Jalan, Lari Perlahan Dan Mendaki Di Taman Rekreasi Bukit Pilah

Bila dah mula aktif bersenam ni, dia rasa kekok kalau tak ada buat apa-apa hujung minggu. Kalau hari biasa akan ke KOMBES (Kompleks Belia dan Sukan) buat aktiviti brisk walk (jalan laju) atau slow jogging (lari perlahan).

Kebetulan hujung minggu balik kampung encik suami, kita pun ajaklah pergi jogging di Bukit Pilah kononnya. Nak hiking Bukit Taisho di Bahau memburu awan karpet macam tak sempat. Nak hiking Bukit Senaling juga macam tak sempat sebab ada kerja nak dibuat, aktiviti mengemas di kampung. 

Jadi, kita ke Taman Rekreasi Bukit Pilah je lah. Dekat pun dekat. Pergi dengan adik ipar sekali sebab dia pun dah biasa jogging di sini kalau balik kampung.

Masa kami pergi tu macam tak ramai orang. Biasanya kalau di ruang ni dipenuhi dengan warga emas kaum Cina yang rajin bertai chi pagi-pagi. Mungkin sebab Chinese New Year, kosong tak ada orang lansung di ruang bawah ni.

Taman Rekreasi Bukit Pilah

Masa kami sampai lebih kurang jam 7 lebih macam tu pun tak ramai orang lagi. Biasanya meriah ramai orang kalau lalu sini.

Taman Rekreasi Bukit Pilah

Tengok kawasan ni dipenuhi dengan daun rasa nak tolong sapu pulak. Kawasan banyak pokok-pokok berdaun beginilah keadaan dia. Pertama kali saya jejak sini sebenarnya. Selama ni dok lalu je lah. 

Taman Rekreasi Bukit Pilah

Yang bagusnya di sini ada tandas awam. Rasanya macam masih baru lagi. Tapi itulah, adik ipar kata tandas ni di kunci, pukul 8 pagi baru di buka katanya. Kalau tak silaplah. Susah juga sistem macam tu kan. Kot lah ada yang datang nak guna tandas pagi-pagi, mana nak dibuangnya kan.

Sebelah tu ada taman permainan kanak-kanak dalam proses renovation. Yang lama telah dilupuskan, dalam proses buat yang baru. Baguslah tu ganti baru daripada dibiarkan besi berkarat, risau juga keselamatan budak-budak yang datang main di situ.

Taman Rekreasi Bukit Pilah

Nampak gelap pula gambar ni sebab membelakangi cahaya. Jadi signboard I 💗Bukit Pilah tak berapa nak jelas. Signboard ni sebelah tandas dalam gambar di atas.

Taman Rekreasi Bukit Pilah

Kami tak warm up atau streching sebab nak panaskan badan dan otot dengan berjalan je dulu. Dan jalan panas badan baru berlari perlahan. Disebabkan pertama kali sampai, nampak apa pun mesti nak ambil gambar. Boleh baca maklumat tentang Jalan Bukit Pilah ni.

Taman Rekreasi Bukit Pilah

Di tepinya ada tangga yang macam baru lagi disiapkan. Turun tangga ni terus ke Pejabat Pos Kuala Pilah.

Taman Rekreasi Bukit Pilah

Ingatkan tak ada apa-apa atas Bukit Pilah ni, rupanya ada bangunan lain juga. Kiranya kalau hari biasa, Jalan Bukit ni agak sibuklah juga ye. Kalau hujung minggu satu kenderaan pun tak ada naik ke atas ni.

Taman Rekreasi Bukit Pilah

Naik ke Bukit Pilah ni semuanya jalan ber tar. Ingatkan trail landai je, rupanya trail mendaki je kerjanya. Goyang juga lutut ni nak berjalan dan berlari perlahan. 

Taman Rekreasi Bukit Pilah

Ada juga gazebo untuk berehat. Dalam hutan ni ada juga trail untuk basikal. Nampak macam mencabar juga trail ni. 

Taman Rekreasi Bukit Pilah

Bila dah naik atas sikit barulah macam ada bau hutan sikit. Kiri kanan trail memang dipenuhi dengan pokok-pokok hutan je lah. Agak-agak rindu bau hutan, datang je sini. 

Taman Rekreasi Bukit Pilah

Kami berdua sampai ke atas sekali. Kira puncak lah. Tapi tak boleh masuk kawasan larangan dalam tu. Adik ipar tak sampai sini sebab trail ni mencanak sikit. Dia hanya jogging ulang alik turun naik 2-3 kali macam tu. Phew~ Boleh tahan lelah juga mendaki trail pacak ni. 

Taman Rekreasi Bukit Pilah

Atasnya ada pencawang. Sempatlah kita memotret gambar dia. Kawasan atas ni sama macam puncak Bukit Beruang katanya. Bila saya tengok, memang nampak lebih kurang.

Taman Rekreasi Bukit Pilah

Sebelum turun, mestilah nak ambil gambar. Tanda hadir gitu. Banyak juga hilang kalori bila berjalan, lari perlahan dan mendaki di Taman Rekreasi Bukit Pilah ni lebih kurang 3km.

Taman Rekreasi Bukit Pilah

Disebabkan dah biasa buat aktiviti sukan, kaki tak lah rasa sakit lepas tu. Cuma penat masa naik je lah. Masa turun, laju sikit kita berlari. Nampaknya lepas ni setiap kali balik Kuala Pilah, kalau ada kesempatan dan kemampuan boleh jejak sini lagi.

Sini pun meriah ramai orang dan sesuai untuk semua lapisan usia. Rasa seronok juga bertegur sapa dengan Assalamualaikum dan morning setiap kali jumpa orang. Terasa vibes macam hiking pula. 

18 comments:

  1. seronoknya membaca...linda lama jugak tak buat aktiviti mcm nie,,,mau pengsan kalau lepas buat nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada masa nanti bolehlah mula beriadah. Nanti dah mula terbiasa terus. Awal-awal memang camtu, lama lama okaylah nanti.

      Delete
  2. santai2 tgk alam, subhanaullah
    bestt kan bau pokok2
    ciknur kalu blk kg bila pegi kebun panjat bukit terasa cam hiking

    ReplyDelete
    Replies
    1. Indah ciptaan Allah. Ye betul kak, best bau udara segar walaupun tak hutan sepenuhnya dekat dengan pekan. Kalau jenis kebun lereng bukit tu memang rasa cam hiking betul kan.

      Delete
  3. Eh eh...macam best je...kena pi ni...lama dah x kuar peluh

    ReplyDelete
  4. Bila dah mula tu, rasa ketagihkan nak bersenam ke bersukan ni ....
    Keep it up Fiza 💪

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat tu kak. Dia macam tak tenang kalau tak aktif. hihi..Terima kasih kak.

      Delete
  5. Memang sepenuhnya alam semulajadi tempatnya. Bagus banyak tempat boleh jalan laju. Lagilah banyak kemudahan disediakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh dikatakan begitulah. Alam semulajadi yang masih terjaga.

      Delete
  6. nice sharing. memang exercise betul tu kalau jalan berbukit.

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Ye, tempat yang best untuk riadah dan sesuai untuk lapisan umur.

      Delete
  8. Harap pihak berwajib dapat preserve tempat-tempat damai macam ni.

    ReplyDelete
  9. Naik bukit juga tu. Best, dapat tengok pokok-pokok hutan. Memang bila kita menyapa orang yang kita tak kenal dengan beri/jawap salam atau good morning je pun, dah boleh buat kita rasa happy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang naik bukit kaedahnya Kak Nur. Cuma trail ber tar tapi kiri kanan macam kawasan hutan gitu. Betul, seronok macam tu bertegur sapa walaupun tak kenal.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.