Hiking Full Loop Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Melaka, Tangga Taubat

Kecewa, memang kecewa sungguh! Tapi apa nak buat memang tak dapat lah nak ke Gua Sejengkal tu. Kena tunggu air surut juga kaedahnya. Tapi tak apa, mungkin kena datang sekali lagi di masa yang tepat mungkin. Eh?

Setelah gagal ke Gua, kami patah semula di laluan yang ada batang pokok tumbang dan pondok. Keluar pantai belok ke hutan.

Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Melaka

Kawasan di sini terang. Kalau suka bercamping mungkin boleh camping di sini kot. Kami terus mendaki melalui bukit sebelah kiri tu. Kalau datang dari arah depan akan melalui tangga yang dinamakan tangga taubat.

Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Melaka

Kami perlu mendaki sikit. Kalau bawa trekking pole sangat membantu ye mendaki trail macam ni. Saya tak bawa pula. Konon mendaki bukit je. Padahal berguna juga kan. Ingat gunung je ke kena pakai trekking pole tu? Lepas ni wajib bawa trekking pole bila hiking. 

Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Melaka

Lepas naik bukit sikit, akan jumpa tangga taubat. Kenalah menyusup di celah tengah besi tangga tepi tu.

Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Melaka

Ingatkan sikit je tangganya. Rupanya bertingkek-tingkek (bertingkat-tingkat). Dekat 5 kali jugalah berhenti ambil nafas. Terpaling pewai di sini.

Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Melaka

Pelan-pelan kayuh naik tangga ni. Trail dia mudah je, naik tangga je kan. Tapiiii...disebabkan dah hiking dan berjalan lama bila jumpa tangga ni memang taubat terus. Rasa tak sanggup nak teruskan perjalanan ke atas.

Itu yang dinamakan tangga taubat kot. Masing-masing tak berupaya nak naik tangga ni. Geng hikers yang lain pun berhenti-henti juga macam kami.

Selepas tu akan jumpa tanda tangga taubat yang ditulis mengggunakan spray ni di dinding batu. Berhadapan tangga ni ada pelantar pemerhati 3. Kalau nak berehat ke bergambar bolehlah. Tapi kami hanya ambil gambar ni je sebab di pelantar tu ada hikers lain sedang berehat.

Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Melaka

Masa ni berharap atas tu dah sampai lah kan. Sekali kena scam, banyak lagi rupanya anak tangga yang kena hadap.

Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Melaka

Tapi bila dah jumpa pelantar pemerhati 2 ni dah boleh tarik nafas lega. Kira terlepas sudah dari azab tangga taubat. Siapa yang fit cukup stamina naik tangga ni tak sampai 5 minit je kot. Kita yang lemah ni kira standard lah tu lebih masa.

Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Melaka

Sampai sini kami tak berhenti. Teruskan perjalanan menuju ke Cape Rachado Lighthouse. Bersambung ke entry seterusnya.

Mula dari bawah tangga taubat : 10:41 am
Tiba di atas pelantar pemerhati 2 : 10:54 am
Tempoh masa : 13 minit (+ berhenti dan ambil gambar)
Tahap kesukaran : mudah sederhana susah (bergantung pada kecergasan kaki masing-masing)
Destinasi seterusnya : Cape Rachado Lighthouse

Bukit Batu Putih Tanjung Tuan Melaka

8 comments:

  1. Trekking pole tu, tak perlu tunggu naik gunung, jalan cepat pun membantu. Hari-hari depan rumah akak, ada seorang omputih ni, dia fastwalk je, lalu depan rumah akak. Walaupun jalan flat je, tapi membantu untuk remaja purba atau orang ada masalah lutut.
    Tinggi tu, Fizah naik. Lebih kurang macam Bukit 300 di Teluk Batik pulak. Boleh satu loop naik bukit, masuk hutan, keluar kat pantai, dan boleh sambung satu loop. Hebat, Fizah. Kipidap! Seronok pula baca. Naik tangga memang seksa! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menyesal juga tak bawak trekking pole tu. Bajet kaki kuat, rupanya tak. huhu...
      Ohh baru tahu ada nama Bukit 300 Teluk Batik. Jauhlah pulak kalau nak cuba full loop. Perjalanan yang best. Alhamdulillah berjaya. Terima kasih kak Nur. Iyee...seksa betul naik tangga taubat ni haa.

      Delete
  2. mmg taubat terus lutut hahah..
    kalau ammi dah confirm gigil lutut ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..taubat masa tu je. Pastu lutut tak gigil dah. hihi...

      Delete
  3. Memang seksa sangat daki tangga ni. Tapi demi menikmati pantai Pulau Intan yang indah (masa kami pergi), kenalah gigihkan diri.

    Akak memang sentiasa bawa trekking pole bila mendaki. Banyak gunanya. Daki tangga pun lebih mudah bila ada trekking pole.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seksa dia hanya pernah melaluinya akan faham. Pulau Intan tu memang best kak. Saya pun suka vibes kat situ. Lepas sambil makan bersembang situ macam best. Tapi agak seram sikit sebab ada kubur kat situ. Kalau hiking ni memang kena gigih. Kalau tidak, tak jadi.

      Lepas ni memang saya bawa lah. Biasa naik gunung ke bawa. huhu....nyesal tak bawa.

      Delete
  4. Saya pun ada niat nak beli trekking pole kak. Kadang suamj ajak trekking dan memang berguna utk mempermudah jalan.

    Hahahahahha saya bisa bayangkan tangga taubat nih 🤣🤣. Yg tak biasa olahraga, mungkin dah sesak napas naik ke atas 😂.

    Jadi ingat stairs to heaven yg saya naiki saat di Barus, Tapanuli. Dah lah curam, ga ada pohon, jadi panas membara. Puncak atas ada kubur seorang ulama. Nak ziarah kesana. Dah hampir habis napas naik 1000 anak tangga 🤣🤣

    Tangga taubat ini at least msh ada pohon, tak lah takut asthma kumat dibuatnya 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila beli nanti Fanny, berguna sangat.

      Tangga ni kalau di luar boleh je naik macam biasa. Tapi sebab dah hiking dan berjalan jauh memang azablah cerita dia. Tangga biasa jadi tangga taubat terus.

      Uishh..kalau hiking tak tengah panas, pacak pula tu lagilah sesak nafas dibuatnya. Macamanalah kan orang kebumikan di atas tu.

      Ya, tangga ni masih boleh dibawa bincang lagi.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.