Makan Malam Di Woodfire Seremban Sempena Birthday

Birthday kan sebulan? Dia macam raya sebulan gitu. Esoknya selepas tarikh birthday barulah ada kesempatan makan malam di Woodfire Seremban. Kalau dulunya Woodfire ni di Johor Bahru je. Sekarang ni dah buka cawangan di merata-rata negeri.

WOODFIRE

Woodfire merupakan syarikat bumiputera Muslim yang berasal dan menetap di Johor. Woodfire kini telah mempunyai 21 cawangan di Malaysia dan 7 cawangan di Indonesia.
—sumber : FB Woodfire JB

Woodfire Seremban

Memang rancang nak sambut birthday di Woodfire sebab dah lama juga teringin nak makan di Woodfire. Tapi saya bukan nak makan burger, nak makan platter sides daging atau ayam. Sebab nak makan burger gedabak tu rasa payah pula. Keadaan gigi tak mengizinkan.

Kami sampai lebih kurang jam 8 lebih macam tu, masih banyak meja kosong tapi ruang atas dah ditutup.Terus buat pesanan di kaunter pesanan. Apa yang kami nak pesan semuanya tak available. Curly fries dah habis, jadi platter sides tak boleh dihidangkan katanya. 

Nak beli tanpa curly fries pun tak boleh sebab dia memang akan hidangkan satu set. Nanti jadi kecelaruan harga pula kan. So menu platter sides yang kami nak pesan tak ada. Ayam pun tak available. Haiyaaa... 

Yang ada cuma lamb je lah. Kami bukan pemakan kambing. Nak order boleh tapi risau tak termakan nanti kalau tak kena dengan selera, membazir pula. Kambing dahlah mahal kan. Itu tak ada, ini tak ada. Last-last kami order apa yang ada je lah.

Woodfire Seremban

Saya pesan gourmet burger, beef dan encik suami pesan smoked burger, beef. Air beli 1 je, kongsi. Lepas buat pesanan, akan diberikan buffer pager. Macam biasa, bila pesanan dah siap buzzer akan berbunyi dan ambil pesanan di kaunter pickup.

Sementara menunggu, kita ambil gambar dulu mana-mana ruang yang menarik. Banyak ruang menarik sebenarnya tapi disebabkan ramai orang. Kita tak banyaklah memotret. Disini ada disediakan pelbagai jenis kerusi dan meja.

Woodfire Seremban

Ada jenis sofa, meja biasa dan juga meja tinggi dengan kerusi tinggi tu. Ikutlah nak duduk di mana yang available dan selesa. Kami pilih duduk di kerusi dan meja biasa je. Tak lama menunggu, buzzer pun berbunyi.

Inilah pesanan kami. Air tu kami ingatkan dalam cawan, rupanya air dalam tin dan diberikan cawan kosong dengan ketulan ais dan juga penyedut minuman.

Woodfire Seremban

Saya hanya makan suku je, lepas tu bawa balik je. Sebab rasa susah nak makan burger besar tu dengan mulut yang kecil. Pula tu kita ni kena makan makanan yang dah dipotong-potong kecil demi menjaga keamanan gigi. 

Lepas tu silap pula pakai tudung bawal satin matte. Even satin matte dan dah letak pin pun dia tak secure juga ye. Dah jenuh pula kita duk tarik ke belakang setiap kali makan. Tak behave betul tudung ni. Tudung juga nak disalahkannya. Padahal...

Woodfire Seremban

Saja je pakai tudung bawal satin matte ombre Alhumaira yang baru beli tu. Nak merasmikan sempena birthday lah kononnya. Tapi ternyata tidak mesra amat untuk dibawa makan-makan. Senang bentuklah tapi.

Bila pakai tudung bawal ni terasa bulat sungguh muka. Dulu zaman kurus okaylah lagi. Sebab tu lebih suka pakai shawl, boleh sorok apa yang patut. hehe...

Eh lupa pula nak cerita pasal makanan. Benarlah bagai dikata, burger Woodfire ni tiada tandingannya. Sedap gila! Kalau boleh setiap gigitan tu nak cakap sedap berkali-kali. Emang boleh?. Burger pun porsi boleh tahan besar.

Rotinya lembut. Patty dia juicy tak kering. Rasa daging yang tak terlalu lembu sangat. Selaku bukan penggemar daging sangat, amatlah sensitif kalau makan daging bau lembu sangat. Tapi patty dia sedap betul dengan sos-sosnya. 

Sos pun tak melimpah atau banjir. Sedang elok menurut saya sebab bukan sejenis suka makan banjir sos melimpah gitu. Rasa sekali pasti nak beli lagi. Tapi tak boleh selalulah. Harga burger dia pun dah berapa. Harap lepas ni ada rezeki nak mencuba platter sides pula. 

Terima kasih encik suami. Dia tak macam sambutan birthday sangat. Makan-makan gitu je lah. Kita simpan buat kenangan je sudah.

14 comments:

  1. Tu diaaa.. sambutan birthday sebulan ya. Hihi. Sy kenal dan makan woodfire ni masa tu dia join expo je. Lps tu dia bertapak di medan selera. Tapi tu la.. byk sgt habisnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..nak juga sama dengan raya. Ohh pernah join expo jugak ye Woodfire ni. Ingatkan memang bertapak di Resto JB tu je. Itulah tu, banyak pulak habisnya. Pening fikir nak pilih menu apa.

      Delete
  2. Pertama kali akak tau pasal Woodfire ni, dah banyak cawangan rupanya. Ketinggalan sungguh 🤭

    Muka akak memang bolat betul, pun memang bermasalah kalau pakai bawal satin. Ada sehelai tu, sekali jelah pakainya. Malas nak layan tudung 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, banyak cawangan sudah. Nanti akak cubalah tengok-tengok kot ada yang berdekatan, bolehlah mencuba.

      Hihi..kena pakai shawl bagi sorok muka bulat nampaknya. Kadang jenis kain satin tak bagi kerjasama.

      Delete
  3. Aduhai...kena pergi jugak nanti ni..kena ajak Dania pi sini la esok..tapu pun ok kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi kak, sedap! Ye, kalau ramai tapaukan je senang. Janji boleh rasa gitu.

      Delete
  4. Happy birthday Fiza.
    Tak pernah sampai lagi di Woodfire Seremban

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak.
      Kalau teringin nanti boleh lah cuba makan kat sini.

      Delete
  5. aduhai..dah lama teringin nak pergi, belum kesampaian lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena cari yang dekat-dekat sikit KakYan, baru rajin nak mencubanya.

      Delete
  6. maybe sebab frust tu tak dapat makan apa yang diingini sampai tudung pun disalahkan. takpe, Februari panjang lagi. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha....takde sapa nak disalahkan, kita salahkan tudung je lah.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.