Mengopi Di Rasta Kopi Dan Makan Basque Burnt Cheesecake
Balik dari KOMBES, ajak encik suami mengopi di Rasta Kopi. Port lepak wajib singgah lepas bakar kalori dan tak asing lagi dalam blog ni sebab tak berkali-kali saya update tanpa jemu. Lama juga tak singgah sini. Alang-alang hari Jumaat dan esok tak kerja, lepaklah kejap kupi-kupi.
Masa kami sampai ada pelanggan lain. Kalau tak ada orang, kami pilih duduk di meja tengah. Tapi kalini duduk di bahagian tepi je lah.
Masih tak jemu nak memotretkan Cafe Rasta Kopi ni. Walaupun sudut yang sama tapi hari lain dengan cerita yang berbeza.
Rasta Kopi yang berkonsepkan tema raggae. Lagu yang dimainkan pun lagu raggae mengikut tema cafe.
Selain layan kopi panas, ada pula Basque Burnt Cheesecake di kaunter. Jadi pesan lah sepotong kongsi berdua buat rasa-rasa je. Kek pun sedap. Rasa manis topping coklat dan masin masin keju yang seimbang.
owner kopi rasta tu, agak2 rambut dia mcm tu jugak ke??
ReplyDeletesedap nya burnt cheesecake lama tak makan
kalau dekat melaka dulu, mmg beli dekat sorang seller nie..sebab dia buat yang mini punya, dan boleh campur2 topping, so xd lah rasa muak sgt...
So far selama pergi ni semua rambut pendek cam biasa je.
DeleteSeekali makan kek memang sedap dinikmati kan. Senang kalau ada yang buat saiz mini sebab kadang terinigin nak makan sikit je.
ntah bila ammi nak sampai sini ntah
ReplyDeleteKot nak mengopi tiba-tiba bolehlah kesini Ammi.hihi...
DeleteUnik kedai dia. Mesti peminat bob marley. :)
ReplyDeleteUnik dan menarik cafenya. Mungkinlah kot kan.
Deletecantik tempat dia.. tapi rasta kopi ni kat mana yer
ReplyDeleteMemang cantik, Sikamat Seremban.
Deletecafe ni memang selalu muncul dalam blog Fizah. boleh mintak komisen kat owner. hihi
ReplyDeleteHihi...kena jadi duta terus ni.
DeleteCafe feveret sis fza ke ni .hehehe .
ReplyDeleteyaa, favourite port mengopi. hihi...
Delete