Hiking Full Loop Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Melaka, Pulau Intan
Perjalanan ke Pulau Intan sangat menarik disajikan dengan keindahan pantai sebelah kiri. Sesekali berhenti untuk ambil gambar. Mana boleh lepaskan peluang begini.
Rasa macam nak duduk healing di atas batu ni. Tapi tak boleh sebab perlu teruskan misi perjalanan hiking mengelilingi Bukit Batu Putih harini.
Sikit-sikit berhenti ambil gambar. Itulah dia seorang Fiza. Bukan Fiza kalau tak ambil gambar. Yang kenal je kenal. Hihi...Best betul kalau dapat duduk bersidai atas batu tu sambil ditiup angin laut. Kita bayangkan je lah. Hati ini mahu tapi dalam masa yang sama kaki perlu melangkah pergi.
Selepas melalui trail yang mudah, sampailah kami di pantai yang banyak batu. Pulau Intan masih nun jauh di sana.
Lepak dulu di tepian pantai. Pantai apa pun tak tahu. Pantainya sangat bersih. Kalau picnic di sini memang best sangat. Angin pun bertiup kencang. Bukan sepoi-sepoi bahasa lagi. Syok pula berehat, sejuk rasa ditiup angin. Panas pun tak dilupakan.
Pantai ni redup banyak pokok. Itu yang macam sejuk sikit. Boleh tertidur ni kalau berbaring di kerusi malas. Auto jadi malas. Kann...
Pulau Intan semakin dekat tu, jalan santai je di tepi pantai. Trail terpaling mudah, kita berleha-leha lah ye.
Dah nak sampai Pulau Intan nampak pula batu ni tepi pantai. Berhenti lah kejap ambil gambar versi siluet sebab membelakangi cahaya. Pantang jumpa port cantik, mesti bergambar.
Trail mudah tapi perlu berhati-hati sebab daun kering agak licin. Kasut hiking pun tak grip. Mujur juga banyak pokok yang boleh berpaut.
Di Pulau Intan ni kalau berehat sambil makan best juga. Redup dan kawasan rata luas. Sambil tengok permandangan laut di celah-celah pokok. Bawah tu boleh turun tapi saya malas. Dah penat, semua jadi malas tiba-tiba.
Papan tanda Pulau Intan pun bersandar pada pokok je. Siapalah punya angkara. Atau tiangnya dah uzur. Entahlah...tiada jawapan. Bergambarlah dengan papan tanda kejap. Pulau Intan ni dalam Port Dickson, Negeri Sembilan.
Bila nak turun baru perasan ada kubur rupanya. Lahhh tadi masa naik lalu situ boleh tak perasan pula. Bukan 1 tapi ada 2 kubur. Tak baca pula pada batu nisan sebab macam seram pula nak baca kan...
Selain kubur ada juga perigi, tak tengok dalam perigi tu dalam ke tidak. Risauuu...
Dah puas bergambar, jomlah kita turun ikut trail yang sama tapi lepas tu ke kiri.
Rasa macam nak duduk healing di atas batu ni. Tapi tak boleh sebab perlu teruskan misi perjalanan hiking mengelilingi Bukit Batu Putih harini.
Sikit-sikit berhenti ambil gambar. Itulah dia seorang Fiza. Bukan Fiza kalau tak ambil gambar. Yang kenal je kenal. Hihi...Best betul kalau dapat duduk bersidai atas batu tu sambil ditiup angin laut. Kita bayangkan je lah. Hati ini mahu tapi dalam masa yang sama kaki perlu melangkah pergi.
Lepak dulu di tepian pantai. Pantai apa pun tak tahu. Pantainya sangat bersih. Kalau picnic di sini memang best sangat. Angin pun bertiup kencang. Bukan sepoi-sepoi bahasa lagi. Syok pula berehat, sejuk rasa ditiup angin. Panas pun tak dilupakan.
Pantai ni redup banyak pokok. Itu yang macam sejuk sikit. Boleh tertidur ni kalau berbaring di kerusi malas. Auto jadi malas. Kann...
Pulau Intan semakin dekat tu, jalan santai je di tepi pantai. Trail terpaling mudah, kita berleha-leha lah ye.
Dah nak sampai Pulau Intan nampak pula batu ni tepi pantai. Berhenti lah kejap ambil gambar versi siluet sebab membelakangi cahaya. Pantang jumpa port cantik, mesti bergambar.
Trail mudah tapi perlu berhati-hati sebab daun kering agak licin. Kasut hiking pun tak grip. Mujur juga banyak pokok yang boleh berpaut.
Di Pulau Intan ni kalau berehat sambil makan best juga. Redup dan kawasan rata luas. Sambil tengok permandangan laut di celah-celah pokok. Bawah tu boleh turun tapi saya malas. Dah penat, semua jadi malas tiba-tiba.
Papan tanda Pulau Intan pun bersandar pada pokok je. Siapalah punya angkara. Atau tiangnya dah uzur. Entahlah...tiada jawapan. Bergambarlah dengan papan tanda kejap. Pulau Intan ni dalam Port Dickson, Negeri Sembilan.
Tak lama kami di sini lebih kurang 5 minit je kot.
Selain kubur ada juga perigi, tak tengok dalam perigi tu dalam ke tidak. Risauuu...
Dah puas bergambar, jomlah kita turun ikut trail yang sama tapi lepas tu ke kiri.
Mula dari Pakat Pasang Pakat Surut : 9:57 am
Tiba di Pulau Intan : 10:21 am
Tempoh masa : 24 minit (+ berhenti ambil gambar)
Tahap kesukaran : Mudah
Destinasi seterusnya : Gua Lighthouse (tak kesampaian)

Ramai tak pengunjung yang pergi pantai ni
ReplyDeleteMasa kami pergi tak ada orang. Mungkin ramai yang skip Pulau Intan ni kot.
Deletekubur siapalah agaknya tu kan
ReplyDeleteTak pastilah pula. Mesti ada sejarahnya.
DeleteSaya pun kalo ketemu kubur atau sumur seperti itu, memang rada seram. Apalagi sumur . Krn terkadang tak tau dalam atau tak, masih berair ke ... Trus ingat film horor pula yg terkadang hantu keluar dari sumur 🤣. Memang lah suka mikir yg tidak2 kalo dah lihat benda macam ni 😅
ReplyDeleteDia jadi automatik seram kan. Lagi lagi kalau kawasan sunyi dan tak ramai orang. Mungkin kita ni cepat fikir yang bukan-bukan. Pengaruh cerita tu sangat kuat juga kadang. hihi...
Delete