Melepak Makan Malam Di Toko Asad, Nilai
Balik dari membeli baju encik suami dan sedikit hadiah untuk anak-anak buah di AEON Nilai, kita cari kedai makan untuk makan malam. Jomlah kita ke Toko Asad alang-alang dah dekat dengan AEON Nilai tu dalam perjalanan balik.
Saya tahu Toko Asad ni dari TikTok. Mana-mana cafe yang menarik erus save dulu. Bila ada peluang pergi, dapatlah kita melepak kejap makan malam.
Suka betul dengan vibes di Toko Asad ni. Klasik betul dekorasi dan seni bina kedainya. Ala rumah kampung Jepun pun ada. Kalau tak silap saya, Toko tu maksudnya kedai. Kan? Asad tu mungkin nama pemiliknya? Tak pastilah pula.
![Melepak Makan Malam Di Toko Asad Nilai Toko Asad Nilai](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh7okuN9qZu7P6MyTKF4TMBXj6Ioi_XEiWRbYkyd9XgGegYmbUZg4hU-9gfftcF2uK1SETsVEM-N2ck2VKE5nU9RBwSlGntuDhaspj6aSKbD4tUM8c0XGr1pSt_S6_ciqb78fHfmFse5gvptdLX_GJEr4nAuCdN50ngMyNSiK1lHS9si1mJbIkKTYnGfi_0/s16000-rw/Toko%20Asad%20Nilai.webp)
Dari parkir kereta, kami melalui dari pagar parkir. Kelihatan dari jauh nampak open kitchen dan luarannya counter bar.
![Melepak Makan Malam Di Toko Asad Nilai Toko Asad Nilai](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjT2xXM4d8I1syVmfkcSsulDOoVaOo1vyjaqFKaWjK4loeWQHlOdOJhQeC6ITXxgBFVQU5pfuZRzJ_FZiFw6vhoyhzko70fARn5Sn-acQ1a0NtI70bRZoUP91qo1JIgA1D1FhfXvN0Li_cZh0SjBZoyv28BxcMx9IyMQysZ0OqgLcXV8dMjEq0sCXEWct3b/s16000-rw/Toko%20Asad-front%20view.webp)
Kami masuk terus dan buat pesanan di kaunter pesanan (tingkap sebelah kiri). Oleh kerana kami first timer, staff memberikan penerangan untuk setiap menu.
![Melepak Makan Malam Di Toko Asad Nilai Toko Asad Nilai](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgB-zgGlmMkhnsOyo0FSyw_pLTZ0ct_x5gmoTH1GLQ2gIifQEhyphenhyphenJXaPEsEmrQMcITm_el_-3HRCEGn9nQJ4aJVXxo3w0O3k2O6AUU9yR9Jpk24uYoXYmNsslTuDnt9u0AIZwWEnNPqaWd8Xu5trb3cGrlDJ4MCyZXE_EH8pm7cxIxEtWxWkUdhRdqPT39kk/s16000-rw/Toko%20Asad%20Nilai-closeup.webp)
Sebelah kiri saya ada beberapa lagi meja kosong di celah celah pokok bunga. Menarik juga ruangan disitu. Oleh kerana dah memilih tempat, malas lah pula nak bangun.
![Melepak Makan Malam Di Toko Asad Nilai Toko Asad Nilai](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhRIuaNtukmMR10K8yfW5yu5-6UCL5W319VQPfGZ9o8XmRPWK__W8yW5z7AauY_KhbnphAje3vpF49Ln52lxzjThmTjxfZb6o7JO190Kj0mjbXYhD16oy2nqHhUB1IjzeJiahp6bGlCP_PQAJAUfu0976Ib3iwi_x3AJ4bE9vKlq6kKOnsDJK8jjTwBImOh/s16000-rw/Toko%20Asad-dining%20area.webp)
Kawasan ni nampak macam nursery pula. Kan? Mungkin juga bekas tapak nursery yang tidak diusahakan lagi. Boleh jadi juga. Ehh..pandai pandai je buat cerita!
![Melepak Makan Malam Di Toko Asad Nilai Toko Asad Nilai](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjDkj_blVwaMQilBdNsdMeWkXa_99vlJtNty2lQUs6Ztiq47hpuPzIOhbdN5wCmjcAWbHDO0g_TuhxsDNchfj9BHGwsjUorzZBLMp8sDMRiRjd-Ayd6j0v_PRoLwR5tNlVkI_1h37eWwlIF-LpgJJ6CchJ5lSHL9t0g1k986oFkD4cWatb4mX1VEuTQnVWh/s16000-rw/Toko%20Asad-garden%20area.webp)
Saya perasan kalau Cafe terbuka mesti ada mentol mentol sebegini. Nampak menarik dan lebih romantik gitu dengan cahaya begini.
![Melepak Makan Malam Di Toko Asad Nilai Toko Asad Nilai](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiLaZisXNjgooVSrWh1i6FDpWwqXRL1sgoCLaLMWLWF-RJGEiW_-M2Ry8smAoufQyJN9uGpMy9qi0QUEb4QWVSExgNkmbQNI37x1LuwGCF0N9yi_s8Gnoee5FOHEQD-omycf_xxLaxCh5eSD5LLCkVC-HePk6Egkzsn_MfUcaK4pRvfcCPcil2dYXoFi4VN/s16000-rw/Toko%20Asad-mentol.webp)
Di sebelah kanan pula ada satu lagi counter bar dan kerusi tinggi. Dah terbayang bayang dah, kalau ambil gambar di situ mesti cantik. Posing ala-ala sedang menikmati secawan kopi panas yang masih berasap. Fuhh..jauh berangan bayang pun tak nampak!
![Melepak Makan Malam Di Toko Asad Nilai Toko Asad Nilai](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgu3IFehYjM5M8mIJYsxJnJhY_Xez-JEimLueVrEh9KyBZa8L7b4WQjZJvu15IHbzGDZzGyNd81vL4nK9mZFUeqHRwK9a_i6qylyiP1AMaQ-7wb26DGDb4nb8NQckrIwpg1xYG-25VZ2QDJ90mRnbNcDcsCT0Sv5aR5IbKYs5ghQWTrs0g-j7JGK80ayX2G/s16000-rw/Toko%20Asad-back%20view.webp)
Malas nak pergi duduk jauh bukan apa, bila dekat senang sikit nak ambil order. Kena ambil sendiri di kaunter pick up ni. Tingkap sebelah kanan.
![Melepak Makan Malam Di Toko Asad Nilai Toko Asad Nilai](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiL68uMiJ1EZhlx9Tq3QV7Z3h4bI5-aLpXBTkYs1cnTI0RarJ76i6pVcffYM2jv5_9q_j7WbfhdEEoWi9Mx5XY8rn3Ghp0UoWXnj7iYkWeK1UDQbxGyVbkMmzpnpTceQxCh_-s9C0ySDD36B82k3R-if-traTVpzf3Rqrmv1WCyc_YKzu97cnp1BwDz90QY/s16000-rw/Toko%20Asad-pickup%20area.webp)
Lepas kami buat pesanan, baru saya roger anak buah yang duduk di nilai. Bertiga lah kami melepak di sini. Bila dah bertiga, lama sikitlah menyembangnya. Tapi masa saya ambil gambar ni dia baru nak buat pesanan di kaunter tu ha. Dia pesan pun benda yang sama je. Jadi tak ambil gambar dah.
![Melepak Makan Malam Di Toko Asad Nilai Toko Asad Nilai](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgp0ouuMq55LEBtBEsORqx2luVll0EOznt5QM3cc6jtcEjzgMwNxbE8-WI_1Rq21Dz7bPBrK0ht00HtKW4olbL_PmJCz370MoEWQR2OurHnMIk_5jz5MNCkKIbSvha-G-a-V2sCQ9YiNDbv6zmy_KLDmV6uyY9Er5wrTpysU6-69l0g8oL1ib-uSkXt15DF/s16000-rw/Toko%20Asad-kopi.webp)
Saya pesan dirty latte (panas). Bukan kotor tau. Memang nama dia macam tu. Tak tahu lah terma maksud kopi dia apa. Encik suami pilih laburica modern (ice), dia macam spanish latte katanya. Anak buah pun pilih laburica modern juga. Rasa kopinya pada saya biasa je.
Untuk makanan, encik suami pilih Mr. Miyagi. Pau dengan isi daging. Sedap juga macam style pau macam ni. Kenyang jugalah makan sorang satu.
![Melepak Makan Malam Di Toko Asad Nilai Toko Asad Nilai](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiCSES2RACFcL85RFOECLkIN72awIVyNN8SkNLQxweEjio2Yq_1HBYrG4JBEHGPJ1amDseH6hdt7KO2_kYuF6ce_awtUaPJNhyOQU499YOvM4jXeeO-3oJ8IL04ssvvNI-xy52wTAjnk29jwrj4ESZO_eX9AyBcu3aK7MkoX8XWYPDZI6gu9mWRfobM9jl0/s16000-rw/Toko%20Asad-mr%20miyagi.webp)
![Melepak Makan Malam Di Toko Asad Nilai Toko Asad Nilai](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhVXdV-Hf_2EVsCHi-RTyimDFPx7gebQJQyqdPv8Xh2bQtOptHKYufI4a-ofwyJOsOUuZReXw_rtkq9mgFxelAoshuROb_FnkvRmxww5rsSw_PgEkE5veve7aHSNopxAHLf_AEwKYmzhgE4RXQ4LwZR32FVytYsc7buvjckM-6LFgfFEmOYR_FaKQLHMQxT/s16000-rw/Toko%20Asad-maze%20mee.webp)
![Melepak Makan Malam Di Toko Asad Nilai Toko Asad Nilai](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjYdzGzJrt6oHnxQrTNhoOMkCETK_D3j8StofYK7_Fu7AP_uN0Jtr1j8cfS5kSR1r4hS31kGvIRXNrxJPwf01oZqvEuymtyUFN_6mak2nNq8ZS0cNlkoa5zkBj76tsiDju2G-SykQSaXaZnNl2ZPS2ktSmsxUMWc4-BUep5LtHAJk18ITTBNxILM4kiZ2vY/s16000-rw/Toko%20Asad-harga%20menu-resit.webp)
Untuk masa akan datang mungkin boleh sertakan sekali gambar dan menu. Senang tak perlu terangkan satu-satu gitu. Untuk harga macam pricey sikit. Dari segi rasa okay je lah. Tapi pau tu, Mr Miyagi memang sedap.
Untuk datang sini boleh google atau waze je. Kawasan parkir pun luas. Kawasan ruang makan pun luas dan selesa sebab meja jauh-jauh. Ada lah privasi sikit kan.
cantiknya sis.. makanan pun nampak sedap..
ردحذفMemang cantik tempat ni. Ya, Makanan pun boleh tahan sedap.
حذفBestnya melepak malam2
ردحذفYe, memang sesuai sangat untuk melepak malam-malam di sini sebab sampai jam 12am kalau tak silap.
حذفmcm sepi je situ., tp nmpk lumayan sedapp., hehe
ردحذفAda orang lain wak. Saya tak ambil lah view mereka. Malas nak edit nanti. Hihi...
حذفMenu dia boleh tahan jugalah.
Cantik suasana malam-malam.
ردحذفKalau datang sini kena minum-minum je lah. 😂
Suasana dia memang win. Itulah tu, macam kena kupi-kupi je lah gitu. Konsepnya pun lepak santai.
حذفBaru tau ada tempat ni. Memang menarik suasananya.
ردحذفKawasan parkir luas tu penting, selalu jumpa tempat menarik tapi parkir terhad pulak.
Saya pun baru tahu je kak. Itu yang menyinggah saja nak rasa. Betul, parkir luas tu satu keutamaan untuk kedai. Lagi lagi kalau viral.
حذفBoleh la ajak Dania dan suami akak lepak sini nanti...nampak menarik
ردحذفUntuk lepak mengopi malam malam okaylah. Tempat dia menarik sangat. Makanan tu rasa nak rasa-rasa bolehlah. Pada saya dia macam pricey sikitlah.
حذفWalaupun saya duduk Nilai, ini first time dengar Toko Asad. Nanti nak cari lah kedei ini.
ردحذفMungkin masih baru lagi kot kedai ni. Saya pun tahu dari TikTok. Takpe, nanti boleh pergi kalau dah dekat tu.
حذفNext time boleh OOTD lah Fizah dekat kerusi tinggi tu. ya, harga agak pricey tapi sesuailah dengan suasana
ردحذفKalau tak ada orang okaylah. Saya ni pemalu orangnya. hihi...
حذفSuasana dia memang win. Itulah tu, pricey sikit. Buat rasa-rasa bolehlah kan.
Cantik pulak tempat makan ni. Nama makanan tu Mr Miyagi macam dalam cerita Karate Kid dulu2 je.
ردحذفTempat makan ni memang cantik. Best lepak makan sini. Cuma makanan dia macam pricey sikit lah. Alamak, tak tengok pulak cerita tu. hihi...
حذفLain macam menu dia ye, dirty latte, maze mee. Tak pernah jumpa. Bagus juga cuba tempat makan baru. Kalau tak cuba, tak tahu. :)
ردحذفYa, nama dan menu dia memang unik. Saja cuba-cuba Kak Nur. Kot sedap nanti boleh makan lagi.
حذف