Makan Malam Di Saudagar Kofi
Balik dari membeli barang dapur di Mydin Malam tadi ingatkan nak singgah makan di Rasta Kopi. Sekali tengok penuh tak ada meja kosong. Kecewa betul! Malas nak menunggu, carilah kedai lain. Masa tu jam hampir pukul 10 malam.
Kebanyakkan waktu macam tu banyak cafe nak tutup kedai dah. Kebetulan tengah cari cafe di sekitar Paroi di instagram, jumpalah Cafe Saudagar Kofi yang tutup jam 11:30 malam. Jomlah kita!
Masa kami sampai ada meja kosong, okaylah tu. Rezeki kami lah makan malam di Saudagar Kofi. Sewaktu kami nak buat pesanan, staff dia tanya nak minum kopi ke? Ye, jawab kami. Dia recommend signature kopi mereka, Kopi Nusantara. Lemak manis katanya.
Okay, baik. Kami cubalah. Pesan Kopi Nusantara panas satu dan hazelnut latte panas satu. Untuk makanan tak banyak pilihan. Hanya ada nasi lemak dengan apa entah lagi menu. Saya pilih nasi lemak sebab lapar belum makan malam lagi.
Tapi kalau nak makan makanan yang lain, boleh pesan di kedai sebelah. Ada pelbagai menu. Encik suami pilih grilled rib eye steak burger.
Lepas buat pesanan kami pilih duduk meja di luar. Kedai di betul betul dekat dengan Stadium Paroi tu. Malam tadi ada game Liga Negeri Sembilan kalau tak silap. Sesekali terdengar jeritan dari Stadium. Meriah betul.
Tak lama menunggu pesanan kopi dan nasi lemak pun sampai. Macam biasa, camera handphone makan dulu. Mana boleh tak ambil gambar kan.

Hazelnut latte kurang manis dan rasa dia lain sikit daripada yang pernah saya rasa. Pahit sedikit tapi sedap!


Nasi lemak dibungkus daun pisang ni sedap, walaupun kuantiti dia sikit je selari lah dengan RM2 sebungkus tu tetaplah kami kongsi berdua. Sedap cuma kurang pedas.
Itu je lah gambar yang sempat saya potretkan. Kecewa punya pasal sebab tak dapat makan di Rasta Kopi tu. Tak ada mood sudah. Lapar pun ye.
Lepas tu pesanan encik suami, grilled rib eye steak burger pun sampai. Saya tak ambil gambar pula sebab dah lapar kan. Tapi sedap gila grilled rib eye steak dia tu. Cukup rasa kesedapan dia. Kalau tak dijadikan burger pun dah sedap, inikan dijadikan burger.
Diselitkan juga dengan rocket salad dan juga sekeping cheese kalau tak silaplah. Memang sedap guys, terbaik!
Kenyang dah kamera HPnya ye Fizah hihihii.
ردحذفHazelnut Latte & Kopi Nusantara tu nampak betul kelazatannya! Warna dan kepekatannya sudah menunjukkan godaan untuk sepat-sepat dinikmati!
Hihi..itulah, camera kenyang dulu.
حذفDua dua sedap kak Amie. Tak rugi mencuba.
Cantiknya daun atas kopi tu
ردحذفSangattt... Thumbs up barista!
حذفUnik namanya Kopi Nusantara. Cop pada nasik lemak tu pun unik juga 😍
ردحذفA'ah, kena dengan tema saudagar kofi tu kan.
حذفLayan nasi lemak malam-malam pun sedap jugak . Tapi kalau dah lapar ni sebungkus tak cukup tu
ردحذفKann...nasi lemak pun porsi kecil kira okaylah tu buat rasa rasa. haa betui, kalau lapar memang tak cukup.
حذفSuka vibew macam ni. Rasa tenang je, sambil menghirup secangkir kopi..
ردحذفNak makan pun seronok gitu kan.
حذفKena makan kalau lapar, nanti takut tak boleh tidur, perut berkeroncong. :)
ردحذفCantik, coffee art.
Betul betul. Kalau perut lapar memang resah tak boleh tidur dibuatnya. Ya, coffee art dia cantik sangat.
حذفBerbaloi la dengan harga kan
ردحذفYa, berbaloi. Selari harga dan rasanya.
حذفcantik sungguh lukisan daun atas kopi tu.. sayang nak minum :D
ردحذفTulah tu. Sayang memang sayang, tapi sayang lagi kalau tak minum. hihi...
حذفKopinya dah terbayang sedaaap kak 😍😍. Saya suka kopi yg creamy, ada pahit sedikit, tapi juga ada manis. Dan harus panas. Ntah kenapa tak terlalu suka kopi dingin. Langsung seruput pelan2. 😄
ردحذفYaa..emang sedap! Creamy, pahit pahit tu barulah rasa kopinya. Ya, harus panas juga baru enak dinikmati.
حذف