berehat kalau mahu. Tapi kami teruskan perjalanan sebab macam seram juga nak singgah duduk. Perjalanan pun masih jauh lagi.
Selepas jumpa pondok akan ada laluan tangga satu ke bawah dan satu ke atas, kami ikut kebawah sebelah kiri tu untuk menuju ke Pantai Keramat. Laluan ke atas kami tak pasti laluan kemana. Anak panas pun kurang jelas samada perlu ke kiri (bawah) atau ke kanan (atas).
Kena ada satu lagi papan tanda patutnya, ke atas tu menuju kemana dan ke bawah tu menuju ke mana. Barulah kita boleh decide nak ikut laluan mana.
Tangga ke bawah boleh tahan banyak juga. Ikut je lah. Harap-harap terus nampak pantai kononnya. Jalan terus lagi sampailah nampak kawasan terang tu.
Lepas tu akan jumpa perigi dalam tembok ni. Seram pula nak pergi dekat. Katanya ini Perigi Belanda yang dibina pada zaman penjajahan dahulu. Saya ambil gambar dari luar je lah. Berhampiran perigi ada laluan jambatan yang dah rosak, tinggal papan je.
Kami teruskan perjalanan dan kemudian jumpa 2 laluan. Kami ke kiri. Tak pasti ke kanan untuk kemana. Anak panah depan tu ada arrow satu je, maksudnya boleh ikut mana-mana laluan.
Terkejut kami bila sampai bawah nampak pantai yang dipenuhi dengan pokok melingkar macam ni. Ini ke Pulau Keramat? Papan tanda pun tak ada!
Tapi kami nampak laluan jelas ke kiri, agaknya Pantai Keramat kat sana kot. Kami pun menuju ke kiri.
Lepas tu nampak anak panah denai Pantai Keramat ke kanan. Nampaknya macam kena patah balik ni.
Kami teruskan dan tak patah balik sebab nampak laluan terang lagi, nampak macam ada pantai cantik. Ya, ada pantai lebih bersih daripada yang pertama kami tengok tadi.
Jalan lagi ada Pantai yang jauh lebih cantik daripada yang diatas. Tapi di persisiran pantai dipenuhi dengan sampah plastik dan kayu-kayan. Tapi bahagian laut tu bersih.
Rupanya di kejauhan sana ada Pulau Masjid, mengikut peta dalam google map. Mungkin kalau jadi kedepan lagi kami akan jumpa pantai Pulau Masjid.
Berhampiran pantai ni ada pondok yang dah roboh. Macam dirobohkan pun ye juga sebab nampak batu-batu macam dipecahkan je bawah tu. Ke dalam proses nak bina yang baru? Menarik juga kalau ada pondok tempat berehat di sini.
Sebelum meninggalkan pantai ni, ambil gambar dulu tanda hadir.
Kalau nampak pondok check point 1 tu maksudnya dah sampai Pantai Keramat lah tu. Depan pondok tu lah Pantai Keramatnya. Ni haa ada tanda Pantai Keramat.
Alhamdulillah sampai juga kami di Pantai Keramat. MashaAllah, cantik sungguh lah permandangan Pantai Keramat. Indahnya ciptaan Allah. Pantai yang bersih. Air laut jernih hijau.
Indah terbentang luas mata memandang. Syok betul layan suasana di sini. Berehat sambil menikmati bau hutan, bau laut, angin sepoi-sepoi bahasa, bunyi ombak, bunyi alam fauna. Semualah!
Lama jugak kami singgah di Pantai Keramat. Hampir setengah jam melayani keindahan di depan mata.
Kami naik semula ke darat selepas ada beberapa orang pendaki lain tiba. Masa kami sampai tadi tak ada orang lansung. Dapatlah bergambar sakan. Bila dah ada orang dan dah puas bergambar, kita pun bagi peluang pada mereka pula.
Kemudian jalan sikit ada pantai yang cantik dan landai. Kami berhenti sekejap untuk ambil gambar je. Lepas tu teruskan perjalanan yang masih jauh lagi. Ini baru perhentian pertama.
Dari apa yang saya baca, di sini pernah berlaku aktiviti pemujaan sebab tu diletakkan papan tanda larangan pemujaan/khurafat. Saya tak perasan pula sebarang kesan barang-barang pemujaan. Mungkin dah dibersihkan.
Baguslah jika begitu, barulah tempat ini terjaga dan selamat untuk pengunjung. Kalau difikirkan agak seram juga tempat-tempat mistik ni. Tak ada sebarang benda pelik berlaku disini.
Masuk hutan, jangan lupa baca doa, niat yang baik dan kena behave. InshaAllah semuanya bakal baik-baik je.
Tiba di Pantai Keramat : 9:18 am
Tempoh masa : 41 minit (campur masa ke pantai berdekatan Pulau Masjid)
Tahap kesukaran : Mudah
Destinasi seterusnya : Pakat Pasang Pakat Surut
seronok pulak baca tapi risau sebab takde papan tanda bila perlu pilih antara 2 jalan. kalau jenis yang sense of direction kurang, macam saya, mau sesat barat
ReplyDeleteItulah tu, kalau ada papan tanda rasa selamat sikit. Tapi kalau ikut laluan jelas terang tu inshaAllah tak sesat.
Deletelah...tak tahu pulak tu kawsn Melaka...
ReplyDeletetu yg conpius jap baca, sebab ritu mcm p PD, yg nampak pintu pagar dia tu...
lama tak dgr perkataan Pewai..kalau dulu husband selalu lah sebut, sebab dia ad UKA(ujian kecergasan asas).. skang nak pencen dah, xd dah la UKA nya...hahaha
Ya, saya pun baru tahu kawasan Melaka. Dulu pergi macam signboard PD lagi. Ke saya tak perasan entah.
DeleteOhh...masa untuk berehat pula kan.
Seronoknya dapat healing dengan alam semula jadi ni .. Hilang terus rasa stress end the end dapat pulak tengok view pulau yang cantik tu lega terus .
ReplyDeleteYe, kadang menikmati alam semulajadi itu perlu sebagai satu terapi. Betul betul hilang stress bila tengok tempat cantik, sihat pun dapat.
DeleteAiisssh menariiik rutenya nih kak 😍👍. Perhentian pertama saja pantai dah secantik itu. Tak sabar liat perhentian selanjutnya.
ReplyDeleteDi sinipun Bbrp tempat di gunung, masih banyak dilakukan pemujaan, ntah minta rezeki, tolak bala dll. ntahlaah, tak takut Orang2 ini menyekutukan Allah. Sayangnya banyak yg dibiarkan. Jadi tetep ada sampai sekarang.
Sangat menarik sebab boleh santai santai je. Pantai pun banyak yang cantik.
DeleteTak tahulah kenapa kawasan begini banyak pula aktiviti yang tak sihat tu kan.