Kan dah cakap, birthday sebulan. Tahu-tahu dapat lagi hadiah. Tengah siap-siap nak keluar rumah balik kampung, tiba-tiba ada courier datang letak parcel dalam pagar. Eh, parcel apa pulak. Tak ada pun beli apa-apa.
Tapi saya yakin itu hadiah untuk saya sebab ada ahli keluarga yang nak bagi hadiah lambat sikit katanya. Tapi tak tahu siapa yang bagi.
Sebelum gerak balik sempat juga saya potretkan dan bertanyakan di instagram. Haa..baru tahu siapa yang bagi.
Rupanya anak buah saya yang bagi. Yelah tak ada apa-apa petunjuk dalam parcel tu. Cuma ada nota kecil pada consignment note untuk penjual. Tapi dia tak tulis pun ucapan tu pada kad atau letak nota ke apa. Cuma tahu anak buah bagi tapi tak tahu yang mana satu.
Dah post di instagram barulah tahu. Lahhh...awat tak bagitahu awal-awal. Kata lambat. Tahu-tahu dah sampai je. Nasib baik juga sampai sebelum saya gerak balik. Kalau tidak, duduklah dalam pagar tu lama-lama. Risau pulak ada orang rembat dan orang tahu kita tak ada rumah nanti.
Pertama kali tahu kena Belhams ni. Popular di TikTok kot agaknya sebab anak buah beli dari TikTok Shop tengok kat parcel tu. Shawl jenis kain silk satin.
Pandai pilih warna favourite saya. Corak pun cantik. Kena gayakan dengan baju warna plain lah macam tu. Baru sepadan.
Masa cuba-cuba pakai macam elok senang nak bentuk. Ukuran shawl pun panjang. Bolehlah buat pelbagai gaya. Buat tudung raya pun boleh ni.
Terima kasih anak buah bagi ucu hadiah birthday. Semoga dilimpahi rezeki dengan segala keberkatan dan Allah membalas dengan segala kebaikan. Aamiin...
Selagi tak habis Februari, saya sudi terima hadiah birthday pada bila-bila masa. Kalau bukan bulan Februari pun boleh. hihi...
alhamdulillah....rezeki. ramai yg sayang & ingat
ردحذفbtw..cantik shawl nya
Alhamdulillah...syukur.
حذفAlhamdulillah...rezeki ni...cantik tudung tu...
ردحذفAlhamdulillah...rezeki dapat menambah koleksi shawl. hehe...Memang cantik. Kain pun best.
حذفAlhamdulillah
ردحذفRejeki dapat hadiah birthday
Alhamdulillah dapat hadiah birthday.
حذفcantiknya shawl..
ردحذفMemang cantik shawlnya.
حذفCantik design shawl ni. Rezeki ni.
ردحذفAlhamdulillah...cantik mengikut trend sekarang.
حذفCantik tudungnya, Fizah. Nanti ootd tau, nak tengok Fizah pakai. :)
ردحذفCoraknya dan material dia pun best. Hihi...Kalau ada gambarnya nanti sy update kat entry ni.
حذف